Posts

Pengalaman Umrah Ketika Hamil 31 MInggu (Part 1)

Cuba tengok previus post aku tarikh berapa hari bulan? Tak sangka blog ni masaih wujud maka aku nak menulis di sini. Blog adelehamzah.my pun dah expired dan tiba-tiba aku rasa nak menulis, mujurlah ada blog yang tak didendangkan ni :D Bila balik umrah, sehari dua sampai di Malaysia perasaan rindu tu belum ada lagi. Bila tiba-tiba kau buat kerja lepas tu nampak kat TV masjid nabawi dan masjidil haram tiba-tiba membuatkan dada aku sebak. Allah. Rindunya nak ke sana lagi. Setiap hari di sana aku dan suami sering berangan, bila kita dah kaya nanti, kita akan duduk di hotel yang bila turun terus sampai masjidil haram, bawa anak-anak duduk dalam suite. Semoga dimakbulkan angan-angan kami ni. Macamana boleh tiba-tiba decide nak pergi umrah? Dahlah tengah mengandung. Sepanjang berbisnes, aku kumpul duit untuk melancong tetapi untuk kali ni, aku nak bawa suami pergi umrah. Memang semuanya dipermudahkan. Aku wassap Syukri kawan sekuliah aku dulu, mutawwif Andalusia, aku cakap aku nak perg

Rindu......

Rindu untuk berada di Masjidil Haram lagi...Ya Allah...bilalah aku berpeluang untuk ke sana lagi...Rasa macam tak ada tanggungan perasaan yang perlu aku bawa bersama...Balik sini macam-macam aku kena fikir...Perkara yang paling aku takut aku mengulangi dosa dan maksiat yang aku dah bertaubat....Beratnya perasaan ini...Aku cuma nakkan sesuatu yang halal dalam hidup ini...Bantulah aku ya Allah.....

Cintaku Tertinggal di Haramain..

Assalamu'alaikum Alhamdulillah, aku selamat tiba di bumi Malaysia puluk 2.15 petang waktu Malaysia menaiki Gulf Air yang transit di Bahrain. Baru saja bangun pagi memandangkan tubuh masih belum biasa dengan waktu di Malaysia. Penat....Letih satu badan. Batuk dan sakit tekak tetapi kenangan di bumi Haramain adalah memori terindah yang pernah hadir dalam hidup ini. Rasa bagaikan baru semalam aku menjejaki masjid Nabawi yang terletaknya makam Nabi Muhammad S.A.W yang tercinta, rasa bagaikan semalam aku bersujud di Masjidil Haram yang menyediakan 100,000 ganjaran buat hamba-hambaNya. Rindu untuk ke sana lagi.. Pertama kali melihat Kaabah di hadapan mata, baru ku tahu mengapa manusia yang menjejaki baitul haram ini merindu-rindu untuk ke sana lagi. Perasaan yang tak boleh digambarkan melainkan diri sendiri yang menjejaki ke tempat suci itu. Hilang masalah, hilang derita, hilang dukacita melainkan ketenangan dan keindahan jiwa yang digantikan Allah di dalam hati... Bersambung..

Hembusan Rindu Haramain

Ya Allah..sedih dan sayu sungguh rasanya hati ini..aku masih rasa seperti bermimpi..betulkah esok aku akan berangkat ke bumi haramain? Sungguh aku masih tak percaya.. Berkali-kali aku menangis baca buku panduan umrah dan ziarah Makkah dan Madinah. Jika aku mampu buat yang terbaik sepanjang umrah ini maka seluruh dosa-dosa aku yang lepas akan diampunkan. Ya Allah....memang aku nak hapuskan segala dosa yang selama ini menjadi darah daging aku..Aku terseksa hidup bergelumang dengan dosa..Setiap doa yang terkandung sepanjang umrah ini kebanyakannya memang doa minta diampunkan dosa. Patutlah kalau kita buat sungguh-sungguh umrah ni akan diampunkan seluruh dosa.. Aku macam tak percaya bahawa aku akan ke tempat sirah yang selama ini aku baca. Akan aku catat semuanya di dalam diari aku ke sana nanti....

Patutkah Aku Tertekan?

Ahahahahahahah. Kenapa semua orang bertunang ni? Kenapa semua orang sibuk-sibuk nak kawin ni? Jeles tahu tak?? Rasa nak berenti belajar je. Nak kawin....hahahahahaha. Sengal.

Rindu Saat Itu

Lama sudah aku meninggalkan zaman persekolahan. Zaman yang mengajarkanku tarbiah. Dan tarbiah itu lah yang aku semakin tinggalkan di belakang. Aku pun tak tahu nak tulis apa. Tapi aku rasa nak menulis. Tentang cinta. Cinta manusia? Serius, lama aku tak berjiwang. Padahal dulu-dulu akulah kaki jiwang karat. Sejak mengenali dia aku dah tak berjiwang sebab cinta itu tak seindah yang dibayangkan atas kertas cerpen dan novel..hmm.. Kadang-kadang bosan juga. Kenapa begitu cepat aku dipertemukan dengan cinta. Bila dah jumpa yang lebih baik, mulalah rasa macam nak yang tu tapi tak sampai hati nak tinggalkan yang itu. Jahatkan? Dia pun pernah buat aku macam tu. Tapi aku takkan sampai hati balas..

Bersalah

Tiba-tiba aku diselubungi rasa bersalah selepas membuat satu perkara semalam. Tapi orang tu yang start dulu. Padan muka dia lah siapa suruh buat aku kan?haha. Tak apa lah, malam nanti aku minta maaf kat dia. Nombor aku pun kau dah block. Bahai betul. Padahal macamlah aku tak boleh hantar guna nombor lain. Sengal~