Pertandingan Mahkamah Mut Syariah
Tarikh: 12-13 Disember 2009 Tempat: Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia Anjuran Bersama: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) dengan kerjasama Majlis Tatatertib dan Disiplin Universiti-universiti Malaysia (MATDUM) dan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Objektif 1. Menjadi sebuah pertandingan mut syariah berprestij pertama di kalangan institusi pengajian tinggi di Malaysia; 2. Memartabatkan undang-undang syariah di dalam arus perdana melalui pertandingan mut, setara dengan metode dan amalan disiplin pengajian undang-undang sivil di Malaysia; 3. Melibatkan pelajar-pelajar syariah dan pengajian Islam di dalam penyediaan hujahan bertulis dan penghujahan oral secara profesional; 4. Mewujudkan persaingan sihat dikalangan peserta, jurulatih, penyelidik mut dan penyokong mut khususnya dan institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia amnya.