Posts

Showing posts with the label Book Reviews

Catatan Hati Nik Nur Madihah

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Jika diberi peluang menjadi juri rancangan realiti TV Gadis Melayu, maka gadis bernama Nik Nur Madihah binti Nik Mohd Kamal pemenang yang paling layak tanpa melalui ujian-ujian yang diberikan. Bukan seperti gadis yang sudah terpilih, seurat benang tiada di rambut, bahkan melalak di kaca tv. Mengapa Madihah? Kerana gadis melayu sejati adalah yang melalui kesusahan secara semulajadi, bukan pada peringkat-peringkat yang direka-reka juri, agar markah kemudian menjadi kunci untuk bolos ke peringkat akhir. Semasa di MPH alamanda, cadangnya membeli buku pelajaran, tidak disangka buku ini yang ku beli. Asalnya sekadar membaca sinopsis di kulit belakang, tetapi hati tidak tahan menyelak isi di dalam. Susun kata dan gayabahasa oleh Ummu Hani Abu Hassan lagi berjaya menjentik hati. Akhirnya buku di beli tanpa berfikir panjang. " Hari itu, ketika ustazah menyarankan kepada para pelajar agar membeli sebuah kamus Bahasa Arab, aku telah merancang caranya. Pada si teman yan...

Kehidupan Adalah Rahsia Terbuka – Rahsia Ketiga – Bangun Pagi

Image
Sekitar 6.15 saya akan bangun pagi. Saya bukan jenis bangun 4 pagi untuk berqiamullail kecuali dipaksa. Jangan jadi begini. Kebiasaannya selepas menunaikan solat subuh, kita pasti akan memerhatikan bantal dan katil semula, katil dan bantal memerhatikan kita, lalu kita tidur semula, diulit mimpi yang mustahil tetapi indah adalah terlalu enak nikmatnya kerana di alam biasa terlalu jauh untuk mengejar mimpi yang menjadi impian. Kita mendapat keenakan tidur di waktu ini tetapi sedarkah kita telah terlepas nikmat yang Allah sediakan di waktu matahari baru ingin terbit ini. “ Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dapat terbang di angkasa dengan mudah. Tidak ada yang menahannya selain Allah. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang-orang yang beriman ” An- Nahl: 79 “ Bayu pada fajar menyinsing mempunyai rahsia untuk diberitahu pada kalian..Jangan tidur semula.. ” Jalal ad-Din Muhammad Rumi (1207-1273). Waktu fajar begini, burung-bu...

Kehidupan Adalah Rahsia Terbuka- Rahsia Kedua- Pilihlah Lorong Kehidupan Dengan Tepat

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Beberapa hari yang lepas saya terpujuk dengan bicara seorang teman yang mengatakan bahawa kehidupan ini adalah game. Sungguh, hati ini benar-benar terpujuk dengan kata-kata beliau bahawa kehidupan ini diibaratkan seperti permainan yang kalian main di komputer seperti Counter Strike, Mafia War, Street Fighter mahupun Need For Speed Underground ( ni yang paling aku suka) dan banyak lagi. Pasti kalian pernah merasakan kejatuhan di dalam hidup, selepas itu terjatuh lagi, bahkan kemudian tetap jatuh lagi. Saya sendiri pernah melalui peringkat ini yang sarat dengan penderitaan jiwa. Namun begitu, anggaplah kejatuhan yang belum berakhir ini sebagai satu level di dalam game yang kalian main di mana kita sentiasa akan mengulang-ngulang level ini untuk melepasi ke level seterusnya. Tidak salah untuk berada di level yang sama untuk tempoh masa yang begitu lama tetapi siapa yang tidak mahu menang di dalam permainan? Begitu jualah hidup kita. Terima kasih kepada insan ini yan...

Kehidupan Adalah rahsia Terbuka- Rahsia Pertama- Sayangi Ibumu

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Di kesempatan ini ingin sekali saya berkongsi dengan kalian hasil pembacaan buku motivasi saya yang baru dibeli baru-baru ini. Ibu, pasti kalian mengenali ibu? Bukan ibu ayam atau ibu jari kaki, tetapi ibu adalah insan yang bertarung melahirkan kita ke dunia sehingga ada ibu yang menghadap Ilahi tanpa sempat melihat anak yang dilahirkan dengan penuh kesakitan. Berbicara mengenai ibu, hati saya kerap kali tersentuh, mungkin kerana saya penuh dengan sifat keibuan (ceh, perasan),tersentuh kerana mengenangkan dosa yang terlalu banyak saya hamburkan kepada insan yang sepatutnya saya hormati ini lebih daripada segala-galanya kerana sedarkah kalian atau tidak, tempat yang begitu istimewa, tempat yang dijanjikan Allah kepada para hambaNya dengan kenikmatan yang tiada di dunia, kunci untuk memasuki pintu Syurga adalah di bawah telapak kaki ibu. Tapi mengapa kita, sehingga ke hari ini masih meninggikan suara kepada mereka, membentak-bentak terhadap mereka, mengata-ngata di...