Posts

Showing posts with the label Personal Life

Kasih,Sayang Dan Cinta..

Dia tak pandai memujuk.. Aku tetap kasihkan dia.. Dia tak pandai mengambil hati.. Aku tetap sayangkan dia.. Dia bukan lelaki yang romantik.. Aku tetap cintakan dia.. Yang aku pasti, kasih,sayang dan cinta aku pada dia, tak pernah berubah walau hampir 5 tahun berlalu.. Perasaan yang sama.. Kasih,sayang dan itulah cinta..

Biskut Sarang Semut

Image
Assalamu'alaikum.. Tak sangka masih ada lagi manusia di Malaysia ini yang tidak tahu kewujudan biskut ini. Ia dinamakan sarang semut kerana jika kuih ini diletakkan bersepah-sepah, semut akan menjadikan ia sebagai sarangnya kerana terdapat rongga-rongga di antara kuih ini. Ha, tengok, ada semut coklat di tengah-tengah tu.Dah tau kuih ni bolehlah buat biskut kandang lembu dan reban ayam ye. :D Hampir 3 hari di rumah saya asyik buat kuih raya je tanpa menghiraukan perut saya yang teringin makan western food. Em, tapi tak ada idea nak makan apa. Makaroni bakar mungkin? Sedapnya.. Disebabkan terlalu malas nak masak makanan berbuka maka jawabnya setiap hari berbuka makan nasi ayam Mus yang tak ada sayur tu. Setiap hari makan ayam,sungguh tak seimbang! Tapi tak salah makan ayam setiap hari kalau ada sayurnya. Jadi potong-potonglah timun dibuat ulam ye.. Selamat Berbuka :)

Membersihkan Blog

Salam 'alaik.. Saya baru saja selamat membersihkan blog yang bersepah. Seperti manusia juga, blog pun nak sambut raya jugak.huhu. Segala jenis pengiklanan 'worthless' (untuk diri saya saja) sudah selamat diactivatekan. After this, i will be focusing on my personal notion and more on additional info on crime (maybe) :p. Supaya perempuan di luar sana sentiasa berhati-hati walau di mana saja anda berada. Kerana sesungguhnya, ingatlah malang atau lebih sesuai dalam situasi hari ini ialah bala, di mana-mana saja! Beberapa tips yang boleh dikongsikan bersama: 1. Selalulah kunci pintu kereta kalian ketika berada dalam kereta. (terutamanya kereta manual macam aku. manual habislah.kena tekan satu-satu kunci.mujurlah aku seorang yang langsung tak cuai) 2. Sentiasalah memulakan perjalanan dengan ayatul kursi kerana insyaAllah, perlindungan Allah akan sentiasa mengiringi kita berbanding alatan tajam yang dibawa. Konfem tak sempat bawak keluar senjata-senjata tu kalau Allah tak izinkan....

London Almond

Image
Salam 'alaik.. Wah, london almond tahun ini memang menjadi dan sangat sedap. Walaupun setiap tahun buat memang sedap tapi tahun ini memang glorious lah..haha. Perasan jer. Esok kena buat tart nenas sebab jem nya terlalu banyak dah disiapkan. Letih...

Kebaikan Sifat Lupa

Salam 'Alaik.. Bak kata Ustaz Hasnizam, bayangkan selepas 10 tahun, kita bangun pagi dan masih menangis sebab terlalu sedih mengenangkan kegagalan kita di dalam midterm test, tidakkah ia sangat mengharukan? Setiap hari bangun pagi mesti menangis sebab sedih gagal dalam exam walaupun sudahpun 10 tahun meninggalkan dunia pengajian. Sebab itulah sifat lupa juga sangat penting dalam kehidupan kita untuk melupakan memori yang sedih dan terluka. Jika tiada sifat lupa, seorang anak akan sentiasa menangis hingga ke akhirnya kerana ibunya yang telah meninggalkannya berseorangan di dunia fana, jika tiada sifat lupa, seorang manusia akan sentiasa menangisi pemergian kucing-kucingnya yang eksiden, jika tiada sifat lupa, seorang hamba akan sentiasa merasakan taubatnya tidak terima kerana diburu rasa bersalah berbuat maksiat pada masa yang lepas, jika tiada sifat lupa, seorang pelajar tidak akan maju ke hadapan jika masih terikat dengan kegagalan sebelum ini. Indahnya sifat lupa kerana mampu mem...

Jika Hati Tidak Tenang

Jika hati tidak tenang, apa yang seharusnya kita lakukan? 1. Banyakkan berzikir mengingati Allah 2. Capai Al-Quran lalu mentadabburnya 3. Ambil wudhuk lalu menunaikan solat sunat 4. Sentiasa bertenang sebaliknya aku jika hati tidak tenang 1. Menangis (ini satu keperluan buat aku) 2. Makan (mujurlah di bulan Ramadhan nafsuku terdidik) 3. Marah-marah orang yang tak sepatutnya 4. Tiada konsentrasi untuk study 5. Hati terasa bengkak Ya Allah, hina sungguh hamba yang satu ini. Masih terlalu jauh. Ini semua adik aku punya pasal, membangkitkan isu yang membuatkan hatiku berombak. Kesannya pasti hampir satu minggu juga. Tapi katanya betul, membuatkan aku diburu rasa bersalah.. Tapi dia tidak faham akan situasi aku, apa yang harus aku lakukan. Hatiku sungguh tak tenang! Ya Allah, berikan aku petunjuk dalam setiap langkah yang aku putuskan akhir-akhir ini!

Hargai Masa Bersama

Image
Salam 'alaik.. Buat diri sendiri yang sekian lama tidak memberi nota pada diri! Lama sungguh aku mendiamkan diri dari menyampaikan ayat yang lebih senang menggunakan ayat sendiri (macam pantun lah pulak). Entahlah, mungkin kerana fobia ayat yang dimanipulasikan, hidup yang seolah-olah diperhatikan dan sesungguhnya biarlah Allah saja yang memerhatikanku, menegurku ketika aku berbuat salah di dalam mimpiku, sehingga aku akan menyedarinya sendiri. Dan jika ada yang semakin menjauh dariku maka sesungguhnya keluargaku sentiasa mendekatiku untuk mencurahkan segalanya yang cukup untukku. Hari ini, abangah telah menyusulkan untuk berbuka puasa sama-sama satu keluarga. Paling yang membuat aku tak sabar adalah dengan kepulangan Amir, Muna dan Syafi! Tak sabar nak tengok Amir berjalan.. Rindu nak main rambut Muna dan layan Syafi bercakap. Kalaupun di dunia ini aku ditakdirkan anak yang lahir dariku sendiri, anak-anak ini sudahpun cukup menjadi yang terindah dalam hidupku. Membesar di hadapan ...

JANJI KITA

It's about month i left this blog without any posts. I would like to dedicate this beautiful and energetic song to someone very important in my life, the most. Without it(saje nak sorok jantina), i couldn't think well. This song always make me feel that life is too short and i should earn something beneficial in my future. Inilah janji kita.. Bersama zahirkan mimpi jadi nyata Hari anugerah indah Ceria tersulam mesra Istimewa bermakna... Irama kejayaan Kini kita nyanyikan bersama kesyukuran Bila kejayaan sudah digenggaman... Tunaikan azammu zahirkan impian... Warnailah ikrarmu yang kau lafazkan Kotakan cita perjuangan Detik silam menduga Mencorak suka duka... Menguji semangat jiwa Cita-cita terbina Mengukuhkan setia Tabah menjejak bahgia... Inilah masanya...buktikan segala.... Inilah janji kita.. Bersama zahirkan mimpi jadi nyata by Mirwana always the best!

Wahai Lelaki, Apa Ertinya Solat Jumaat Korang??

Assalamu'alaikum.. Wah, terasa begitu pantas sekali masa berlalu dan hari ini dipertemukan lagi dengan hari Jumaat yang mulia. Hari yang menghimpunkan kaum lelaki bagi diperdengarkan dengan khutbah yang mendidik jiwa. Saya sangat pelik, kenapa hari jumaat di waktu solat zohor masih ada lagi lelaki yang online, melayari laman web facebook, berbalas-balas mesej sedangkan masa itu bukankan diperuntukkan untuk bersama-sama masyarakat untuk mendengar akan khutbah berkenaan isu-isu semasa. Masih ada lagi lelaki yang menyorok di dalam rumah seperti kambing dalam reban waktu malam kerana takut orang lain tahu yang dia ada dalam rumah? Bod....!! Ada pula yang tiba hari Jumaat, inilah solat yang ditunaikan seminggu sekali kerana takut malu pada orang lain, kerana terpaksa. Yang paling teruk, dah sampai perkarangan masjid, masih melepak di luar sambil borak-borak merokok tapi tak solat dan bila jemaah dah selesai,dia yang cabut lari dulu.. Sekadar meluahkan apa yang hati ini rasa. Insaflah w...

IntenseDebate Yang Menyusahkan

Assalamu'alaikum.. Tak best betul guna intense debate ni. Walaupun kemas dan mudah untuk mengomen, tapi nak menginstallnya bapaklah payah apatah lagi nak reinstall kalau tukar template. Setting habis lintang pukang. Sekian saja buat kali ini. Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Orang Malaysia Tak Reti Berlakon

Bosan aku menengok drama Melayu di kaca TV. Balik-balik cinta..cinta..cinta.. Menangis.. Menangis..Menangis..Bergaduh..Bergaduh..Bergaduh.. Orang Malaysia ni bukanlah aku maksudkan pelakon di Malaysia, tapi orang-orang yang berada di kawasan penggambaran yang termasuk dalam kamera. Perasan tak kalau drama Malaysia, mesti orang yang sesat dalam penggambaran ni tengok-tengok orang yang sedang berlakon. Buat selamba je dah lah! Ini nak tengok-tengok, jadi tak real drama tu.. Kalau yang pelakon-pelakon yang jarang keluar (tak glamour) kat tv pulak satu kes, mesti tak best! Kalau drama luar negara, orang sekeliling semuanya sporting. Diorang tak pandang-pandang pun pelakon yang sedang menjalankan sesi penggambaran. Jadi drama pun nampak real, terkesan kat hati dan boleh menyentuh perasaan. Barulah ada feel nak nangis. Aku kalau tengok drama Malaysia mesti mengutuk je dalam hati, tapi kali ni dah tak boleh tahan dah. Nak jugak berkongsi di sini. Sebab tu lah penuh hard disk aku dengan drama ...

Masalah Ping di GB. Ada Caranya.

Dua tiga hari ini saya pun mempunyai masalah untuk ping post di GB. Alhamdulilah, akhirnya jumpa jugak caranya. Tapi mungkin masalah saya dan kalian punya tak sama. Masalah saya ialah bila satu post hendak di ping contoh tajuknya ialah ' Kucing adalah haiwan tercomel', saya cuba berkali-kali tetap tidak boleh. Tapi jika saya buat post lain selepas posting pasal kucing ni contoh tajuknya ialah 'Saya suka makan nasi', boleh pulak di ping. Jadi saya mengambil inisiatif untuk mengedit tajuk posting pasal kucing ni, dan edit juga isi kandungannya(copy dari artikel asal beberapa patah perkataan dan paste sebagai newpost). Kemudian ping. Lepas tu baru edit post dengan copy keseluruhan artikel asal. Ini bentuk masalah saya, kalau serupa bolehlah cuba.. :D p/s: Posting ni pun buat cara macam tu. Napelah susah sangat nak ping...huhuh

Best Tak Kawin?

Image
Assalamu'alaikum... Best ke kawin? Oh, mestilah best sebab bermulanya fasa baru dalam kehidupan kita. Mulalah nak belajar masak itu,masak ini,buka buku resipi ala thai,ala india, ala bangla.Semua ala-ala lah. Mulalah nak belajar basuh kain guna tangan (padahal mesin basuh ada). Mulalah nak berkebun, tanam sayur tu lah,sayur ini. Macam-macam. Sebab tu lah kena belajar semua tu dari sekarang, jangan asyik belajar buku je! Cuti dua bulan, masak! Kemas rumah tu! Basuh kain! Jangan nak mengadap internet je.. Seronok pulak tengok member-member aku yang dah kawin. Rasa nak kawin je (Ya Allah,gatalnya kau dilah). Tapi memandangkan aku ada perjanjian dengan Huda, terpaksalah berpegang pada janji. Yang pasti,senarai yang akan berkahwin dulu ialah: 1. Hanis Ahmran 2. Huda Husna 3. Nursyuhada 4. Maisarah 5. Hanisah 6. ? (jeng jeng jeng) Jom layan gambar kawin orang. My 2nd bro. My 3rd bro. A friend of mine at SMKA TAHAP Abang Najmi and Kak Yusra. Abang Najmi was Smapian. Both now taking medica...

Menjaga Gigi Seawal Usia Kecil

Image
Assalamu'alaikum.. Gigi adalah nikmat Allah yang terindah dalam kehidupan kita. Jika tiada gigi atau gigi tidak cantik maka kita tidak boleh tersenyum dengan bangganya. Aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan umi yang menjaga gigi aku sejak kecil, kalau dah tertidur pun dikejutnya jugak kalau tak gosok gigi. Dan sekarang aku mempunyai gigi yang bersih walaupun ada yang tak tersusun. Dengan itu, aku mengambil keputusan untuk membuat rawatan ortodontik atau dengan glamornya, pendakap gigi atau braces. Semalam, 2 batang gigi sudah dicabut bagi mendapatkan ruang yang secukupnya di dalam mulut untuk pertumbuhan gigi yang sihat. 2 batang lagi akan dicabut selasa minggu depan juga untuk memberi ruang yang selesa kepada gigi untuk bertumbuh memandangkan gigi bongsuku belum bercambah keluar. Jika tak dibuang 4 batang gigi ini (2 atas dan 2 bawah) maka gigiku akan bertambah crowded dan berlakulah persaingan yang tidak sihat antara gigi-gigi dalam mulutku ini. Rongak lagilah aku takn...

Batch SMAP Kajang Tahun Bila?

Image
Assalamu'alaikum.. Seorang anonymous bertanyakan saya batch tahun bila di SMAP Kajang dulu? Anonymous, saya merupakan batch 02-06 di SMAP Kajang dulu tapi saya masuk ke situ masa tingkatan 4. Dua tahun saja di SMAP Kajang menimba ilmu, tidak ditakdirkan berada di sana untuk tempoh 5 tahun kerana Allah lebih mengetahui segalanya.hik2. SMAP Kajang sentiasa di hatiku~~~

Bakal Menjadi Kenangan

Image
Terjumpa pulak saya gambar ni kat Facebook yang diupload oleh member saya, Naziatul. Masa ni kami ditugaskan untuk berlakon untuk perbicaraan dalam mahkamah persekutuan berkenaan kes Lina Joy. Bukannya kami revise keputusan mahkamah yang sekarang..cuma lakonkan balik je untuk mendapatkan idea bagaimana perbicaraan dijalankan.. :p Masa ni sem 2 tahun 1, pejam celik,pejam tak buka-buka, dah nak masuk tahun 3 kita semua ye..3 years more to go.. Panjang lagi sebenarnya perjalanan ni dan semuanya bakal menjadi kenangan yang takkan saya lupakan. Ha, yang di bawah ni pulak, berlakon jadi tunang orang, time tu geli giler, rasanya muka macam dah udang kena bakar. Asyik gelak je. Babak 1: Kelihatan si jejaka sedang "mengayat" si dara. Beginilah lebih kurang dialog mereka: الرجل: أنا أحبك وأريد أن أتزوجك المرآة: م م م.. ما زلت أدرس في الجامعة، ولكن هل أنت تحبني بالتأكيد؟ الرجل: نعم أنا أحبك جدا المرآة: إذًا اذهب إلى بيتي لتخطبني Babak 2: Si jejaka pergi ke rumah si dara berjumpa dengan ...

Motivasi.Informasi.Relax

Image
Nampak tak blog description di atas tu? Betapa poyonya aku dah lama berblogging baru nak letak tag. Baru lepas balik dari blog Kak Syazana dengan blog descriptionnya: Berjalan.Melihat.Mentafsir. Cantik dan mendalam maknanya.. Kalau Kak Syaz perasan ia merupakan tajuk lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Nowseeheart. Download lagu di sini. Dan aku pun keluarlah dengan tag Motivasi.Informasi.Relax.Geli pun ada jugak tapi takpelah..layan je ok..Faham-faham sendirilah kenapa aku memberi tag sebegitu. Sesuailah kot dengan blog tulip ni..

Ciumlah Ayah Sebelum Yang Terakhir

Ayah aku meninggal 5 Ogos 2002 pada jam 3. 25pm. Perkara yang aku tuliskan di sini adalah untuk mereka yang masih lagi mempunyai orang tersayang, untuk terus menyayangi dan berjasa sebelum menyesal. Kematian abah amat meninggalkan kesan yang mendalam apatah lagi meninggalkan emak yang kesorangan. Anak-anak semua dah dewasa dan berkerja jauh. Hidup ini seolah tiada erti. Selama nie setiap suka duka pasti akan dimaklumkan pada emak dan abah. Kalau naik gaji atau dapat keputusan bagus pasti mereka mereka dimaklumkan sepaya mereka gembira. Kalau boleh mahu terus berada di Perak menemani mak yang terus menangis. Syukur, abah meninggal dalam pelukan mak yang mengucap dua kalimah syahadah di telinga kirinya dan aku ketika itu mengucap ditelinga kanannya. Ini adalah kali pertama aku melihat saat kematian. Masih terbayang abah memandang jauh kehadapan dan matanya ke atas sambil mengucap dan memejamkan mata. Sungguh cepat dan tenang, semoga roh abah ditempatkan bersama golongan yang beriman. S...

Hembusan Hati

Lama aku termenung di sisi tasik yang tenang ini. Jika ada bahagia di dalamnya, ingin aku terjun menuju bahagia itu, jika ada ketenangan, ingin ku tangguk ketenangan itu diberikan kepada hati yang sering resah ini. Hati yang semakin tidak keruan, nafsu yang menggila tidak mengenal keinsafan. Hati, mengapa kau begini... Mengapa tidak kau berikan aku peluang untuk mengenal erti kehidupan. Puas aku tercari-cari tetapi aku tetap terjelepuk sendiri.. Menangisi hari-hari yang kulalui,hanyalah ukiran kosong langsung tidak bererti. Dosa yang menyebabkan aku begini..Sukarnya perjalanan menuju cinta abadi.. Terkadang maruah sering dicalari.. Aku dihina sana sini..Menjadi bahan ejekan dalam diam.. Golongan yang sering mencari kesalahan diri ku.. Aku takkan melupakan bagaimana peribadi aku dikeji..Aku tak akan memaafkan mereka yang menjatuhkan maruahku di hadapan orang lain..Aku akan sentiasa ingat bagaimana aku dikhianati..Kisah hidupku dijaja, bukan dihulurkan bantuan.. Tetapi untuk dimalukan.. ...

Hachiko: A dog's story

Image
An American adaptation of a Japanese tale about a loyal dog named Hachiko. This very special friend would accompany his master to the train station every day and return each afternoon to greet him after work. Sadly his master departs one day, passes away and never returns to the station. Hachiko faithfully returns to the same spot at the station the very next day, and every day for the next nine years to wait for his beloved master. During his daily visits, Hachiko touches the lives of many who work near and commute through the town square. He teaches the local people love, compassion and above all unyielding loyalty. Today, a bronze statue of Hachiko sits in his waiting spot outside the Shibuya station in Japan as a permanent reminder of his devotion and love. Inilah movie yang paling sedih sepanjang hayat aku. Berkali-kali aku menangis disebabkan anjing tu bersedih. Aku tak pasti samada anjing tu pandai berlakon atau cerita ni memang sedih. Walaupun tuannya dah mati, Hachiko tetap me...