Posts

Showing posts with the label Cerpen

Setakat Ini Sahaja

Image
Azalea membasuh pinggan sambil memerhatikan rumput-rumput liar di luar tingkap. Seperti rumput jua, keadaannya tidak lagi seperti rumput itu ketika subur dahulu. Hati bukan lagi pada tempatnya. Rindukan suami yang sudah lama tidak menjengah rumah. Ke mana menghilangnya sedikit pun tidak dikhabarnya. Air mata mengalir tanpa dipinta, jatuh bersama aliran air paip yang deras mengalir membawa sabun ke lubang sinki. Fikirannya melayang jauh. “Ibu..Ibu..”, panggil Aida lembut menyapa ibunya yang dari tadi tidak berganjak membasuh pinggan-pinggan yang lain. “ Ibu!”, tinggi sedikit suara Aida memanggil ibunya yang tidak bereaksi. Azalea tersentak daripada lamunan. Pinggan di tangan terlepas lalu retak di dalam sinki. Aida menghampiri Azalea yang nampak resah. “ Ibu teringatkan ayah ye?”, soal Aida tepat pada titik resahnya ibu muda itu. Azalea memandang anak gadisnya sayu, cuba lagi untuk menipu walaupun jelas keletihan merindu daripada anak mata yang tersorot itu. “ Aida cepat susun pinggan y...

Namakan sendiri tajuk bagi cerpen ini..

Afiq. Satu nama yang cukup aku kenal satu ketika dahulu. Dia pernah menjadi suami aku. Suami yang bergelar hanya pada nama tapi tidak pernah memiliki sepenuhnya jiwa dan hati aku ketika itu. Perkahwinan yang berlandaskan kertas putih dengan seribu perjanjian yang boleh menjatuhkan maruah seorang suami. Aku tahu, Afiq tidak pernah mempersetujui dengan apa yang aku lakukan sebelum kami mengikat tali perhubungan yang suci. Namun, kerana sayang dan cintanya pada aku dia menerima niat aku tanpa sebarang bantahan yang keluar dari mulutnya. Kenapa izham tidak seperti afiq? Sungguh berbeza nilai dan peribadi mereka antara satu sama lain. Afiq terlalu baik tapi hati aku tidak dapat menerima cintanya. Kenapa?..... Dia cukup sempurna untuk menjadi seorang suami dan pemimpin yang boleh menjaga aku sehingga ke akhir hayat. Adakah aku yang terlalu bodoh untuk menolak cintanya yang tulus dan ikhlas menyayangi aku, atau keegoan aku yang menguasai diri. “Saya menerima awak bukan atas paksaan sesiapa ta...

Kerana Dia Sahabatku..

بسم الله الرحمن الرحيم My new released cerpen: Kerana Dia Sahabatku