Posts

Showing posts with the label Consciences

Love and Care Story..

Image
Amazing story of a 90-year-old Gina Bonty and his 89-year-old wife, Bobby. Gene Bonty soothes his wife Bobbi, his hand on her head bald from chemotherapy. Gina 90 years, and he cares for his 89-year-old Bobby - cooking, cleans, goes shopping and sees that she was fed properly and regularly. Since then, Bobby made the diagnosis of ovarian cancer, she began to do chemotherapy, she lost most of hair, but the most terrible that she had neuropathy in his left hand and feet, so now she can not yet walk. New geriatric oncology clinic (for patients 75 years and older) is trying to help their elderly patients, cancer patients,that they could spend the rest of days happily without feeling the smell hospitals. Gene Bonty helps his wife, Bobby up in the bedroom. Sherry Jennings carries food from the restaurant fast-food «Starbucks Frappacino» his parents Jean and Bobby Bonty. Gene Bonty shows a photo that he and his wife made during a sea cruise. Gene Bonty checks his wife, resting in the bedroom....

Satu Hari Di Hari Raya - 2008

Image
Dua tahun berlalu tanpa disedari..Bertemu lagi di Idilfitri tahun ini..Cantik gambar ni.. :)

Biskut Sarang Semut

Image
Assalamu'alaikum.. Tak sangka masih ada lagi manusia di Malaysia ini yang tidak tahu kewujudan biskut ini. Ia dinamakan sarang semut kerana jika kuih ini diletakkan bersepah-sepah, semut akan menjadikan ia sebagai sarangnya kerana terdapat rongga-rongga di antara kuih ini. Ha, tengok, ada semut coklat di tengah-tengah tu.Dah tau kuih ni bolehlah buat biskut kandang lembu dan reban ayam ye. :D Hampir 3 hari di rumah saya asyik buat kuih raya je tanpa menghiraukan perut saya yang teringin makan western food. Em, tapi tak ada idea nak makan apa. Makaroni bakar mungkin? Sedapnya.. Disebabkan terlalu malas nak masak makanan berbuka maka jawabnya setiap hari berbuka makan nasi ayam Mus yang tak ada sayur tu. Setiap hari makan ayam,sungguh tak seimbang! Tapi tak salah makan ayam setiap hari kalau ada sayurnya. Jadi potong-potonglah timun dibuat ulam ye.. Selamat Berbuka :)

Membersihkan Blog

Salam 'alaik.. Saya baru saja selamat membersihkan blog yang bersepah. Seperti manusia juga, blog pun nak sambut raya jugak.huhu. Segala jenis pengiklanan 'worthless' (untuk diri saya saja) sudah selamat diactivatekan. After this, i will be focusing on my personal notion and more on additional info on crime (maybe) :p. Supaya perempuan di luar sana sentiasa berhati-hati walau di mana saja anda berada. Kerana sesungguhnya, ingatlah malang atau lebih sesuai dalam situasi hari ini ialah bala, di mana-mana saja! Beberapa tips yang boleh dikongsikan bersama: 1. Selalulah kunci pintu kereta kalian ketika berada dalam kereta. (terutamanya kereta manual macam aku. manual habislah.kena tekan satu-satu kunci.mujurlah aku seorang yang langsung tak cuai) 2. Sentiasalah memulakan perjalanan dengan ayatul kursi kerana insyaAllah, perlindungan Allah akan sentiasa mengiringi kita berbanding alatan tajam yang dibawa. Konfem tak sempat bawak keluar senjata-senjata tu kalau Allah tak izinkan....

Roh Di Bulan Ramadhan

" Walau setinggi mana kasih sayangku, sesungguhnya Allah lebih berhak menyayangimu, Damai lah engkau disana di bawah limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya, Sesungguhnya kami semua akan menyusulmu di kemudian hari... Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului kita" Roh di Bulan Ramadhan Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang...

Kebaikan Sifat Lupa

Salam 'Alaik.. Bak kata Ustaz Hasnizam, bayangkan selepas 10 tahun, kita bangun pagi dan masih menangis sebab terlalu sedih mengenangkan kegagalan kita di dalam midterm test, tidakkah ia sangat mengharukan? Setiap hari bangun pagi mesti menangis sebab sedih gagal dalam exam walaupun sudahpun 10 tahun meninggalkan dunia pengajian. Sebab itulah sifat lupa juga sangat penting dalam kehidupan kita untuk melupakan memori yang sedih dan terluka. Jika tiada sifat lupa, seorang anak akan sentiasa menangis hingga ke akhirnya kerana ibunya yang telah meninggalkannya berseorangan di dunia fana, jika tiada sifat lupa, seorang manusia akan sentiasa menangisi pemergian kucing-kucingnya yang eksiden, jika tiada sifat lupa, seorang hamba akan sentiasa merasakan taubatnya tidak terima kerana diburu rasa bersalah berbuat maksiat pada masa yang lepas, jika tiada sifat lupa, seorang pelajar tidak akan maju ke hadapan jika masih terikat dengan kegagalan sebelum ini. Indahnya sifat lupa kerana mampu mem...

Jika Hati Tidak Tenang

Jika hati tidak tenang, apa yang seharusnya kita lakukan? 1. Banyakkan berzikir mengingati Allah 2. Capai Al-Quran lalu mentadabburnya 3. Ambil wudhuk lalu menunaikan solat sunat 4. Sentiasa bertenang sebaliknya aku jika hati tidak tenang 1. Menangis (ini satu keperluan buat aku) 2. Makan (mujurlah di bulan Ramadhan nafsuku terdidik) 3. Marah-marah orang yang tak sepatutnya 4. Tiada konsentrasi untuk study 5. Hati terasa bengkak Ya Allah, hina sungguh hamba yang satu ini. Masih terlalu jauh. Ini semua adik aku punya pasal, membangkitkan isu yang membuatkan hatiku berombak. Kesannya pasti hampir satu minggu juga. Tapi katanya betul, membuatkan aku diburu rasa bersalah.. Tapi dia tidak faham akan situasi aku, apa yang harus aku lakukan. Hatiku sungguh tak tenang! Ya Allah, berikan aku petunjuk dalam setiap langkah yang aku putuskan akhir-akhir ini!

Hargai Masa Bersama

Image
Salam 'alaik.. Buat diri sendiri yang sekian lama tidak memberi nota pada diri! Lama sungguh aku mendiamkan diri dari menyampaikan ayat yang lebih senang menggunakan ayat sendiri (macam pantun lah pulak). Entahlah, mungkin kerana fobia ayat yang dimanipulasikan, hidup yang seolah-olah diperhatikan dan sesungguhnya biarlah Allah saja yang memerhatikanku, menegurku ketika aku berbuat salah di dalam mimpiku, sehingga aku akan menyedarinya sendiri. Dan jika ada yang semakin menjauh dariku maka sesungguhnya keluargaku sentiasa mendekatiku untuk mencurahkan segalanya yang cukup untukku. Hari ini, abangah telah menyusulkan untuk berbuka puasa sama-sama satu keluarga. Paling yang membuat aku tak sabar adalah dengan kepulangan Amir, Muna dan Syafi! Tak sabar nak tengok Amir berjalan.. Rindu nak main rambut Muna dan layan Syafi bercakap. Kalaupun di dunia ini aku ditakdirkan anak yang lahir dariku sendiri, anak-anak ini sudahpun cukup menjadi yang terindah dalam hidupku. Membesar di hadapan ...

JANJI KITA

It's about month i left this blog without any posts. I would like to dedicate this beautiful and energetic song to someone very important in my life, the most. Without it(saje nak sorok jantina), i couldn't think well. This song always make me feel that life is too short and i should earn something beneficial in my future. Inilah janji kita.. Bersama zahirkan mimpi jadi nyata Hari anugerah indah Ceria tersulam mesra Istimewa bermakna... Irama kejayaan Kini kita nyanyikan bersama kesyukuran Bila kejayaan sudah digenggaman... Tunaikan azammu zahirkan impian... Warnailah ikrarmu yang kau lafazkan Kotakan cita perjuangan Detik silam menduga Mencorak suka duka... Menguji semangat jiwa Cita-cita terbina Mengukuhkan setia Tabah menjejak bahgia... Inilah masanya...buktikan segala.... Inilah janji kita.. Bersama zahirkan mimpi jadi nyata by Mirwana always the best!

Wahai Lelaki, Apa Ertinya Solat Jumaat Korang??

Assalamu'alaikum.. Wah, terasa begitu pantas sekali masa berlalu dan hari ini dipertemukan lagi dengan hari Jumaat yang mulia. Hari yang menghimpunkan kaum lelaki bagi diperdengarkan dengan khutbah yang mendidik jiwa. Saya sangat pelik, kenapa hari jumaat di waktu solat zohor masih ada lagi lelaki yang online, melayari laman web facebook, berbalas-balas mesej sedangkan masa itu bukankan diperuntukkan untuk bersama-sama masyarakat untuk mendengar akan khutbah berkenaan isu-isu semasa. Masih ada lagi lelaki yang menyorok di dalam rumah seperti kambing dalam reban waktu malam kerana takut orang lain tahu yang dia ada dalam rumah? Bod....!! Ada pula yang tiba hari Jumaat, inilah solat yang ditunaikan seminggu sekali kerana takut malu pada orang lain, kerana terpaksa. Yang paling teruk, dah sampai perkarangan masjid, masih melepak di luar sambil borak-borak merokok tapi tak solat dan bila jemaah dah selesai,dia yang cabut lari dulu.. Sekadar meluahkan apa yang hati ini rasa. Insaflah w...

IntenseDebate Yang Menyusahkan

Assalamu'alaikum.. Tak best betul guna intense debate ni. Walaupun kemas dan mudah untuk mengomen, tapi nak menginstallnya bapaklah payah apatah lagi nak reinstall kalau tukar template. Setting habis lintang pukang. Sekian saja buat kali ini. Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Orang Malaysia Tak Reti Berlakon

Bosan aku menengok drama Melayu di kaca TV. Balik-balik cinta..cinta..cinta.. Menangis.. Menangis..Menangis..Bergaduh..Bergaduh..Bergaduh.. Orang Malaysia ni bukanlah aku maksudkan pelakon di Malaysia, tapi orang-orang yang berada di kawasan penggambaran yang termasuk dalam kamera. Perasan tak kalau drama Malaysia, mesti orang yang sesat dalam penggambaran ni tengok-tengok orang yang sedang berlakon. Buat selamba je dah lah! Ini nak tengok-tengok, jadi tak real drama tu.. Kalau yang pelakon-pelakon yang jarang keluar (tak glamour) kat tv pulak satu kes, mesti tak best! Kalau drama luar negara, orang sekeliling semuanya sporting. Diorang tak pandang-pandang pun pelakon yang sedang menjalankan sesi penggambaran. Jadi drama pun nampak real, terkesan kat hati dan boleh menyentuh perasaan. Barulah ada feel nak nangis. Aku kalau tengok drama Malaysia mesti mengutuk je dalam hati, tapi kali ni dah tak boleh tahan dah. Nak jugak berkongsi di sini. Sebab tu lah penuh hard disk aku dengan drama ...

Masalah Ping di GB. Ada Caranya.

Dua tiga hari ini saya pun mempunyai masalah untuk ping post di GB. Alhamdulilah, akhirnya jumpa jugak caranya. Tapi mungkin masalah saya dan kalian punya tak sama. Masalah saya ialah bila satu post hendak di ping contoh tajuknya ialah ' Kucing adalah haiwan tercomel', saya cuba berkali-kali tetap tidak boleh. Tapi jika saya buat post lain selepas posting pasal kucing ni contoh tajuknya ialah 'Saya suka makan nasi', boleh pulak di ping. Jadi saya mengambil inisiatif untuk mengedit tajuk posting pasal kucing ni, dan edit juga isi kandungannya(copy dari artikel asal beberapa patah perkataan dan paste sebagai newpost). Kemudian ping. Lepas tu baru edit post dengan copy keseluruhan artikel asal. Ini bentuk masalah saya, kalau serupa bolehlah cuba.. :D p/s: Posting ni pun buat cara macam tu. Napelah susah sangat nak ping...huhuh

Kelas Coklat

Image
Baru -baru ni aku dengan jayanya menghadiri kelas membuat coklat..Alahai, menarik sangat sebab rasa coklat yang original(yang belum dibentuk menjadi coklat di pasaran) pun dah sedap. Seronok jugak melihat coklat yang dikeluarkan daripada mould nya itu sebab mereka tersangatlah comel serta berkilat sehingga begitu sayang untuk dimasukkan ke dalam mulut. Habis je kelas coklat terus hantar coklat-coklat tersebut ke Semenyih. Rezeki anak- anak saudara, merekalah yang berdendang dengan coklat-coklat tersebut, dari yang kecik sampai ke besar, macam semut. Lepas ni bolehlah buat coklat sebab aku memang ada pelanggan tetap lagi setia. Tunggulah habis exam baru aku nak fikir perkara lain.. Hari ni jawab consti law sampai sakit kepala. Memang dasyat soalannya sampai mampu buat aku sakit kepala. Selalunya faktor lain yang menyebabkan aku sakit kepala. Apapun, alhamdulillah..tinggal 4 paper je lagi untuk dihadapkan lagi.. Esok Law of Tort, amik ruang sikit untuk mencurahkan isi hati ni ..

New Theme

Image
This is my new theme for my laptop..Awesome!! I like it very much.. Thanks a lot to the person who responsible to set this up..

Creative Thinking and Problems Solution

Image
Every sixty seconds you spend angry, upset or mad, is a full minute of happiness you'll never get back. I luv blogging so much,this is the way I used to release my tension.. p/s: Buah pun ada hati nak jadi manusia, ini menunjukkan jadi manusia adalah satu perkara yg sangat best..Alhamdulillah..

Cinta Si Layang-layang

Image
Mungkin ramai dah lihat, sekadar berkongsi buat peringatan untuk semua. Gambar yang diambil oleh seorang jurufoto yang telah melariskan jualan akhbar di Perancis pada hari ia disiarkan. Di sinilah pasangan (isteri? suami?) kepada burung layang-layang ini terlantar antara hidup atau mati, kerana dilanggar oleh kereta ketika terbang rendah.. Di sinilah ia menghantarkan makanan kepada pasangannya itu, dan menemaninya dengan penuh setia dan kasih sayang.. Sekali lagi ia terbang dan datang membawakan makanan, namun ia sangat terkejut apabila mendapati pasangannya telah mati.. Ia cuba menggerak-gerakkan pasangannya itu, satu keadaan yang jarang dilihat bagi burung atau binatang sepertinya.. Menyedari pasangannya sudah tidak bergerak, dan tidak akan kembali lagi kepadanya, ia mengeluarkan bunyi seolah-olah sedang menangisi pemergian itu dengan hiba.. Berdiri di sisi pasangannya yang sudah tidak bernyawa, merasa sedih dengan pemergian itu.. Dan akhirnya menerima hakikat bahawa pasangannya itu ...

Tetamu Tak Diundang

Image
Sekitar jam 12 tengahari, seluruh isi rumah bergegas keluar untuk menyambut kedatangan pengantin, hanya tinggal beberapa orang yang berada di dalam rumah untuk menguruskan anak-anak kecil yang baru hendak mandi pagi. Aku bersedia dengan laptop yang telah disambungkan dengan amplifier bagi menggegarkan bunyi kompang digital, bukan lagi dengan tangan-tangan manual manusia. Pengantin dengan berserinya menghampiri rumah. Semua tetamu ceria benar melihat mempelai yang bakal mengharungi hidup berumahtangga. Ketika ini jugalah,tetamu yang tidak diundang ‘meminta izin’ dari kakakku untuk meminjam tandas. Bila kakakku bertanya “siapa ni ya?” Wanita bertudung hijau itu menjawab “ Rombongan pengantin lelaki”. Allah, bagaimanalah kakakku tidak terfikir bahawa adiknya adalah lelaki? Perlukah ada rombongan pengantin lelaki sedangkan kami adalah tuan rumah majlis perkahwinan ini. Kemudian wanita yang bertudung hijau itu menaiki tingkat atas rumah kami. Memulakan perlakuan dajjalnya itu. Aku baru saja...