Setakat Ini Sahaja
Azalea membasuh pinggan sambil memerhatikan rumput-rumput liar di luar tingkap. Seperti rumput jua, keadaannya tidak lagi seperti rumput itu ketika subur dahulu. Hati bukan lagi pada tempatnya. Rindukan suami yang sudah lama tidak menjengah rumah. Ke mana menghilangnya sedikit pun tidak dikhabarnya. Air mata mengalir tanpa dipinta, jatuh bersama aliran air paip yang deras mengalir membawa sabun ke lubang sinki. Fikirannya melayang jauh. “Ibu..Ibu..”, panggil Aida lembut menyapa ibunya yang dari tadi tidak berganjak membasuh pinggan-pinggan yang lain. “ Ibu!”, tinggi sedikit suara Aida memanggil ibunya yang tidak bereaksi. Azalea tersentak daripada lamunan. Pinggan di tangan terlepas lalu retak di dalam sinki. Aida menghampiri Azalea yang nampak resah. “ Ibu teringatkan ayah ye?”, soal Aida tepat pada titik resahnya ibu muda itu. Azalea memandang anak gadisnya sayu, cuba lagi untuk menipu walaupun jelas keletihan merindu daripada anak mata yang tersorot itu. “ Aida cepat susun pinggan y...