Posts

Showing posts with the label Religious

Amazing Quran Website with English Translations

Image
Just point to the verses then the translation will be there. Such an excellent website for those love to explore Quran deeply. http://tanzil.info

Kisah Air Masin & Air Tawar

Image
"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Al Furqan:53) Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery' pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia. Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya. Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar ...

Tahukah anda mengapa umat Islam wajib melontar batu di Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah?

Image
Tahukah anda mengapa umat Islam wajib melontar batu di Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah? Ini adalah kerana tiang tersebut merupakan sebuah "obelisk" hasil dari tiang yang menjadi simbol pemerintahan Firaun pada zaman dahulu. Dajjal dan tenteranya mengguna dan memanipulasi tenaga piramid (piramid pada hujung obelisk) dengan kaedah sains untuk tujuan yang jahat. Sebab itulah umat Islam wajib membaling batu di Jamratul sebagai tanda protes kepada manipulasi ini dan juga benci dengan iblis serta kejahatannya. Obelisk juga dikenali sebagai "cleopatra’s needle". Tidak ramai umat Islam yang memahami maksud simbolik kenapa perlunya membaling batu di Jamratul. Semasa menunaikan Haji, umat Islam akan membaling batu sebanyak 7 kali dengan 7 biji batu dimulai dengan tertib di ketiga-tiga Jamratul bermula dari Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah dengan niat: Bismillah, Allahuakbar Rajman Lisyaitani wahizbih (Dengan nama Allah, Tuhan Yang Maha Besar, aku melontar syaitan dan pengikut-pe...

Solat Istikharah Penting Dalam Kehidupan Harian Kita

Image
Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terbayangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki mahupun perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja. Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan penerangan yang jelas dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat digalakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari; Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., beliau berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa: “Ya Allah! Aku mohon pemilihanMu menerusi pengetahuanMu dan aku mohon kekuata...

Persoalan Tabaruj atau Menunjuk-nunjuk

Firman Allah Taala: "Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, supaya mereka mengenakan jilbab ke seluruh badannya, yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal; kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Ahzab: 59) Di dalam surah al-Nur, ayat 31: "Katakanlah kepada wanita beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa kelihatan padanya, dan hendaklah mereka melepaskan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka.." Di atas adalah di antara nas syar'ie yang menjadi dasar berpakaian dalam Islam dan berhias (utk wanita). Kemudian pada ayat lain Allah berfirman: "…dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku (tabarruj) seperti orang-orang jahiliah dahulu". (Al-Ah...

Benarkah nabi berhijrah ke mekah pada 1 muharam?

السلام عليكم Kalau ditanya umat Islam moden hari ini bilakah Rasulullah saw hijrah dari Makkah ke Yathrib (Madinah), majoritinya akan menjawab 01 Muharram. Mengapa? Kerana kita meraikan peristiwa ma'al hijrah pada 01 Muharram tiap tahun. Sedangkan hakikatnya peristiwa besar hijrah sebenarnya tidak berlaku pada 01 Muharram. Sebaliknya ia berlaku pada hari Juma'at 12 Rabi'ul Awal. Rasulullah keluar daripada rumah di Makkah pada 21 (atau 23 Safar) dan kemudiannya bersembunyi beberapa hari dengan Saidina Abu Bakr di Gua Thur. Kemudian Rasulullah berjalan ke arah Yathrib dan tiba di perkampungan Quba pada hari Isnin 08 Rabi'ul Awal. Disana Rasulullah mendirikan Masjid pertama didalam sejarah Islam dipanggil Masjid Quba'. Pada pagi Juma't 12 Rabi'ul Awal, Raslulullah bersama Saidina Abu Bakr dan penduduk Qubah bertolak beramai-ramai menuju ke Yathrib. Tidak jauh selepas berjalan (dalam 2-3 km), masuklah waktu Jumaat. Maka Rasulullah berhenti dan mendirikan solat J...

Manusia dan jin..

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Sudah sekian lama ingin saya berkongsikan pengalaman yang sangat berharga ini. Jika dahulu, saya sendiri agak sukar untuk mempercayai kehidupan alam ghaib ini tetapi setelah hampir beberapa tahun ini saya adalah penghidap penyakit sakit kepala yang tegar, segalanya terbongkar setelah melihat dengan mata kepala sendiri pesakit yang menerima rawatan akibat gangguan makhluk halus melalui kaedah perubatan islam daripada ustaz-ustaz yang mendalami ilmu ghaib ini. Pengalaman melihat perempuan yang mengaum seperti harimau akibat gangguan saka,ibu saudara saya yang mengilai dan menangis bertukar menjadi orang lain secara total, juga gangguan saka, kaca dan jarum yang keluar daripada dada ayah saya sendiri apabila telur dialinkan ke atasnya akibat santau dan seorang wanita yang bertukar serta merta menjadi bukan dirinya sendiri akibat di sihir, situasi yang berbeza ini benar-benar meyakinkan saya bahawa ilmu ghaib yang sukar untuk dipercayai dulu sememangnya wujud sudah ...

Sesuatu yang sensitip

بسم الله الرحمن الرحيم Mari bersama-sama menghayatinya..Sesunguhnya tidak damai hati ini dan gerun setelah membaca,walau tidak melihat dengan mata sendiri.. Setelah solat subuh di Masjid Universiti Islam Madinah yang diimamkan oleh pelajar dari Yaman yg memiliki suara lunak dan setanding dengan Abdullah Fahmi AQ itu, ana pun cuba mencari sahabat – sahabat yang ingin menyertai projek ana iaitu menuju ke tempat yang akan melaksanakan salah satu hukum Allah iaitu Qisas. Selesai sahaja waktu pertama, ana pun terus keluar kelas dan pulang ke hostel untuk bersiap-siap. Lebih kurang 9.15 pagi, ana bersama sahabat ana iaitu abg Azhar dan abg Hakim bergegas menuju ke tempat upacara tersebut. Hati ana semakin berdebar – debar. Bukan disebabkan tak mampu menyaksikannya, tapi tak sabar menyaksikan satu peristiwa yang membuktikan tanda keimanan umat Islam yang akur dengan perintah Allah Ta’ala. Setibanya kami di sana, orang ramai sudah mula berpusu – pusu. Masing – masing mencari posisi yang strate...

Bintang Nan 12

سم الله الرحمن الرحيم Macam menarik je artikel ni sebab ada kata-kata dari Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang USIM,Nik Salida Suhaila Nik Saleh. Kepada kawan-kawan semua, jangan tak tahu pula INFAD telah banyak mengeluarkan fatwa-fatwa berkenaan isu-isu semasa. Tau tak INFAD tu apa? Ha, cari lah dalam mu'jam tullab.. InsyaAllah, memang tak jumpa.. Horoskop SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal. Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang. Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, ma...