Jemputan Buat Warga SMKA TAHAP
Jika hati Syu dicuri di SMAP Kajang, hati saya dicuri di SMKA TAHAP. Saya ingin membuka kisah lama bagaimana saya boleh terkeluar daripada sekolah ini. Dan saat itu, hati saya benar-benar merindui sekolah ini. Terlalu rindu kerana sekolah ini memberi saya kesan ukhwah yang sangat mendalam. Maka tidak mustahil abang saya yang mendapat tawaran sekolah berasrama penuh SMAP Kajang (macam tak percaya kan?)ketika beliau di tingkatan 4, hanya 2 hari setengah di sana sudah menangis untuk pulang ke SMKA TAHAP semula. Saya juga pada awalnya ingin keluar dari sekolah ini tetapi tidak dilayan oleh ummi dan ayah. Ketika di tingkatan 1, SMKA TAHAP, seorang lelaki sekelas dengan saya membuat perkara yang tidak pernah dibuat orang, dialah orang yang pertama membuat perkara yang mengaibkan itu bahkan terhadap saya pula. Saya tidak betah untuk meneruskan pelajaran di sekolah itu lantas membuat permintaan kepada ayah untuk berpindah ke sekolah lain. SMKA Kuala Lumpur menjadi pilihan. 3 bulan saya menangi...