Catatan Hati Nik Nur Madihah
بسم الله الرحمن الرحيم Jika diberi peluang menjadi juri rancangan realiti TV Gadis Melayu, maka gadis bernama Nik Nur Madihah binti Nik Mohd Kamal pemenang yang paling layak tanpa melalui ujian-ujian yang diberikan. Bukan seperti gadis yang sudah terpilih, seurat benang tiada di rambut, bahkan melalak di kaca tv. Mengapa Madihah? Kerana gadis melayu sejati adalah yang melalui kesusahan secara semulajadi, bukan pada peringkat-peringkat yang direka-reka juri, agar markah kemudian menjadi kunci untuk bolos ke peringkat akhir. Semasa di MPH alamanda, cadangnya membeli buku pelajaran, tidak disangka buku ini yang ku beli. Asalnya sekadar membaca sinopsis di kulit belakang, tetapi hati tidak tahan menyelak isi di dalam. Susun kata dan gayabahasa oleh Ummu Hani Abu Hassan lagi berjaya menjentik hati. Akhirnya buku di beli tanpa berfikir panjang. " Hari itu, ketika ustazah menyarankan kepada para pelajar agar membeli sebuah kamus Bahasa Arab, aku telah merancang caranya. Pada si teman yan...