سم الله الرحمن الرحيم Macam menarik je artikel ni sebab ada kata-kata dari Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang USIM,Nik Salida Suhaila Nik Saleh. Kepada kawan-kawan semua, jangan tak tahu pula INFAD telah banyak mengeluarkan fatwa-fatwa berkenaan isu-isu semasa. Tau tak INFAD tu apa? Ha, cari lah dalam mu'jam tullab.. InsyaAllah, memang tak jumpa.. Horoskop SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal. Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang. Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, ma...