بسم الله الرحمن الرحيم In response to Elis' situation, aku akan sentiasa mengingati pesan umi " jangan sesekali senyum kat pendatang asing". Juga kepada Naem dan Huda, pasti belum melupakan pesanan umi ku ini. Sehinggalah ke hari ini, jika aku berjalan di sebelah mamat Indon, Filipina mahupun Vietnam apatah lagi Pakistan samada Muslim atau tidak, tiada segarit senyuman pun terukir di bibirku, inikan pula ketawa terbahak-bahak seperti yang berlaku di rumah. Tambahan di sekitar Nilai merupakan tempat perkumpulan pendatang asing dari seluruh pelusuk di Asia Tenggara, mereka pastinya berada di mana-mana, jika tersalah langkah pasti akan membawa kepada kisah cinta terlarang. huhu. Maka dari situ berlakulah kahwin lari atau memaksa ibubapa untuk merestui saja perkahwinan dengan bakal menantu berbangsa lain, kemudian mempunyai anak dan selepas itu, jika yang memeluk Islam kerana cinta, akan pulang ke agama asal, kemudian bercerai, selepas itu menuntut hak penjagaan ke atas anak...