Posts

Penapis Air Dr Sukida

“Hasil dari pemeriksaan yang telah dijalankan, didapati pemilik produk berkenaan telah menggunakan serta mempamerkan logo halal JAIN Perak pada produk tanpa mendapat sijil pengesahan halal yang sah dari pihak JAKIM atau JAIN. Oleh yang demikian, syarikat tersebut didapati telah menyalahi Prosedur Pensijilan Halal Malaysia, di bawah Klausa 16.7.3 (i) Penyalahgunaan Perbahasaan Halal/BAHEIS (ii) Penyalahgunaan logo halal JAKIM/JAIN/ MAIN dan Seksyen 15(1) Akta Perihal Dagangan 1972 jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM250,000”. Artikel lanjut di http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=4394

Solat Istikharah Penting Dalam Kehidupan Harian Kita

Image
Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terbayangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki mahupun perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja. Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan penerangan yang jelas dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat digalakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari; Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., beliau berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa: “Ya Allah! Aku mohon pemilihanMu menerusi pengetahuanMu dan aku mohon kekuata...

The Man Who Willed Himself To Die

Image
There was a man who worked for the railroad. One day as he went into the freezer compartment to do his routine work, the door accidentally closed and he found himself trapped in the compartment. He shouted for help but no one heard him since it was past midnight. He tried to break down the door but he could not. As he lay in the freezer compartment, he began to feel colder, and colder. Then he began to feel weaker, and weaker, and he wrote on the wall of the compartment, “I am feeling colder, and colder; and I am getting weaker, and weaker. I am dying, and this may be my last words”. In the morning when the other workers opened up the compartment they found him dead. The sad twist to the above story is that the freezing apparatus in the compartment had broke down a few days earlier. The poor worker did not know about the damaged freezing apparatus and in his mind the freezing apparatus was working perfectly. He felt cold, got weaker and literally willed himself to die. SUCCESS PRINCIPL...

Persahabatan

Seorang remaja berkata, bicaralah pada kami tentang Persahabatan.. Dan dia menjawab: Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi. Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih. Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu. Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian. Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”. Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan. Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita; Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran. Dan tiada maksud lain dari pers...

Why Are Women Complicated?

Image

Life Must Go On

Image
Wah, cuti semester sudah pun menghampiri ke penghujungnya. Rasanya, baru semalam aku menduduki kertas peperiksaan Law of Contract I. Hari ini, terimalah seadanya apa yang telah diusahakan. Sangat terharu atau mengharukan? Ianya bergantung pada usaha masing-masing.. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, sem akan datang telah pun tersedia dengan 10 subjek yang boleh memutuskan saraf minda dari hari ke hari. Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada diriku dan sahabat-sahabatku untuk meneruskan peperangan yang sangat menakutkan ini.. Ia sangat mengerikan sehingga aku rasakan aku ingin tidur dari pagi hingga ke malam, tak nak belajar lagi dah! However,don't cry because it's over. Smile because it happened. Bil Kod Kursus Keterangan Taraf Kursus Kredit Jenis 1 AAA2022 AKHLAK DAN TASAWWUF WU 2 A 2 LAA2053 AL-AHWAL AL-SAKHSIYYAH ...

Persoalan Tabaruj atau Menunjuk-nunjuk

Firman Allah Taala: "Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, supaya mereka mengenakan jilbab ke seluruh badannya, yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal; kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Ahzab: 59) Di dalam surah al-Nur, ayat 31: "Katakanlah kepada wanita beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa kelihatan padanya, dan hendaklah mereka melepaskan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka.." Di atas adalah di antara nas syar'ie yang menjadi dasar berpakaian dalam Islam dan berhias (utk wanita). Kemudian pada ayat lain Allah berfirman: "…dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku (tabarruj) seperti orang-orang jahiliah dahulu". (Al-Ah...