Sehelai Kertas
بسم الله الرحمن الرحيم Seawal jam 8 pagi,saya sudah berpergian meninggalkan rumah demi menguruskan rumah sewa yang baru, lebih selesa, tenang dalam kehidupan yang berjiran. Alhamdulillah. Usai menguruskan rumah, saya dan sahabat-sahabat ditaklifkan pula dengan tugasan yang diberi serta-merta tanpa ada sebarang maklumat diberi terlebih dahulu iaitu mengedarkan flyers KONSERT ANTARA DUNIA yang bakal dijayakan di Stadium Melawati Shah Alam bertarikh 1 Ogos 2009. Flyers yang mencecah angka ribuan itu bertukar tangan daripada pihak yang bertanggungjawab kepada tangan-tangan kami. Jika sebelum ini saya sering memandang remeh pada sesiapa yang mengedarkan flyers di jalanan, tetapi hari ini tidak lagi kerana saya sendiri telah merasai bagaimana perasaan untuk memulakan pemberian berupa sehelai kertas ini sahaja. Hanya sehelai kertas untuk manusia yang lalu lalang. Betapa susahnya untuk menyerahkan kertas yang bakal di buang ke dalam tong sampah itu. Tiada keyakinan. Sehinggalah beberapa minit ...