Sehelai Kertas
بسم الله الرحمن الرحيم
Seawal jam 8 pagi,saya sudah berpergian meninggalkan rumah demi menguruskan rumah sewa yang baru, lebih selesa, tenang dalam kehidupan yang berjiran. Alhamdulillah. Usai menguruskan rumah, saya dan sahabat-sahabat ditaklifkan pula dengan tugasan yang diberi serta-merta tanpa ada sebarang maklumat diberi terlebih dahulu iaitu mengedarkan flyers KONSERT ANTARA DUNIA yang bakal dijayakan di Stadium Melawati Shah Alam bertarikh 1 Ogos 2009. Flyers yang mencecah angka ribuan itu bertukar tangan daripada pihak yang bertanggungjawab kepada tangan-tangan kami.
Jika sebelum ini saya sering memandang remeh pada sesiapa yang mengedarkan flyers di jalanan, tetapi hari ini tidak lagi kerana saya sendiri telah merasai bagaimana perasaan untuk memulakan pemberian berupa sehelai kertas ini sahaja. Hanya sehelai kertas untuk manusia yang lalu lalang. Betapa susahnya untuk menyerahkan kertas yang bakal di buang ke dalam tong sampah itu. Tiada keyakinan. Sehinggalah beberapa minit kemudian, perasaan malu, segan dan tidak yakin beransur pulih. Saya menjadi lebih berani untuk bergurau senda apabila disoal oleh mereka yang menerima flyers ini.
“ Konsert apa ni dik?”, soal seorang pemuda.
“ Konsert Antara Dunia”, jawab saya dalam nada ramah yang semulajadi.
“ Uish, ni semua planet ada lah ni?”, soalnya lagi. Berseloroh.
“ Ye, planet Marikh pun ada..”,perbualan mati di situ.
Dari situ, saya mempelajari sesuatu bahawa keikhlasan itu sangat penting. Jika tidak ikhlas, flyers yang sepatutnya diedarkan itu pasti tidak luak dari simpanan kami kerana hati akan memberontak, mengapa flyers ini perlu diedarkan.
Senyum..Itu kunci utama kerana penerima akan terbuka hati mereka melihat orang yang memberi kepada mereka tersenyum manis. Jika memiliki wajah kacak dan cantik maka itu adalah satu bonus untuk memikat hati prospek kita. Jadi, ikhlas dan tersenyumlah demi mendapatkan hasil pekerjaan yang memuaskan hati semua pihak.
Sekian saja melaporkan berita terkini..Belajarlah untuk ikhlas.. :-)
b/h: Simpan dan hargailah flyers yang sering kita dapat. Ada sesuatu yang ingin disampaikan..
Comments
pasni an nak amek sume flyres yg org edar!
insap gle
haha