Duduk Iftirash
بسم الله الرحمن الرحسم
Eloklah kita cuba duduk secara iftirash yang sempurna semoga kita dapat pahala kerana ikut sunnah dan juga kesihatan yg menyeluruh melalui 'indirect reflexology excersize' utk bahagian kritikal - brain, neck, throat, etc...
Didoakan agar kita semua dirahmati Allah SWT..
Dari Abu Hamid al-Sa`idi ra., katanya:
“Aku melihat Nabi Muhammad saw…..Apabila Baginda S.A.W duduk pada rakaat yang kedua (Untuk membaca tahiyyat awal), ia duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan (Duduk iftirash)…..” Hadith Sahih riwayat Bukhari
Pengajaran hadith:
1. Disunatkan duduk iftirash pada tahiyyat pertama.
2. Duduk iftirash juga disunatkan semasa duduk antara dua sujud dan ketika duduk istirahah iaitu duduk sesudah bangkit dari sujud yang kedua
3. Amalan duduk iftirash adalah sunnah Rasul saw dan apabila kita mengamal dan menyampaikannya kepada orang lain untuk mengamalkannya adalah mendapat pahala dan keberkatan dari Allah SWT
4. Amalan-amalan Rasul saw adalah bercahaya dan boleh mendekatkan diri seseorang kepada Allah SWT.
Selamat beramal dan menyampaikannya.
Comments
@admin nahwann: Pesal x embed jer 'comment section' nie dlm post? baru nampak kemas sket..
dashboard >> Settings >> Comments >> Comment Form Placement >> Embedded below post...
baru post n comment nampak lawa dalam satu page ...
oh,ok.. sy ikut...