Tetamu Tak Diundang

Aku baru saja hendak melepaskan lelah ketika abangku menghampiriku lalu memberitahuku ada kecurian yang berlaku di dalam rumah. Sebuah beg tangan dan empat buah beg duit wanita selamat dilarikan oleh wanita tersebut. Dua biji handphone lesap sekelip mata. Jika dinilaikan melebihi RM 2000. Aku berlari ke dalam rumah melihat ibu saudaraku yang menangis teresak-esak, sepupuku yang bergenang air matanya membuatkanku ingin membunuh pencuri itu. Mungkin mereka terlalu terdesak untuk memasuki neraka? Menyusahkan manusia-manusia yang tak berdosa untuk memperbaharui segala dokumen yang telah dilarikan.
Petang itu ibu saudakaraku serta anaknya, kakakku dan kakak iparku melaporkan kejadian di Balai Polis Semenyih. Polis memberi pilihan samada untuk melalukan penyiasatan atau pengembalian dokumen. Jika ingin disiasat maka siasatan akan dibuka dan masa akan dipanjangkan. Jika pengembalian dokumen, polis akan membantu untuk dikembalikan semua dokumen penting yang telah hilang. Pihak polis juga menyimpulkan bahawa ini adalah satu bentuk sindiket. Mereka telah merancang untuk menghantar wanita-wanita seperti ini untuk menghadiri rumah-rumah yang mengadakan majlis perkahwinan. Menyamar seperti rombongan ahli keluarga pengantin lalu mengambil kesempatan untuk memasuki tandas, dan ketika semua orang sedang keluar melihat ketibaan pengantin, mereka memulakan kejahatan dengan rakusnya. Buat semua yang bakal melansungkan majlis-majlis di rumah, berhati-hatilah dengan tetamu yang tak diundang. Jangan sampai kunci kereta yang diambil, hilang kereta Honda di rumah, melalak meraung dah tak ada gunanya.
Comments