Tips Tepung Tart Nenas Tak Pecah Untuk Digulung
Assalamu'alaikum.. Saya sangat berbangga dengan hasil tart nenas saya 3 4 tahun kebelakangan ni sebab bila dipam melalui acuan, tepung saya tidak lagi pecah-pecah yang menyebabkan kesukaran tepung untuk digulung. Alhamdulillah, terima kasih kepada makcik Ana yang sudi berkongsi resipi dengan Umi ketika di Makkah dulu. Banyak pahalanya dipanjangkan ilmunya. Tipsnya, anda perlu menggunakan marjerin dan mentega dalam nisbah 1:1 dalam adunan anda. Jangan menggunakan mentega sahaja atau marjerin sahaja kerana adunan akan menjadi sangat rapuh sehingga pecah-pecah. Tak tau pulak persamaan kimia apa yang terjadi bila dua bahan ini dicampurkan. Tapi,mereka saling melengkapi sehingga adunan menjadi sempurna. :)
Comments
hahhahaha
baru nk terpecaya td..