Tips Melajukan Blog Anda

Wah, penat betul aku menunggu blog orang yang load lambat sangat.. Jemu..jemu.. Jika kalian masuk blog sendiri, rasa-rasa laju ke tak? Kalau kalian adalah salah sorangnya memiliki blog yang lambat.. Disini, saya ingin memberikan tipsnya..

1. Minimumkan blog posts yang dipaparkan.. Kalau letak satu lagilah laju blog loading..Tapi it's ok if you want to put more than 1 but still less then 10 posts.. Itulah fungsinya recent posts, orang boleh tengok post terbaru tanpa kita paparkan ia.

2. Memilih template yang simple adalah the most crucial part to load blog faster. Janganlah kalian memilih template yang terlalu banyak bunga-bungaan yang berguguran jatuh mengucup bumi juga corak-corak yang mengelip-ngelip umpama bintang-bintangan di malam hari sebab ia akan melembabkan blog loading sekaligus menyebabkan pengunjung boring nak tunggu..

3. Jika anda adalah pengguna blogger, elakkan menggunakan gadget third party sebaliknya amalkanlah menggunakan google or blogger gadgets itu sendiri, dan apabila third party gadget diletakkan di sebelah sidebar, it makes ur blog become worst to load. Jika nak jugak guna third party gadgets (kebiasaannya memang lebih cantik daripada google or blogger gadgets) better put them at the bottom of the blog. Kat tapak blog.

Ini sahaja yang paling penting dalam berblogging untuk mendapatkan blog yang laju.. Pengalaman hampir bertahun-tahun dalam blogging membuatkan saya rimas dengan kecantikan template tetapi memberatkan blog..Sekian buat kali ini.. :)

Comments

Popular posts from this blog

Tips Tepung Tart Nenas Tak Pecah Untuk Digulung

Hero Winter Sonata Mati Tergantung