Thursday, March 1, 2012

Rindu......

Rindu untuk berada di Masjidil Haram lagi...Ya Allah...bilalah aku berpeluang untuk ke sana lagi...Rasa macam tak ada tanggungan perasaan yang perlu aku bawa bersama...Balik sini macam-macam aku kena fikir...Perkara yang paling aku takut aku mengulangi dosa dan maksiat yang aku dah bertaubat....Beratnya perasaan ini...Aku cuma nakkan sesuatu yang halal dalam hidup ini...Bantulah aku ya Allah.....

Cintaku Tertinggal di Haramain..

Assalamu'alaikum

Alhamdulillah, aku selamat tiba di bumi Malaysia puluk 2.15 petang waktu Malaysia menaiki Gulf Air yang transit di Bahrain. Baru saja bangun pagi memandangkan tubuh masih belum biasa dengan waktu di Malaysia. Penat....Letih satu badan. Batuk dan sakit tekak tetapi kenangan di bumi Haramain adalah memori terindah yang pernah hadir dalam hidup ini.

Rasa bagaikan baru semalam aku menjejaki masjid Nabawi yang terletaknya makam Nabi Muhammad S.A.W yang tercinta, rasa bagaikan semalam aku bersujud di Masjidil Haram yang menyediakan 100,000 ganjaran buat hamba-hambaNya. Rindu untuk ke sana lagi.. Pertama kali melihat Kaabah di hadapan mata, baru ku tahu mengapa manusia yang menjejaki baitul haram ini merindu-rindu untuk ke sana lagi. Perasaan yang tak boleh digambarkan melainkan diri sendiri yang menjejaki ke tempat suci itu. Hilang masalah, hilang derita, hilang dukacita melainkan ketenangan dan keindahan jiwa yang digantikan Allah di dalam hati...

Bersambung..

Tuesday, February 14, 2012

Hembusan Rindu Haramain

Ya Allah..sedih dan sayu sungguh rasanya hati ini..aku masih rasa seperti bermimpi..betulkah esok aku akan berangkat ke bumi haramain? Sungguh aku masih tak percaya..

Berkali-kali aku menangis baca buku panduan umrah dan ziarah Makkah dan Madinah. Jika aku mampu buat yang terbaik sepanjang umrah ini maka seluruh dosa-dosa aku yang lepas akan diampunkan. Ya Allah....memang aku nak hapuskan segala dosa yang selama ini menjadi darah daging aku..Aku terseksa hidup bergelumang dengan dosa..Setiap doa yang terkandung sepanjang umrah ini kebanyakannya memang doa minta diampunkan dosa. Patutlah kalau kita buat sungguh-sungguh umrah ni akan diampunkan seluruh dosa..

Aku macam tak percaya bahawa aku akan ke tempat sirah yang selama ini aku baca. Akan aku catat semuanya di dalam diari aku ke sana nanti....

Monday, February 13, 2012

Patutkah Aku Tertekan?

Ahahahahahahah. Kenapa semua orang bertunang ni? Kenapa semua orang sibuk-sibuk nak kawin ni? Jeles tahu tak?? Rasa nak berenti belajar je. Nak kawin....hahahahahaha. Sengal.

Rindu Saat Itu

Lama sudah aku meninggalkan zaman persekolahan. Zaman yang mengajarkanku tarbiah. Dan tarbiah itu lah yang aku semakin tinggalkan di belakang.

Aku pun tak tahu nak tulis apa. Tapi aku rasa nak menulis. Tentang cinta. Cinta manusia? Serius, lama aku tak berjiwang. Padahal dulu-dulu akulah kaki jiwang karat. Sejak mengenali dia aku dah tak berjiwang sebab cinta itu tak seindah yang dibayangkan atas kertas cerpen dan novel..hmm..

Kadang-kadang bosan juga. Kenapa begitu cepat aku dipertemukan dengan cinta. Bila dah jumpa yang lebih baik, mulalah rasa macam nak yang tu tapi tak sampai hati nak tinggalkan yang itu. Jahatkan? Dia pun pernah buat aku macam tu. Tapi aku takkan sampai hati balas..

Sunday, February 12, 2012

Bersalah

Tiba-tiba aku diselubungi rasa bersalah selepas membuat satu perkara semalam. Tapi orang tu yang start dulu. Padan muka dia lah siapa suruh buat aku kan?haha. Tak apa lah, malam nanti aku minta maaf kat dia. Nombor aku pun kau dah block. Bahai betul. Padahal macamlah aku tak boleh hantar guna nombor lain. Sengal~

Thursday, February 9, 2012

Kasih,Sayang Dan Cinta..

Dia tak pandai memujuk..
Aku tetap kasihkan dia..

Dia tak pandai mengambil hati..
Aku tetap sayangkan dia..

Dia bukan lelaki yang romantik..
Aku tetap cintakan dia..

Yang aku pasti, kasih,sayang dan cinta
aku pada dia, tak pernah berubah walau
hampir 5 tahun berlalu..

Perasaan yang sama..
Kasih,sayang dan itulah cinta..

Apa Perasaan Ko Dilah?

Assalamu'alaikum

Letih aku hari ni. Pagi tadi awal-awal lepas subuh umi ajak pergi rumah Along sebab Along tak larat nak jaga budak-budak. Ayah belikan nasi lemak bawa pergi Bangi untuk Along dan budak-budak. Teruk pula alahan Along mengandung kali ni. Tak pernah aku tengok dia mabuk macam ni. Seram pulak aku nak mengandung di masa hadapan nanti..Entah-entah lagi teruk..wuu

Tadi Along tanya, apa perasaan ko nak pergi Mekah Dilah? Aku terdiam seribu bahasa. Dalam kepala otak aku, aku membayangkan keterujaan aku untuk menaiki kapal terbang selepas 2 tahun lebih aku tak naik. Terukkan? Tapi aku memang suka naik kapal terbang...Ada sejenis perasaan yang tak boleh digambarkan bila pilot berjaya bawa kapal terbang tersebut membelah awan. Hebat! Tapi hebat lagi Maha Pencipta kerana menciptakan pilot yang sebegitu hebat.

Teringat pula aku pada kata-kata Mr. J sebelum cuti hari tu. Sekarang teknologi semakin hebat, lagi nipis memory card, sim card dan pendrie kita rasa hebat sangat kan? Tapi sebenarnya Allah S.W.T nak membuktikan kehebatan Dia perkara-perkara macam ni lah. Kita rasa teknologi tu hebat, siapa Pencipta asal kepada semua teknologi yang ditemui manusia?

Sambung semula perasaan nak pergi ke Mekah. Alhamdulillah, aku masih dikurniakan hati yang lembut..Bukan nak berbangga tapi itulah hakikatnya. Kadang-kadang bila aku duduk sorang-sorang, aku membayangkan Ka'abah di hadapan aku, bergenang dan menitislah air mata aku. Aku rindu untuk melihat Ka'abah. Terlalu rindu....Mestilah teruja dapat pergi ke Mekah. Tapi dalam pada masa yang sama aku takut, aku bersalah, aku tak layak untuk menjadi tetamu Allah di Tanah Haram tu sebab aku terlalu...lalu...banyak dosa. :(

Tapi umi cakap, bukan senang nak menjadi tetamu Allah di sana, kalau kita terpilih untuk pergi ke sana bermakna Allah S.W.T yang menjemput kita untuk membersihkan dan menyucikan hati kita..Aku pun harap macam tu lah.. Semoga dengan Ibadah Umrah ini dapat memperbaiki banyak sikap buruk aku dan kelemahan hati aku.. Aku pun taknak jadi jahat selamanya....

Malam tadi Mak Ayah Kak Jea datang rumah. Mak dia cakap, kalau Allah tak izinkan hambaNya untuk kesana, takkan sampai juga orang tu ke Mekah. Kadang-kadang orang kaya yang dah banyak duit sekalipun tetap tak dapat menjejakkan kaki ke sana jika Allah tak mengizinkannya..

Dan aku....gunakanlah sehabis baik waktu di sana untuk beribadah.. Aku dekat sini mengadap movies, blog, buku.. Masuk sem baru study..study..study..Entah apa lah nak jadi!

Followers