Tuesday, February 14, 2012

Hembusan Rindu Haramain

Ya Allah..sedih dan sayu sungguh rasanya hati ini..aku masih rasa seperti bermimpi..betulkah esok aku akan berangkat ke bumi haramain? Sungguh aku masih tak percaya..

Berkali-kali aku menangis baca buku panduan umrah dan ziarah Makkah dan Madinah. Jika aku mampu buat yang terbaik sepanjang umrah ini maka seluruh dosa-dosa aku yang lepas akan diampunkan. Ya Allah....memang aku nak hapuskan segala dosa yang selama ini menjadi darah daging aku..Aku terseksa hidup bergelumang dengan dosa..Setiap doa yang terkandung sepanjang umrah ini kebanyakannya memang doa minta diampunkan dosa. Patutlah kalau kita buat sungguh-sungguh umrah ni akan diampunkan seluruh dosa..

Aku macam tak percaya bahawa aku akan ke tempat sirah yang selama ini aku baca. Akan aku catat semuanya di dalam diari aku ke sana nanti....

No comments:

Followers