Posts

Showing posts from June, 2009

Jemputan Buat Warga SMKA TAHAP

Image
Jika hati Syu dicuri di SMAP Kajang, hati saya dicuri di SMKA TAHAP. Saya ingin membuka kisah lama bagaimana saya boleh terkeluar daripada sekolah ini. Dan saat itu, hati saya benar-benar merindui sekolah ini. Terlalu rindu kerana sekolah ini memberi saya kesan ukhwah yang sangat mendalam. Maka tidak mustahil abang saya yang mendapat tawaran sekolah berasrama penuh SMAP Kajang (macam tak percaya kan?)ketika beliau di tingkatan 4, hanya 2 hari setengah di sana sudah menangis untuk pulang ke SMKA TAHAP semula. Saya juga pada awalnya ingin keluar dari sekolah ini tetapi tidak dilayan oleh ummi dan ayah. Ketika di tingkatan 1, SMKA TAHAP, seorang lelaki sekelas dengan saya membuat perkara yang tidak pernah dibuat orang, dialah orang yang pertama membuat perkara yang mengaibkan itu bahkan terhadap saya pula. Saya tidak betah untuk meneruskan pelajaran di sekolah itu lantas membuat permintaan kepada ayah untuk berpindah ke sekolah lain. SMKA Kuala Lumpur menjadi pilihan. 3 bulan saya menangi

PBC Allson Klana Nilai

بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah, saya selamat bercuti di rumah menunggu pendaftaran menaiki Tahun Dua 2 Julai ini. Kelmarin, kerana terlalu bosan, serta -merta mengusulkan permintaan mengikut Syuhada ke sekolah lama di Kajang, tak sangka saya boleh hendak ke sekolah lama, mungkin kerana Maisarah turut serta maka saya jadi agak agresif untuk menyertai. Tak perlu diberitahu nama sekolahnya itu kerana sekolah lama saya ini tiada apa-apa yang menarik. Disebabkan itulah saya menggelarkannya 'neraka dunia'. Tetapi tidak lagi sekarang kerana saya sudah memadamkan segala memori berkaitan sekolah itu. ( adik-adik jangan ikut ya) Usai ke sekolah, saya sedaya upaya untuk ke Hotel Allson Klana untuk memenuhi permintaan Puan Habibah untuk mewakilkan beberapa orang downlinenya untuk menghadiri PBC yang kesekian kali diadakan di Hotel Allson Klana, Nilai yang tidak jauh dari Kolej Kediaman Sutera Indah ( ceh). Terima kasih buat dua orang sahabat saya yang bersedia membantu saya menjadi p

Wasiat Buat Isteri Tersayang..

بسم الله الرحمن الرحيم Semoga kisah ini dapat kita ambil sebagai pengajaran. InsyaAllah. Buatsemua, pada yang dah berkahwin, baru nak kawin ataupun akan kawin nanti, kisah ini biarlah tersemat di dalam jiwa. Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah , telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung). Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau. Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut. Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu. Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah. Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya) pun sampai. Beliau turut merasa ha

Kehidupan Adalah Rahsia Terbuka- Rahsia Kedua- Pilihlah Lorong Kehidupan Dengan Tepat

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Beberapa hari yang lepas saya terpujuk dengan bicara seorang teman yang mengatakan bahawa kehidupan ini adalah game. Sungguh, hati ini benar-benar terpujuk dengan kata-kata beliau bahawa kehidupan ini diibaratkan seperti permainan yang kalian main di komputer seperti Counter Strike, Mafia War, Street Fighter mahupun Need For Speed Underground ( ni yang paling aku suka) dan banyak lagi. Pasti kalian pernah merasakan kejatuhan di dalam hidup, selepas itu terjatuh lagi, bahkan kemudian tetap jatuh lagi. Saya sendiri pernah melalui peringkat ini yang sarat dengan penderitaan jiwa. Namun begitu, anggaplah kejatuhan yang belum berakhir ini sebagai satu level di dalam game yang kalian main di mana kita sentiasa akan mengulang-ngulang level ini untuk melepasi ke level seterusnya. Tidak salah untuk berada di level yang sama untuk tempoh masa yang begitu lama tetapi siapa yang tidak mahu menang di dalam permainan? Begitu jualah hidup kita. Terima kasih kepada insan ini yan

Jika Anda Muslim Wajib Baca..

بسم الله الرحمن الرحيم Saya sekadar memanjangkan email yang saya terima beberapa minggu yang lalu. Diingatkan bahawa bukan saya yang mengarang artikel ini. Jika terdapat percanggahan dengan realiti, saya memohon maaf seikhlasnya dari hati nurani ini,tetapi jika ada yang masih tidak berpuas hati, boleh lah menyaman Encik Syahrizal ye. Tapikan, memandangkan situasi di Malaysia yang masih tidak aman politiknya, maka tidak mustahil seluruh isi Malaysia ini terjejas segala sistemnya termasuklah ekonomi umat Islam sendiri terutamanya dalam memilih makanan yang halal dan berkualiti. Jangan sesekali dilupakan slogan ini, Mencari Yang Halal Itu Fardhu. Fardhu pula boleh dikategorikan kepada dua bahagian, Fardhu 'Ain dan Fardhu Kifayah. Fardhu 'Ain atau dikenali juga dengan wajib ‘aini ditakrifkan sebagai perbuatan yang wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang mukallaf seperti sembahyang lima waktu dan sebagainya manakala fardhu kifayah pula ditafsirkan sebagai 'perbuatan yang wajib dil

Sahabat, Ke Mana Kita Akhirnya...?

Image
بسم الله الرحمن الرحيم sila abaikan tisu yang bergelimpangan di atas meja Tajuk yang begitu bermakna ini asalnya ingin sekali saya luahkan melalui cerpen, tetapi minda menukar idea, seringkali cerpen ditangguh-tangguh maka ia ditakdirkan untuk posting kali ini. Pertama-tamanya, diri ini menyusun sepuluh jari memohon maaf dari pangkal rambut hingga ke hujung jari ibu kaki kepada sahabat-sahabat tersayang Naemah binti Musa, Madihah Mohd Khir, Nurul Hidayah Ibrahim, Nur Hazirah Zainudin, Norhudatul Husna Ramli, Siti Hanisah Yusoff, Maisarah Mohamed Rafie dan Nursyuhada M. Zulkifli (jika ada kesalahan ejaan pada nama boleh bincang semula) atas keterlanjuran diri ini selepas hampir sebulan kita hidup bersama. Bukan persahabatan namanya andai tiada pergolakan, bukanlah persahabatan namanya andai sunyi daripada kasih sayang, ribut yang melanda, taufan yang mendatang, hadapilah dengan tenang, sandarkanlah pada kenangan. Akan saya tangguk ibrah yang Allah sediakan buat kita dalam kehidupan ber

Kehidupan Adalah rahsia Terbuka- Rahsia Pertama- Sayangi Ibumu

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Di kesempatan ini ingin sekali saya berkongsi dengan kalian hasil pembacaan buku motivasi saya yang baru dibeli baru-baru ini. Ibu, pasti kalian mengenali ibu? Bukan ibu ayam atau ibu jari kaki, tetapi ibu adalah insan yang bertarung melahirkan kita ke dunia sehingga ada ibu yang menghadap Ilahi tanpa sempat melihat anak yang dilahirkan dengan penuh kesakitan. Berbicara mengenai ibu, hati saya kerap kali tersentuh, mungkin kerana saya penuh dengan sifat keibuan (ceh, perasan),tersentuh kerana mengenangkan dosa yang terlalu banyak saya hamburkan kepada insan yang sepatutnya saya hormati ini lebih daripada segala-galanya kerana sedarkah kalian atau tidak, tempat yang begitu istimewa, tempat yang dijanjikan Allah kepada para hambaNya dengan kenikmatan yang tiada di dunia, kunci untuk memasuki pintu Syurga adalah di bawah telapak kaki ibu. Tapi mengapa kita, sehingga ke hari ini masih meninggikan suara kepada mereka, membentak-bentak terhadap mereka, mengata-ngata di

Sajak Testing for 'expandable post'

Kalaulah sayangmu itu untuk aku, Aku ingin hanya aku yang kau sayang, Kalaulah kau memang cinta padaku Aku ingin aku saja yang kau cinta Siang malam ku pinta dalam do'a Semoga cinta kita kan terwujud Diantara kau dan aku selalu menyatu Tiada yang lain lagi dihati Seandainya aku.. bidadari Pastinya aku terbang Melengkari tiap langkah dan arahmu Seandainya aku.. bayu Pastinya dapat ku cium wajahmu Pada setiap senja beralun Akan ku bisikan namamu selalu Dalam gersang suaraku. Seandainya aku... hujan Pastinya akan ku basahi Tubuhmu dengan tempiasku Agar kau tetap segar dalam ingatanku. Seandainya aku.. malam Pastinya aku datang mengunjungimu Dengan kerdipan bintang Dan sinar cahaya bulan Mencium dahimu Dalam tidur lenamu. Tapi sayang... Aku hanyalah aku Dan salam kasih ku sentiasa berbunga untukmu.. p/s:testing je ni..jangan begitu terpengaruh

Kem Harapan Sapura

Image
بسم الله ال رحمن الرحيم Letih. Gembira. Puas. Begitulah perasaan saya sepanjang 3 hari 2 malam bersam a adik-adik yang menduduki peperiksaan UPSR,PMR dan SPM. Biarpun batuk, sakit tekak dan s elesema menjadi-jadi tetapi tidak menjadi halangan untuk bersama adik-adik yang baru dikenali. Menjadi fasilitator Kem Harapan Sapura anjuran Kumpulan Sapura Holding bukanlah mudah. Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia Universiti Sa ins Islam Malaysia telah diberi kepercayaan bagi menjayakan Kem Harapan yang kedua kalinya. Melayan karenah pelajar-pelajar yang agak kurang pendedahannya terhadap masyarakat membuatkan mereka agak m engalami kejutan budaya apabila disuruh berbicara sepatah dua kata ketika Latiha n Dalam Kumpu lan. Ada yan g wajah menterjemahkan rasa bosan, ada yang dicabar baru boleh bercakap , ada yang begitu dan ada yang begini itulah yang memberi sedikit lelah kepada kami. sedang hangat berbincang menunggu ketibaan adik-adik Hari pertama berjalan seperti biasa. Cuma terdapat

Jeng..jeng..jeng

Image

Please Take Note

بسم الله الرحمن الرحيم What/who is Nike? This article was released by World Fatwa Management System of Islamic Science University of Malaysia. Thus, to all Muslims, you are strongly recommended to take note of this really serious issue. Do not ever wear Nike's product. Think about it. Wallahua'lam

Mari Membaca

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Hari ahad lepas saya bersiar-siar bersama dua orang abang saya dan adik lelaki saya. Abangah yang kesunyian tanpa isteri di sisi ( menunaikan ibadah umrah selama 2 minggu bersama keluarga) jelas sekali bermurah hati mengembirakan adik-adiknya (terutama yang baru sihat drpd demam). Hujung minggu di Alamanda biasa-biasa saja. Seperti selalu, saya dan adik saya lebih menggemari berlama-lama di kedai buku MPH. Adik saya sangat teruja menghabiskan novel bersiri Inggeris The Lord of The Ring, walau berpuluh-puluh harganya dia tetap sanggup memperhabiskan wang demi melampiaskan minatnya terhadap siri itu jugadan demi menambah baik bahasa inggerisnya.Tiada yang menarik. Cuma, hari ini novel-novel Islami yang berkisar kisah cinta Islam bak cendawan yang tumbuh selepas hujan, terlalu banyak di pasaran selepas kemunculan novel pertama Islami Ayat-ayat Cinta. Sempat juga saya mengambil beberapa gambar novel yang saya tidak pasti bagaimana plot ceritanya, adakah mampu