Pengalaman Umrah Ketika Hamil 31 MInggu (Part 1)

Cuba tengok previus post aku tarikh berapa hari bulan? Tak sangka blog ni masaih wujud maka aku nak menulis di sini. Blog adelehamzah.my pun dah expired dan tiba-tiba aku rasa nak menulis, mujurlah ada blog yang tak didendangkan ni :D Bila balik umrah, sehari dua sampai di Malaysia perasaan rindu tu belum ada lagi. Bila tiba-tiba kau buat kerja lepas tu nampak kat TV masjid nabawi dan masjidil haram tiba-tiba membuatkan dada aku sebak. Allah. Rindunya nak ke sana lagi. Setiap hari di sana aku dan suami sering berangan, bila kita dah kaya nanti, kita akan duduk di hotel yang bila turun terus sampai masjidil haram, bawa anak-anak duduk dalam suite. Semoga dimakbulkan angan-angan kami ni. Macamana boleh tiba-tiba decide nak pergi umrah? Dahlah tengah mengandung. Sepanjang berbisnes, aku kumpul duit untuk melancong tetapi untuk kali ni, aku nak bawa suami pergi umrah. Memang semuanya dipermudahkan. Aku wassap Syukri kawan sekuliah aku dulu, mutawwif Andalusia, aku cakap aku nak pergi sama-sama dengan dia. Dia bagi tarikh dan aku terus block tarikh 24 April - 5 Mei 2019. Perjalanan menaiki Flight MAS turun di bumi haram Madinah dan kemudian baru ke Mekah. Semuanya sekelip mata, last minute punya plan, bila dah jejak kaki ke sana memang tak sangka aku berada di sana. Terima kasih Allah kerana mengizinkan aku dan suami untuk berada di bumi haramaian yang amat suci. Kata Syukri, jika kita ke Madinah sebenarnya Rasulullah S.A.W memang menjemput kita, kerana baginda memanggil kita untuk menziarahi baginda. Maka amatlah rugi kalau kita nak menunaikan umrah, flight ke Madinah dulu tetapi kita sekadar berniat singgah ke Madinah sebab memang kena lalu Madinah untuk ke Mekah. Berniatlah kerana kira memang ingin menziarahi bumi barakah di mana bersemadinya jasad Rasulullah S.A.W di sana. Allahumma Sholli Wasallim 'Ala Sayyidina Muhammad. Sebulan sebelum bertolak, hari-hari aku remind anak-anak, ibu dan ayah nak pergi umrah 10 hari. Kakak dan adik nanti tidur dengan atuk dan wanmi, ibu dan ayah tak tidur dengan kakak dan adik. Sehinggalah hari nak bertolak, rasanya mereka pun dah faham kecuali Ruhy yang masih belum faham sepenuhnya.

Comments

Hanis L. said…
Byk baca pasal umerah, jeles betul sebab belum mmpu pergi.

Popular posts from this blog

Bersalah

Tips Tepung Tart Nenas Tak Pecah Untuk Digulung

Hero Winter Sonata Mati Tergantung