Posts

Showing posts from September, 2009

Catatan Hati Nik Nur Madihah

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Jika diberi peluang menjadi juri rancangan realiti TV Gadis Melayu, maka gadis bernama Nik Nur Madihah binti Nik Mohd Kamal pemenang yang paling layak tanpa melalui ujian-ujian yang diberikan. Bukan seperti gadis yang sudah terpilih, seurat benang tiada di rambut, bahkan melalak di kaca tv. Mengapa Madihah? Kerana gadis melayu sejati adalah yang melalui kesusahan secara semulajadi, bukan pada peringkat-peringkat yang direka-reka juri, agar markah kemudian menjadi kunci untuk bolos ke peringkat akhir. Semasa di MPH alamanda, cadangnya membeli buku pelajaran, tidak disangka buku ini yang ku beli. Asalnya sekadar membaca sinopsis di kulit belakang, tetapi hati tidak tahan menyelak isi di dalam. Susun kata dan gayabahasa oleh Ummu Hani Abu Hassan lagi berjaya menjentik hati. Akhirnya buku di beli tanpa berfikir panjang. " Hari itu, ketika ustazah menyarankan kepada para pelajar agar membeli sebuah kamus Bahasa Arab, aku telah merancang caranya. Pada si teman yan

Micheal Jackson - Heal The World

Hari Bahagia..

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Tahun ini, tahun yang kedua saya dan keluarga tidak beraya di kampung seperti biasa, seperti zaman kanak-kanak dahulu. Pasti akan bermalam di rumah wan alang dan keesokan paginya, ke rumah wan mak pula. Tahun berganti, cara menyambut 'idulfitri pun berganti dari hari ke hari . Jika dahulu ada rumah kampung yang besar untuk menghimpunkan ahli keluarga yang besar tetapi tidak lagi untuk raya kali ini dan beberapa tahun yang lepas selepas pemergian Arwah Tok Abah.Rumah kampung ditinggal sepi dan masing-masing bagai membawa diri selepas pemergian beliau. Mengapa ya jadi begini? Teringat kisah yang disampaikan oleh Ustaz Amiruddin dalam kuliahnya yang terakhir sebelum pulang bercuti, ketika hayat Rasullullah, Saidina Ali Karamallu Wajhah dan Mu'awiyah bin Abi Sufian merupakan sahabat karib yang berada dalam satu halaqah, sama-sama mentadabbur ilmu dan mendengar hadith Rasulullah, tetapi tidak lagi selepas kewafatan Rasulullah sehingga tercetusnya peperangan an

Selamat Hari Raya..

Image

Ramadhan yang teruji..

بسم الله الرحمن الرحيم Saat ini, saya sudah pun selamat tiba di kampung halaman tercinta. Kuliah undang-undang perlembagaan terpaksa dituang semalam memandangkan hati semakin tak tertahan-tahan lagi untuk melepaskan semua kekalutan sepanjang ramadhan tahun ini. Ramadhan kali ini seperti begitu tidak terasa kehadirannya, bukan tidak terasa tetapi kehidupan seharian yang menghambat itulah membuatkan saya merasakan seperti hari-hari biasa. Menyiapkan segala assignment yang dibekalkan, hampir tidak bernyawa isi rumah saya. Tidur di atas karpet nipis, mandi sekali sehari lepas maghrib pasti tertidur kerana keletihan dan ketika tersedar, menyuap makanan apa sahaja ke mulut tanpa disedari, kemudian tidur semula. Sehinggalah menjelang fajar, baru benar-benar segar. Menyempurnakan segala urusan bersama tuhan. huhu.. moga tidak lagi untuk masa akan datang. Laptop kesayangan akhirnya menemui ajal. Kata tuan kedai, " processor terbakar". Dapatlah saya belajar sikit melalui pengalaman ini

Di Sini Kisah Coklatku Bermula..

Image
Inilah anak saudara saya yang obses terhadap coklat. Moga beliau berjaya memiliki kilang coklat bila dah besar nanti.. Boleh bersedekah kepada mereka yang tidak mampu membeli coklat..=) Format Pertandingan: * Anda wajib meletakkan http://coklathalal.com dan http://coklathalal.blogspot.com/ di bloglist anda- DONE * Sila upload banner pertandingan ini di sidebar anda dan link kan gambar itu ke link contest ini (http://sitisifir10.blogspot.com/2009/08/contest-di-sini-kisah-coklatku-bermula.html- DONE * Contest ini dibahagikan kepada dua kategori. Satu entry adalah untuk satu kategori sahaja. Jika anda teruja untuk masuk kedua-dua kategori sekali, sila letakkan dua link ke entry anda dalam kotak komen ini. Tajuk entry anda hendaklah - Di Sini Kisah Coklatku Bermula * Kategori pertama - anda dikehendaki meletakkan gambar seseorang yang berkaitan dengan anda dengan coklat. Tidak kisahlah gambar anda dan coklatkah, anak anda dengan coklatkah...pastikan yang di dalam gambar itu ada berkenaan (

Beruk

Image
Inilah cerpen pertama dibaca yang paling menyayat hati.. Beruk. Pukul lapan tiga puluh minit masing-masing masuk bertugas. Cikgu Sunan masuk ke dalam darjahnya, darjah lima. Ketua darjah melaung kuat suruh murid-murid bangun. Masing-masing bangun, tapi sama seperti berbaris tadi. Malas. Cikgu Sunan tidak ambil pusing hal itu. Separuh masa sudah berlalu. Cikgu Sunan membuat soalan kira-kira yang lain. Tiba-tiba seorang murid masuk senyap-senyap dan duduk di bangku paling belakang. Dia terlewat datang. Cikgu Sunan sedar. Dia memerhati murid itu dengan pandangan tajam, sehingga mata murid itu tidak kuasa menentangnya. Semakin lama Cikgu Sunan memerhati, murid itu mulai gelisah. Dia pura-pura mencari sesuatu di dalam mejanya. Menggaru-garu betis yang basah dengan air embun. “Alias! Mari sini!” Cikgu Sunan memanggil murid yang datang lambat itu dengan bengis. Murid yang bernama Alias itu bangun lambat-lambat, kemudian melangkah perlahan-lahan ke depan. Dia tahu, sebentar lagi dia pasti akan

Duduk Iftirash

Image
بسم الله الرحمن الرحسم Kebanyakan kita tidak mengetahui kebaikannya dari segi kesihatan. Kalau kita lihat gambarrajah reflexology dibawah, bila dalam iftirash ini, kaki kanan kita dapat tekanan di bahagian atas kaki dan kaki kiri kita dapat tekanan bawah dan tengah kaki. Duduk iftirash ni memberi 'tekanan reflexology' yang menyeluruh. Tapi bagi orang yg tidak menegakkan kaki kanan, mereka hanya mendapat 'tekanan reflexology' utk sebahagian tubuh sahaja (tidak meliputi bahagian - Brain, Neck, throat, heart, voice sinus, pituitary glands, etc seperti dalam gambarajah). Ini merugikan!! Eloklah kita cuba duduk secara iftirash yang sempurna semoga kita dapat pahala kerana ikut sunnah dan juga kesihatan yg menyeluruh melalui 'indirect reflexology excersize' utk bahagian kritikal - brain, neck, throat, etc... Didoakan agar kita semua dirahmati Allah SWT.. Dari Abu Hamid al-Sa`idi ra., katanya: “Aku melihat Nabi Muhammad saw…..Apabila Baginda S.A.W duduk pada rakaat yan