Posts

Showing posts from May, 2009

Dua Kekuatan

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Hari ini kita akan belajar bagaimana untuk mencari dua kekuatan manusia. Berpesan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dalam nasihatnya, kekuatan dalaman manusia hanya diperoleh melalui dua cara 1) Mendirikan solat sunat tahajjud di sepertiga malam setiap hari 2) Meninggalkan minuman yang berais Antara kedua-dua langkah ini, pilihlah salah satu sebagai amalan. Jika dapat mengamalkan kedua-duanya sekali,itu yang terbaik. Jika tak mampu, dirikanlah tahajjud setiap malam maka kita boleh minum ais. Jika tak mampu dirikan tahajjud setiap malam maka tinggalkanlah minuman berais. Ha, pilihlah mana suka. Tapi, rata-rata rakyat Malaysia memang tak boleh minum air panas sebab tak nikmat, tak terasa sedapnya nikmat minum air kalau tak berais dan rata-rata umat Islam juga liat untuk mendirikan tahajjud di malam hari. Jadi, macamana kita nak menjana kekuatan dalaman kalau satunya kita tak mampu amalkan dan satu lagi tak mampu tinggalkan? Teringat pada pensyarah undang-un

PBC Kuala Pilah

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Mengapa anda perlu menghadiri PBC? Kerana PBC adalah titik perubahan pertama yang perlu dilalui oleh seluruh rakyat Malaysia jika kita menginginkan perubahan di dalam hidup kita. Hari ini, rata-rata manusia menginginkan perubahan samada dari segi taraf hidup, sikap, masa, politik juga di dalam berdakwah. Tetapi masih ramai yang tidak berjaya demi merealisasikan perubahan mereka kerana satu faktor yang penting perlu diubah terlebih dahulu sebelum perubahan-perubahan lain yang diharapkan menjadi kenyataan. Faktor itu adalah makanan. Mengapa makanan? Kerana makananlah yang membentuk hati kita samada baik ataupun buruk. Apabila hati terbentuk dengan baik maka tiada halangan lagi untuk melakukan perubahan-perubahan seterusnya. Oleh itu, anda diluar sana berkejar-kejarlah menyertai HPA terutamanya di kawasan lembah Klang kerana peluang untuk melakukan revolusi diri adalah terlalu tinggi dan HPA memberi jaminan buat setiap ahlinya agar tidak rugi di dunia malah mendapat

Dosa Pertama

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Kita susuri sejarah lama, apakah kesalahan pertama yang dilakukan oleh keturunan manusia di dunia? Adakah mencuri? Adakah membunuh? Tentu sekali tidak. Dosa pertama yang dilakukan oleh umat manusia adalah kerana makanan. Ketika Adam dan Hawa senang enak bercinta di syurga dalam rahmat Pencipta, syaitan mula menyesatkan manusi a dengan memujuk si Hawa yang taat kepada Penciptanya sehingga kedua mereka dihantar keluar dari syurga. Buah khuldi yang ditegah Tuhan, tetap dijamah oleh makhlukNya. Jika diselusuri kisah ini, makananlah yang menjadikan manusia mengingkari Tuhan. Begitulah besarnya kedudukan makanan sehingga menjadi sejarah pertama dosa manusia. Maka, dengan ini makanan adalah perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan kerana bimbang sejarah akan berulang kembali sehingga mendatangkan kemurkaan Yang Esa. Bagaimana pula makanan boleh mengundang kemarahan Dia? Apabila makanan yang kita makan diambil daripada sumber yang syubhah (ragu-ra