Posts

Showing posts from July, 2009

Sehelai Kertas

بسم الله الرحمن الرحيم Seawal jam 8 pagi,saya sudah berpergian meninggalkan rumah demi menguruskan rumah sewa yang baru, lebih selesa, tenang dalam kehidupan yang berjiran. Alhamdulillah. Usai menguruskan rumah, saya dan sahabat-sahabat ditaklifkan pula dengan tugasan yang diberi serta-merta tanpa ada sebarang maklumat diberi terlebih dahulu iaitu mengedarkan flyers KONSERT ANTARA DUNIA yang bakal dijayakan di Stadium Melawati Shah Alam bertarikh 1 Ogos 2009. Flyers yang mencecah angka ribuan itu bertukar tangan daripada pihak yang bertanggungjawab kepada tangan-tangan kami. Jika sebelum ini saya sering memandang remeh pada sesiapa yang mengedarkan flyers di jalanan, tetapi hari ini tidak lagi kerana saya sendiri telah merasai bagaimana perasaan untuk memulakan pemberian berupa sehelai kertas ini sahaja. Hanya sehelai kertas untuk manusia yang lalu lalang. Betapa susahnya untuk menyerahkan kertas yang bakal di buang ke dalam tong sampah itu. Tiada keyakinan. Sehinggalah beberapa minit

Penjenayahan Istilah.

Anak tak sah taraf, terlanjur, sumbang mahram, pelacur kelas atasan, khinzir, bersekedudukan, berkhalwat, etc. Berikut adalah beberapa contoh perbendaharaan kata atau istilah yang dewasa ini sering berkumandang dan acapkali kedengaran di kaca television, radio, dada, kaki mahupun perut akhbar dan juga dalam arus perdana yang lain, malah peredaran masa juga telah mengasimilasikan penggunaan istilah-istilah ini ke dalam percakapan dan perbualan seharian masyarakat. Melalui pengamatan, penelitian, analisa dan diikuti dengan diskusi ilmiah dan santai bersama sahabat dan juga masyarakat yang datang daripada pelbagai latar, penulis berasa seakan terpanggil untuk turut berkongsi dengan pembaca sekalian tentang fenomena ini yang jauh di sudut hati penulis, terdetik rasa bimbang akan ancaman dan tribulasi yang bakal timbul rentetan daripada pengenalan suatu bentuk serangan berbentuk psikologi ini. Sebagai contoh pertama, apabila perkataan “zina” dituturkan, rata-rata otak manusia yang normal pa

The Appointment of Co-editor of The Blog.

Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam kerana telah menjadikan kita sebagai proxi kekhalifahan di mukabumi ini, selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah S.A.W. dan salam sejahtera kepada seluruh umat Islam secara amnya dan kepada pengunjung blog ini secara khasnya. Julung-julung kalinya saya menulis dalam sebuah blog berpaksikan dakwah dan knowledge sharing ini membuatkan saya berasa sedikit janggal dan kurang yakin dengan kemampuan diri untuk beraksi di pentas penulisan sebegini kerana sebelum ini, bidang penulisan saya hanyalah tertumpu di sekitar penulisan SMS, E-mail, assignment, serta penulisan esei-esei dalam peperiksaan sahaja. Ucapan terima kasih dan penghargaan kepada ukhti Adilah sebagai admin kepada blog ini kerana bermurah hati memberikan ruang dan peluang dengan melantik saya sebagai co-editor dalam blog bertajuk BICARA LEMBAR MAYA ini. Antara tujuan saya untuk tampil menyahut pelawaan admin blog ini untuk turut serta dalam penulisan blog adalah kerana ter

Kehidupan Adalah Rahsia Terbuka – Rahsia Ketiga – Bangun Pagi

Image
Sekitar 6.15 saya akan bangun pagi. Saya bukan jenis bangun 4 pagi untuk berqiamullail kecuali dipaksa. Jangan jadi begini. Kebiasaannya selepas menunaikan solat subuh, kita pasti akan memerhatikan bantal dan katil semula, katil dan bantal memerhatikan kita, lalu kita tidur semula, diulit mimpi yang mustahil tetapi indah adalah terlalu enak nikmatnya kerana di alam biasa terlalu jauh untuk mengejar mimpi yang menjadi impian. Kita mendapat keenakan tidur di waktu ini tetapi sedarkah kita telah terlepas nikmat yang Allah sediakan di waktu matahari baru ingin terbit ini. “ Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dapat terbang di angkasa dengan mudah. Tidak ada yang menahannya selain Allah. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang-orang yang beriman ” An- Nahl: 79 “ Bayu pada fajar menyinsing mempunyai rahsia untuk diberitahu pada kalian..Jangan tidur semula.. ” Jalal ad-Din Muhammad Rumi (1207-1273). Waktu fajar begini, burung-bu

Jiwa Bangsa

Minggu ini sangat meletihkan biarpun minggu ini adalah minggu yang pertama bermulanya kuliah. Ditambah pula sebagai jawatan guru sandaran matematik yang baru saya sandang di salah sebuah institusi perumahan. Matematik itu bagi saya tersangatlah mudah, jangan sesekali tertukar dengan matematik tambahan yang ‘lebih’ mudah. Sangat mudah ketika saya berada dalam tingkatan 5 dan ke bawah. Tetapi tidak lagi sekarang selepas 3 tahun meninggalkan subjek ini, kepala otak saya tersangatlah lembab meskipun menambah dan menolak angka. Teman saya, Nurul menegur “ Ni kenapa ni tolak makin bertambah jumlahnya?”. Saat itu saya merasakan ingin berlari berpusing sekeliling padang kerana begitu malu dengan kelemahan diri ini. Saya sekadar berlari setempat saja. 801 – 79 = 809 Semasa saya mengajar dua orang anak didik saya, barulah saya faham perasaan seorang guru yang ingin memberikan kefahaman terhadap anak-anak muridnya (perasan je ni) Dahlah dalam bahasa Inggeris, dulu kita belajar dalam Bahasa Melayu

Life Is Like A Wheel

Image
This semester, my programme is focusing on syariah law and civil law subjects. No more subjects regarding English and Arabic support learning. These two subjects really lead me a reckless life because I need to be a good student in class, such a deaf listening to the lecturer’s lecture and I did not have any chance to speak out my idea because I’m the shiest in my class. Heh. To all my members of Syariah and Law programme, do not play too much in next semester, if you want to be a lawyer, a good lawyer or even a housewife or a househusband, please devote yourself in studying. If you failed at your past time, remember that sometimes you are up, sometimes you are down. When you are up, that's good and well. But when you are down, you must be prepared. Let us not forget that our life is like a wheel. Someday you might find yourself on top again. InsyaAllah. Sadaqallahul’azim.

Kucing - Haiwan Yang Perlu Disayangi

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Artikel ini bukan bertujuan menakut-nakutkan mana-mana individu tetapi sekadar luahan rasa melawan kebosanan yang bergelintar. Posting ini ditujukan khas buat peminat kucing di seluruh Malaysia sahaja kerana jika saya tujukan di seluruh dunia, ramai yang diluar negara sana tidak memahami bahasa Melayu. Sebenarnya hati agak resah. Diingatkan kepada semua pembaca blog ini, jangan begitu terpengaruh dengan cerpen-cerpen yang disiarkan. Jangan sesekali anda aplikasikan di dalam kehidupan anda kecuali yang memberi manfaat sahaja. Segalanya adalah khayalan semata-mata, tiada berkaitan dengan yang masih hidup atau pun yang sudah meninggal dunia. Kucing adalah binatang yang paling saya suka,gemari dan cintai kerana kucing mempunyai sentimen yang dapat memahami bahasa tubuh manusia. Rasulullah pun suka kucingkan? Adakah kalian tahu apa itu kucing? Mari saya kenalkan anda dengan kucing. Kucing adalah sejenis haiwan yang berbulu halus (bagi tuan yang pandai menjaganya) atau

Yang Terakhir

Image
Haifa meletakkan gagang telefonnya ke tempat asal. Senyumannya tersimpul manis menunggu ketibaan sang suami pulang dari kejauhan. Hari-hari tanpa Fathi di sisi begitu memeritkan jiwanya. Bagaimana tidak, Fathi adalah dunianya! Hilang Fathi daripada pandangan mata, maka hilanglah seluruh jiwanya. Haifa bergegas ke dapur untuk menyediakan malam sementara menunggu kepulangan Fathi yang outstation di Kuala Lumpur. Barang-barang dapur yang baru dibelinya disusun terlebih dahulu ke tempat sepatutnya. Makanan kegemaran Fathi menjadi menu utama malam ini. Tangan dan kaki Haifa bergerak pantas menyiapkan hidangan. Selesai memasak, Haifa seperti biasa membuka laptopnya. Seperti biasa ikon yahoo messenger dikliknya. Beginilah keadaannya ketika Fathi tiada di rumah, teman karibnya Khalisah menjadi mangsa peneman bicara saban waktu. Khalisah, sahabat baiknya yang dikenalinya di rumah anak-anak yatim dahulu sehinggalah ke detik ini, Cuma baru bertemu semula di alam maya selepas setahun perkahwinanny