Posts

Showing posts from August, 2010

Roh Di Bulan Ramadhan

" Walau setinggi mana kasih sayangku, sesungguhnya Allah lebih berhak menyayangimu, Damai lah engkau disana di bawah limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya, Sesungguhnya kami semua akan menyusulmu di kemudian hari... Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului kita" Roh di Bulan Ramadhan Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang

Kebaikan Sifat Lupa

Salam 'Alaik.. Bak kata Ustaz Hasnizam, bayangkan selepas 10 tahun, kita bangun pagi dan masih menangis sebab terlalu sedih mengenangkan kegagalan kita di dalam midterm test, tidakkah ia sangat mengharukan? Setiap hari bangun pagi mesti menangis sebab sedih gagal dalam exam walaupun sudahpun 10 tahun meninggalkan dunia pengajian. Sebab itulah sifat lupa juga sangat penting dalam kehidupan kita untuk melupakan memori yang sedih dan terluka. Jika tiada sifat lupa, seorang anak akan sentiasa menangis hingga ke akhirnya kerana ibunya yang telah meninggalkannya berseorangan di dunia fana, jika tiada sifat lupa, seorang manusia akan sentiasa menangisi pemergian kucing-kucingnya yang eksiden, jika tiada sifat lupa, seorang hamba akan sentiasa merasakan taubatnya tidak terima kerana diburu rasa bersalah berbuat maksiat pada masa yang lepas, jika tiada sifat lupa, seorang pelajar tidak akan maju ke hadapan jika masih terikat dengan kegagalan sebelum ini. Indahnya sifat lupa kerana mampu mem

Jika Hati Tidak Tenang

Jika hati tidak tenang, apa yang seharusnya kita lakukan? 1. Banyakkan berzikir mengingati Allah 2. Capai Al-Quran lalu mentadabburnya 3. Ambil wudhuk lalu menunaikan solat sunat 4. Sentiasa bertenang sebaliknya aku jika hati tidak tenang 1. Menangis (ini satu keperluan buat aku) 2. Makan (mujurlah di bulan Ramadhan nafsuku terdidik) 3. Marah-marah orang yang tak sepatutnya 4. Tiada konsentrasi untuk study 5. Hati terasa bengkak Ya Allah, hina sungguh hamba yang satu ini. Masih terlalu jauh. Ini semua adik aku punya pasal, membangkitkan isu yang membuatkan hatiku berombak. Kesannya pasti hampir satu minggu juga. Tapi katanya betul, membuatkan aku diburu rasa bersalah.. Tapi dia tidak faham akan situasi aku, apa yang harus aku lakukan. Hatiku sungguh tak tenang! Ya Allah, berikan aku petunjuk dalam setiap langkah yang aku putuskan akhir-akhir ini!

Hargai Masa Bersama

Image
Salam 'alaik.. Buat diri sendiri yang sekian lama tidak memberi nota pada diri! Lama sungguh aku mendiamkan diri dari menyampaikan ayat yang lebih senang menggunakan ayat sendiri (macam pantun lah pulak). Entahlah, mungkin kerana fobia ayat yang dimanipulasikan, hidup yang seolah-olah diperhatikan dan sesungguhnya biarlah Allah saja yang memerhatikanku, menegurku ketika aku berbuat salah di dalam mimpiku, sehingga aku akan menyedarinya sendiri. Dan jika ada yang semakin menjauh dariku maka sesungguhnya keluargaku sentiasa mendekatiku untuk mencurahkan segalanya yang cukup untukku. Hari ini, abangah telah menyusulkan untuk berbuka puasa sama-sama satu keluarga. Paling yang membuat aku tak sabar adalah dengan kepulangan Amir, Muna dan Syafi! Tak sabar nak tengok Amir berjalan.. Rindu nak main rambut Muna dan layan Syafi bercakap. Kalaupun di dunia ini aku ditakdirkan anak yang lahir dariku sendiri, anak-anak ini sudahpun cukup menjadi yang terindah dalam hidupku. Membesar di hadapan

Alahai Perempuan....Berhati-hatilah!!!!

Image
Manusia sekarang memang terdesak! Jenayah tidak mengenal tempat dan masa! Berhati-hatilah wanita ketika anda di mana-mana.. Moga Allah sentiasa melindungi kita.. Goodness! If you see any suspicious character (need not be male!) loitering around the lobby, do not board the samel elevator with him; walk away if necessary. Thank goodness he did not have any weapons on him and I think the ladies were not injured but must be badly traumatized. Hopefully he gets caught as there are a couple of good pic shots of his face. It’s NOT EVEN SAFE WHEN YOU ARE IN AN ELEVATOR…BE CAUTIOUS OF YOUR SURROUNDINGS Manusia sekarang memang terdesak! Jenayah tidak lagi mengenal tempat dan mangsa! Goodness! If you see any suspicious character (need not be male!) loitering around the lobby, do not board the same elevator with him; walk away if necessary. Thank goodness he did not have any weapons on him and I think the ladies were not injured but must be badly traumatized. Hopefully he gets caught as ther

New Makkah Clock (World Biggest).. Subhanallah!

Image
Starting from 1st Ramadhan..

HATI - HATI, INGAT BULU KAMBING, TAPI BULU BABI RUPANYA

Image
Keliru nih.. kalau ada produk bulu babi gini, macamana nak tahu? JAKIM kena keluarkan garis panduan cepat. Babi Mangalitsa yang aslinya berasal dari Austria dan Hungaria MASYAALLAH...!!!!! MAKIN MENJADI2 ORG YAHUDI HENDAK MENGHANCURKAN UMAT ISLAM.SUDAH MASANYA KITA MEMPERTAHANKAN MARUAH UMAT ISLAM,TAK GUNA HANYA BERHARAP PD PIHAK BERKUASA SAJA.!!!! MARI SEMUA UMAT ISLAM KITA SAMA2 MEMPERTAHANKAN MARUAH & KESUCIAN AGAMA ISLAM.ALLAHHUAKBAR...ALLAHHUAKBAR.....!!!! JAKIM, mainkan peranan.. Jangan tunggu hasil produk haiwan ini sampai ke dalam rumah umat Islam di Malaysia. Lebih teruk lagi kalau hasil bulu haiwan ini dibuat sejadah hamparan masjid, kopiah, permaidani dan produk untuk kegunaan muslim. Ingatlah, agenda kafir untuk mempersendakan kesucian agama Islam takkan berhenti selagi kita tidak menuruti jalan mereka. Umat islam, berhati-hati..

Jahatnya Manusia!

Image
Kalau nak ubah ciptaan, biarlakh dekat badan sendri. Ni nak menyeksa kucing pulak. Kalaulah kucing boleh bercakap,semestinya mereka taknak jadi seperti manusia yang suka 'die' rambut! THIS IS AN EXAMPLE OF PEOPLE HAVING MORE MONEY THAN THEY KNOW WHAT TO DO! Some of the paint jobs cost $15,00 and had to be repeated every 3 months as the cat's hair grows out. Must be nice to have $60,00 a year just to keep your cat painted!! And people wonder why cats sometimes attack their owners.