Posts

Showing posts from August, 2009

Petikan Mengenai Hukuman Sebat Kartika. Antara Hak dan Batil.

Nama Kartika Sari Dewi Shukarnor tiba-tiba sahaja meletup, bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Dunia Barat khususnya memang tidak mahu lengah sedikit pun untuk membicarakan kes Kartika ini. Apakah istimewanya isu ini? Kartika, 32, seorang model yang berasal dari Sungai Siput, Perak telah dituduh meminum arak berjenama ‘Tiger Beer’ di Cherating Bay Lounge, Hotel Legend, Cherating Pahang 11 Julai tahun lalu. Dia mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman denda oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan sebanyak RM5,000 dan sebatan 6 kali. Kartika telah pun membayar denda dan bersedia untuk menghadapi sebatan. Namun, setelah dia dibawa di dalam perjalanan untuk menuju penjara Kajang di mana dia sepatutnya disebat, tiba-tiba hukuman terhadapnya diisytihar tangguh. Persoalan hukuman (sebatan) dan penangguhan inilah yang telah mencetuskan kekecohan di Malaysia khasnya dan di seluruh dunia amnya. Antara ‘wayang kulit’ awal yang berlaku dalam kes ini adalah alasan penangguhan yang dikatakan

Antara Kata Doktor dan Kata Nabi..

بسم الله الرحمن الرحيم Apa yang saya suka di group x-tahap ialah kerana adanya macam-macam info dari pengalaman manusia yang meliputi seluruh aspek kehidupan.. PERTEMBUNGAN ANTARA SAINS MODEN DENGAN ILMU WAHYU (AL-QURAN) & HADIS Dalam artikel ini saya menceritakan pengalaman diberikan Allah anak sulung dengan memberikan anak manja ini makanan rapu. Sebenarnya, melalui anak yang sulung ini, begitu banyak Allah memberikan ilmu melalui pengalaman membesarkannya. Alhamdulillah bersyukur saya di atas segala nikmat yang diberikan Nya. Dari tahun 1980 hingga 1985, saya mengajar di tiga buah sekolah dari SMK Sultan Ahmad Shah Cameron Highland, Sekolah Mahmud Raub dan akhir sekali di Sekolah Menengah Sains Raub. Saya mengajar subjek utama biologi tingkatan 4 dan 5 di samping beberapa subjek lain. Dalam subjek biologi ini saya menggalakkan pelajar saya untuk memakan hati kerana menurut sains, hati kaya dengan pelbagai khasiat seperti sumber zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan .

Beautiful Recitation, People Crying,Must See - will surely shed your tears

Watch until the end.. Really touching. Alhamdulillah, Allah always be there for me, I am so gratefulness yet i am sad, Knowing my heart is always crying, Dying for His Love, Eternal and Everlasting..subhanallah My Dear Allah, dont let me flee from Your Love.. dont let me be alone without Your blessings Needing You always..inside here..

Salam Ramadhan..

Salam Ramadhan.. Ramadhan yang sama, Natijah yang berbeza.. InsyaAllah..

Forgiveness, Al-a'fwa, Kemaafan..

Image
Puji-pujian ke hadhrat ilahi yang bersifat infiniti pada kudrat dan kuasanya, selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah S.A.W dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang budiman. Semoga diri dan iman kita semua sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan salim. Terasa janggal tatkala jari-jemari ini berlari-lari setempat di atas papan kekunci untuk melahirkan satu coretan rasa setelah sekian lama penulis tidak menulis dek kerana hambatan masa serta komitmen yang penuh terhadap agenda pembelajaran. Namun di kesempatan yang ada ini, penulis bercadang untuk meluangkan masa sejenak dengan fokus penulisan yang ikhlas merely to discuss about the topic of forgiveness..ah sudah..terbahasa inggeris lah pulak..tapi takpe..we need to move on..regarding to the language matter-just leave it to the writer-he knows the best..=’) Now, look at the topic above, at the top of the article, I happened to use three languages to mention the same thing-something about forgiveness. In our lives,

Dimana Hebatnya Wanita?

بسم الله الرحمن الرحيم “ Kau nak beranak lagi ke lepas ni Aimi?”, soal Nadia pada teman baiknya, Aimi,yang masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak ke empat. Aimi hanya tergelak kecil, tanpa jawapan yang spesifik. Soalan itu dibiarkan sepi. Begitulah dialog dua orang perempuan atau lebih lembut lagi, wanita, jarang sekali mengeluh biarpun sudah berapa ramai anak yang dilahirkan, biar sakit tetap sudi bertarung nyawa untuk meramaikan ummat Muhammad di atas muka bumi ini. (tiba-tiba jadi matang). Biasanya mereka berkata ‘taknak’ adalah sebelum melahirkan kerana takutnya menghadapi saat-saat kelahiran tetapi berbeza pula selepas kelahiran, mereka hanya tersenyum seperti dalam dialog di atas kerana terasa akan nikmatnya memiliki cahaya mata. Ketika saya bermain dengan anak saudara yang baru berusia beberapa hari (dah pandai berlari setempat), telinga saya sempat saja mencuri perbualan nenek dan ibu saya yang rancak berbual mengimbau kenangan lalu tentang kelahiran anak-anak me

Nafas Baru.. =')

بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah...selamat semuanya..kali ini, saya seperti biasa telah menukar template kepada yang lebih saya suka. Menukar template juga termasuk dalam senarai hobi saya. Jika handphone saya, saya boleh bertukar-tukar seperti menyalin baju apatah lagi template blog yang hanya dihujung jari. Maaflah jika ada yang tak selesa, yang penting hati saya gembira.. Seperti yang lain, saya menulis di blog adalah untuk menyampaikan sesuatu yang bermanfaat buat sahabat-sahabat semua,kerana ini saja yang mampu saya berikan sebagai seorang pelajar yang mempunyai kapasiti yang begitu terhad untuk melangkah lebih dari apa yang saya ada sekarang. InsyaAllah, akan datang mungkin ada yang lebih baik. Diharapkan melalui blog ini, dapat saya berkongsi dengan kalian pengalaman hidup dan juga ilmu yang tak seberapa untuk dikongsi.Sekurang-kurangnya,kalau diri pergi ada sesuatu untuk saya dapatkan pahala yang berterusan iaitu ilmu atau peringatan yang saya berikan..(kalau ada lah..). Sa

Perginya Tak Kembali

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Setiap insan pasti merasa Saat perpisahan terakhir Dunia yang fana akan ditinggalkan Hanya amalan yang akan dibawa Terdengar sayup surah dibaca Sayu alunan suara Cemas di dada lemah tak bermaya Terbuka hijap di depan mata Selamat tinggal pada semua Berpisah kita selamanya Kita tak sama nasib di sana Baiklah atau sebaliknya Amalan dan taqwa jadi bekalan Sejahtera, bahagia pulang...kesana Sekujur badan berselimut putih Rebah bersemadi sendiri Mengharap kasih anak dan isteri Apa mungkin pahala dikirim Terbaring sempit seluas pusara Soal bicara terus bermula Sesal dan insaf tak berguna lagi Hancurlah jasad dimamah bumi Berpisah sudah segalanya Yang tinggal hanyalah kanangan Diiringi doa dan air mata Yang pergi takkan kembali lagi Beginilah bait lirik yang didendangkan oleh Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim suatu ketika dahulu, lagu yang rancak tetapi jelas dengan peringatan yang ingin disampaikan. Sesungguhnya beliau sedang melalui pengalaman yang tidak pernah dirasai o

Rahsia Solat Awal Waktu

بسم الله الرحمن الرحيم Ditulis oleh Ustaz Zahazan Jumaat, 17 Julai 2009 17:35 Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi. Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal wakt

Pemberitahuan

Terima kasih buat group x-tahap yang tidak putus-putus mengingatkan ahlinya dengan artikel-artikel yang sangat bermanfaat. Jutaan terima kasih buat abang2 dan kakak2 samada yang dikenali dan tidak dikenali. Dengan ini saya ingin berkongsi dengan pembaca sekalian agar dapat dimanfaatkan bersama di bawah label Artikel x-tahap.. Terima Kasih.. :-)

Cacamarba Ogos

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Malam itu, selesai sahaja kenduri doa selamat di rumah baruku, aku meredah malam menghantar teman-teman sekuliah pulang ke rumah. Pulang semula ke rumah, keadaan rumah gelap gelita. Aku menyatakan sedikit kegusaran pada teman yang bersama, Akidah. “ Kenapa rumah gelap?”, soalanku disambut sepi. Aku melangkah masuk ke dalam rumah tanpa berfikir panjang. Ketika kaki melangkah masuk, maka kedengaranlah nyanyian merdu sahabat-sahabatku menyanyikan lagu selamat hari lahir. Macam tak percaya, ulangtahun kelahiran tahun ini disambut dengan sebiji kek yang indah dan lazat juga lah rasanya. Perisa Moccha, insyaAllah akan datang dengan Kek Kopi Radix.huhu. Perasaanku memang sukar untuk digambarkan ketika itu, cuba memaksa diri untuk terharu. Jika saya diberitahu terlebih dahulu, mungkin ada masa juga untuk aku bersedia dengan perasaan terharu. Begitulah kisahnya,malam yang indah dengan kisah kenduri doa selamat dan sambutan hari lahir. Terima kasih kepada sahabat-sahabat a