Posts

Showing posts from 2012

Rindu......

Rindu untuk berada di Masjidil Haram lagi...Ya Allah...bilalah aku berpeluang untuk ke sana lagi...Rasa macam tak ada tanggungan perasaan yang perlu aku bawa bersama...Balik sini macam-macam aku kena fikir...Perkara yang paling aku takut aku mengulangi dosa dan maksiat yang aku dah bertaubat....Beratnya perasaan ini...Aku cuma nakkan sesuatu yang halal dalam hidup ini...Bantulah aku ya Allah.....

Cintaku Tertinggal di Haramain..

Assalamu'alaikum Alhamdulillah, aku selamat tiba di bumi Malaysia puluk 2.15 petang waktu Malaysia menaiki Gulf Air yang transit di Bahrain. Baru saja bangun pagi memandangkan tubuh masih belum biasa dengan waktu di Malaysia. Penat....Letih satu badan. Batuk dan sakit tekak tetapi kenangan di bumi Haramain adalah memori terindah yang pernah hadir dalam hidup ini. Rasa bagaikan baru semalam aku menjejaki masjid Nabawi yang terletaknya makam Nabi Muhammad S.A.W yang tercinta, rasa bagaikan semalam aku bersujud di Masjidil Haram yang menyediakan 100,000 ganjaran buat hamba-hambaNya. Rindu untuk ke sana lagi.. Pertama kali melihat Kaabah di hadapan mata, baru ku tahu mengapa manusia yang menjejaki baitul haram ini merindu-rindu untuk ke sana lagi. Perasaan yang tak boleh digambarkan melainkan diri sendiri yang menjejaki ke tempat suci itu. Hilang masalah, hilang derita, hilang dukacita melainkan ketenangan dan keindahan jiwa yang digantikan Allah di dalam hati... Bersambung..

Hembusan Rindu Haramain

Ya Allah..sedih dan sayu sungguh rasanya hati ini..aku masih rasa seperti bermimpi..betulkah esok aku akan berangkat ke bumi haramain? Sungguh aku masih tak percaya.. Berkali-kali aku menangis baca buku panduan umrah dan ziarah Makkah dan Madinah. Jika aku mampu buat yang terbaik sepanjang umrah ini maka seluruh dosa-dosa aku yang lepas akan diampunkan. Ya Allah....memang aku nak hapuskan segala dosa yang selama ini menjadi darah daging aku..Aku terseksa hidup bergelumang dengan dosa..Setiap doa yang terkandung sepanjang umrah ini kebanyakannya memang doa minta diampunkan dosa. Patutlah kalau kita buat sungguh-sungguh umrah ni akan diampunkan seluruh dosa.. Aku macam tak percaya bahawa aku akan ke tempat sirah yang selama ini aku baca. Akan aku catat semuanya di dalam diari aku ke sana nanti....

Patutkah Aku Tertekan?

Ahahahahahahah. Kenapa semua orang bertunang ni? Kenapa semua orang sibuk-sibuk nak kawin ni? Jeles tahu tak?? Rasa nak berenti belajar je. Nak kawin....hahahahahaha. Sengal.

Rindu Saat Itu

Lama sudah aku meninggalkan zaman persekolahan. Zaman yang mengajarkanku tarbiah. Dan tarbiah itu lah yang aku semakin tinggalkan di belakang. Aku pun tak tahu nak tulis apa. Tapi aku rasa nak menulis. Tentang cinta. Cinta manusia? Serius, lama aku tak berjiwang. Padahal dulu-dulu akulah kaki jiwang karat. Sejak mengenali dia aku dah tak berjiwang sebab cinta itu tak seindah yang dibayangkan atas kertas cerpen dan novel..hmm.. Kadang-kadang bosan juga. Kenapa begitu cepat aku dipertemukan dengan cinta. Bila dah jumpa yang lebih baik, mulalah rasa macam nak yang tu tapi tak sampai hati nak tinggalkan yang itu. Jahatkan? Dia pun pernah buat aku macam tu. Tapi aku takkan sampai hati balas..

Bersalah

Tiba-tiba aku diselubungi rasa bersalah selepas membuat satu perkara semalam. Tapi orang tu yang start dulu. Padan muka dia lah siapa suruh buat aku kan?haha. Tak apa lah, malam nanti aku minta maaf kat dia. Nombor aku pun kau dah block. Bahai betul. Padahal macamlah aku tak boleh hantar guna nombor lain. Sengal~

Kasih,Sayang Dan Cinta..

Dia tak pandai memujuk.. Aku tetap kasihkan dia.. Dia tak pandai mengambil hati.. Aku tetap sayangkan dia.. Dia bukan lelaki yang romantik.. Aku tetap cintakan dia.. Yang aku pasti, kasih,sayang dan cinta aku pada dia, tak pernah berubah walau hampir 5 tahun berlalu.. Perasaan yang sama.. Kasih,sayang dan itulah cinta..

Apa Perasaan Ko Dilah?

Assalamu'alaikum Letih aku hari ni. Pagi tadi awal-awal lepas subuh umi ajak pergi rumah Along sebab Along tak larat nak jaga budak-budak. Ayah belikan nasi lemak bawa pergi Bangi untuk Along dan budak-budak. Teruk pula alahan Along mengandung kali ni. Tak pernah aku tengok dia mabuk macam ni. Seram pulak aku nak mengandung di masa hadapan nanti..Entah-entah lagi teruk..wuu Tadi Along tanya, apa perasaan ko nak pergi Mekah Dilah? Aku terdiam seribu bahasa. Dalam kepala otak aku, aku membayangkan keterujaan aku untuk menaiki kapal terbang selepas 2 tahun lebih aku tak naik. Terukkan? Tapi aku memang suka naik kapal terbang...Ada sejenis perasaan yang tak boleh digambarkan bila pilot berjaya bawa kapal terbang tersebut membelah awan. Hebat! Tapi hebat lagi Maha Pencipta kerana menciptakan pilot yang sebegitu hebat. Teringat pula aku pada kata-kata Mr. J sebelum cuti hari tu. Sekarang teknologi semakin hebat, lagi nipis memory card, sim card dan pendrie kita rasa hebat sangat kan? Tap

Yuna - Terukir Di Bintang

Image
Buat insan yang teristimewa yang pernah hadir dalam hidup aku. Aku tak pernah minat Yuna tapi bila dengar lagu benar-benar membuatkan aku tenggelam!

Mee Goreng Basah

Malam ni aku makan mee goreng basah. Siapa masak? Aku masak. Ayah cakap sedap tapi dia bagitahu umi senyap-senyap. Umi bagitahu aku. haha. Dalam hati aku bersuara "ayah, selama ni apa je yang akak masak tak sedap?". har har har Ada pulak tetamu datang malam ni. Malasnya nak turun. Berkurung je lah..lagi bagus..uhuu

Enemy At The Gates

Aku baru je habis tengok citer ni.waa..waa..nak nangis tapi kenapa air mata tak keluar. Memang mengasyikkan dan menyentuh perasaan sebab Jude Law aku yang hensem dan sweet berlakon bersama Rachel Weisz. Bercinta di zaman peparangan memanglah amat meruntun jiwa sebab bila-bila masa kekasih hati kita boleh mati. Mujurlah dalam citer ni happy ending. Tak ada lah aku kecewa sangat macam cerita Closer tu. Jude Law juga yang berlakon. Sebab tu lah kena sentiasa menghargai insan-insan yang kita sayang sebab tak tahu bila mereka pergi. Dan orang yang menyayangi aku pun perlu menghargai aku sebab tak tahu bila aku pergi kan? :(

Shopping..Shopping

Aku bukanlah kaki shopping sebenarnya. Aku tak macam perempuan lain yang nakkan handbag tu handbag ni, shawl itu baju ini. Aku sesimple-simple perempuan. Tapi kejinya aku sebab barang aku sekali beli mesti mahal. Macam kasut aku nak yang Scholl je, biarlah bertahun pakai, aku tak kisah. Bertahun dapat beli pun aku tak kisah. Sebab mahal pun boleh pakai lama. Aku tak minat lah kasut tumit tinggi yang harga mampu milik sebab pakai bolehlah pakai 2 3 bulan macam tu je. Ya, aku tengok kawan2 aku semua macam tu sampai naik meluat pun ada takde keje asyik nak beli kasut je. Hari ini aku dah beli kasut yang aku nak, extra battery nikon untuk kamera aku, buku sebanyak 4 buah bagi menghabiskan baucer. Aku tak beli novel satu pun. Aku beli yang bermanfaat je. Itu sahaja..sekian :D

My Celebrity Look-Alikes

Image
Agaknya aku ni memang berdarah jepun dan korea rasanya. Banyak gambar yang aku upload memang keluar si Ueto Aya ni lah. Gambar yang ni bukan main tinggi pulak percent nya. Song Hye-Kyo pun ada di setiap gambar aku yang aku upload. Susah lah macam ni, takkan aku kena jadi pelakon pulak lepas ni? Ok,kutuklah aku,kutuklah. Ada aku kisah? haha Tapi Mr. J aku cakap muka aku macam Louise Bourgoin. Aku tengok memang aku ada iras minah tu. Sebab tu lah nickname aku Adele, sebab Mr. J tengok movie Adele Le Blansec tu.haha. Tak boleh blah kan? Silalah maki aku ramai-ramai.

Setelah Sekian Lama..

Assalamu'alaikum semua... Wah..setelah sekian lama aku meninggalkan blog yang pernah aku bina suatu masa dulu. Seronok juga menulis di blog yang tak ada orang baca. Rasa privacy itu ada. Sekarang dah pukul 2.40 pagi. Bertemankan aku seorang lelaki yang kacak lagi manis bernama Jude Law. Eh, J juga. Memang lelaki yang namanya start huruf J memang sweet kot. Tapi J aku yang real suka sakitkan hati aku dalam dia tidak sedar. Selalu aku bersedih mengenangkan nasib diri. Petang tadi umi dan ayah dan aku sekali nak pergi alamanda. Sekali tak jadi sebab along tiba-tiba masuk angin satu badan. Esok je lah aku pergi Metro nak beli kasut Scholl yang aku berkenan sangat tu.hekhekhek. Suka..suka. Tak lama lagi dah nak bertolak ke Mekah. Kadang-kadang aku rasa teruja sangat, rasa terharu sehingga boleh mengalirkan air mata mengenangkan saat-saat aku melihat kaabah nanti.Tapi kadang-kadang aku rasa takut dan bimbang kerana aku tidak layak untuk hidup di muka bumi Allah ini. Terlalu banyak dosa y