Raihlah Bahagia
RAIHLAH BAHAGIA melatih kita menjadi kaunselor kepada diri sendiri dan seterusnya mampu memperbaiki corak kehidupan seharian. Persembahannya dipadatkan dengan aktiviti yang boleh memantapkan lagi pemahaman tentap konsep bahagia. Siti Marziah Zakaria, memanfaatkan pengalaman sebagai pegawai psikologi untuk bersama-sama kita menyelusuri jalanmenuju bahagia. Setiap persoalan disentuh daripada perspektif psikologi Islam, juga amalan yang boleh mendekatkan ke arah kebahagiaan dunia dan akhirat Beberapa petikan menarik yang ingin dikongsi bersama: 1. Aristotle menyatakan bahawa kebahagiaan adalah satu-satunya perkara yang diingini oleh manusia. 2. Hasil daripada banyak kajian yang diterajui oleh Seligman mendapati bahawa terdapat tiga pendekatan ke arah kehidupan yang baik atau bahagia. Tiga pendekatan tersebut ialah menghargai dan menikmati kehidupan masa sekarang, bersyukur dengan kehidupan lampau dan yakin serta positif dengan masa hadapan. 3. Perhatikanlah wajah-wajah di sekeliling kita....