Kerana dia..

Aku berpindah ke atas tilam selepas merasakan sendi-sendi ini sengal tidur di atas lantai. Buku yang ingin ku ulang kaji sebentar tadi ku biarkan ia membawa diri berhampiran sisiku. Mungkin esok akan kutekuninya. Di dalam bilik kecil ini lah tempat aku membuat perkara yang kusuka. Tidur,mentelataah,minum kopi,mendengar lagu,melayari internet juga tempatku menunaikan solat.

Mata semakin layu memandangkan tengah malam sudah menjengah. Aku terlelap dengan dihiasi mimpi menghadiri pesta nasyid. Maulidur rasul mungkin. Ketika sedang enak diulit mimpi di alam maya, alam realitinya, aku merasakan sesuatu yang tidak enak sedang menjalari lenganku yang cantik. Seperti tidak mengizinkan segalanya bakal diteruskan, aku membuka mata lantas berdiri serta merta dan melibas-libaskan tanganku tanpa sempat aku melihat siapakah dia. Tetapi aku kenal sungguh pada sentuhan kasar itu. Perasaan benci mula meluap-luap biarpun dalam debar yang membara. Aku keluar dari bilik dengan wajah yang agak pucat mendapatkan Mai yang masih belum tidur. Kulihat Husna terjaga dari tidur melihat keadaan simpatiku.

" Kenapa?", soal Mai.

" Lipas...", ujarku geram tak bermaya. Geram diganggu tidur. Aku menyambung tidur di sebelah Husna. Cepat saja mataku terlelap semula.

Sekitar pukul 5, aku tersedar kembali. Aku membuka pintu bilik mengintai makhluk itu. Puas mencari di segenap penjuru rupa-rupanya beliau berada di atas timbunan buku-buku ku. Belajar konon. Jantungku berdebar-debar. Dalam ketakutan aku mencari senjata ajaibku. Baygon Cockroach Control ku capai di atas rak. Pintu bilik kubuka semula panjang aku lalu tanpa berfikir panjang aku menyembur gas pemedih mata khas untuk lipas itu. Hatiku tersangatlah puas. Pintu bilik ku buka seluas-luasnya untuk dia keluar. Sebelum dia keluar, aku keluar terlebih dulu. Risau kaki menjadi tempat laluan dia pulak. Mengapa penyembur ini ajaib? Kerana dalam kiraan 5 saat, mana-mana lipas akan tewas dengan aku. Pastinya lipas akan terlentang serta merta dan akan berpura-pura berenang (kaki di atas).

Inilah masalah yang ku hadapi zaman- berzaman. Dari kecil sampai sekarang. Aku bakal memusuhi lipas sampai bila-bila. Jika di rumah, aku ada ayah untuk membunuh semua lipas yang ingin menakut-nakutkan aku. Jika di sini, pemedih mata itu lah menjadi tempat aku bergantung sehingga ibuku pasti akan mengingatkanku setiap kali ingin masuk ke asrama atau di tempat kediaman lain. Mungkin rupa aku buruk sungguh ketika bertemu lipas dan ibuku tidak mahu aku terus buruk bila berjumpa lipas. Tak suka lipas. Ya Allah.. bebaskanlah jiwaku..

Comments

sarah said…
dilah..dilah..mula2 bace punye la ingatkan cerpen yg sy tggu2..rupanya kisah realiti...ish3..klu la awk tgk muka sdri smlm, mmg awk takkan sanggup jumpe org la pasni..huhu
Jalal2.0 said…
This comment has been removed by the author.
Jalal2.0 said…
lipas pun takut..lembiklah ko ni..hik2
adele said…
ala, ko tu guruh pun takut!! apa kes?? :-D
Jalal2.0 said…
guruh lg dangerous dpd lipas!
Wida' said…
ehem2..
kata org..benda lagi di benci lg dia datang. Lagi di benci lg syg. Cewah~

tp kalo nak sruh nti benti membenci menate itu MUSTAHIL.

Hm,paling kesian kalo tgk nti ketakutan jmp si kechik tuh.Lucu pn ad. (^_^)

Tp pelik gak tgk ia xtkut tgk nti yg bsar nih. hehe. gurau je no..
adele said…
tp guruh kita x nampak,lipas kita nampak?? haaa

Popular posts from this blog

Bersalah

Tips Tepung Tart Nenas Tak Pecah Untuk Digulung

Hero Winter Sonata Mati Tergantung