Wednesday, April 28, 2010

Kelas Coklat




Baru -baru ni aku dengan jayanya menghadiri kelas membuat coklat..Alahai, menarik sangat sebab rasa coklat yang original(yang belum dibentuk menjadi coklat di pasaran) pun dah sedap. Seronok jugak melihat coklat yang dikeluarkan daripada mould nya itu sebab mereka tersangatlah comel serta berkilat sehingga begitu sayang untuk dimasukkan ke dalam mulut. Habis je kelas coklat terus hantar coklat-coklat tersebut ke Semenyih. Rezeki anak- anak saudara, merekalah yang berdendang dengan coklat-coklat tersebut, dari yang kecik sampai ke besar, macam semut. Lepas ni bolehlah buat coklat sebab aku memang ada pelanggan tetap lagi setia.

Tunggulah habis exam baru aku nak fikir perkara lain.. Hari ni jawab consti law sampai sakit kepala. Memang dasyat soalannya sampai mampu buat aku sakit kepala. Selalunya faktor lain yang menyebabkan aku sakit kepala. Apapun, alhamdulillah..tinggal 4 paper je lagi untuk dihadapkan lagi.. Esok Law of Tort, amik ruang sikit untuk mencurahkan isi hati ni ..

No comments:

Followers