Wahai Lelaki, Apa Ertinya Solat Jumaat Korang??

Assalamu'alaikum..

Wah, terasa begitu pantas sekali masa berlalu dan hari ini dipertemukan lagi dengan hari Jumaat yang mulia. Hari yang menghimpunkan kaum lelaki bagi diperdengarkan dengan khutbah yang mendidik jiwa.

Saya sangat pelik, kenapa hari jumaat di waktu solat zohor masih ada lagi lelaki yang online, melayari laman web facebook, berbalas-balas mesej sedangkan masa itu bukankan diperuntukkan untuk bersama-sama masyarakat untuk mendengar akan khutbah berkenaan isu-isu semasa. Masih ada lagi lelaki yang menyorok di dalam rumah seperti kambing dalam reban waktu malam kerana takut orang lain tahu yang dia ada dalam rumah? Bod....!! Ada pula yang tiba hari Jumaat, inilah solat yang ditunaikan seminggu sekali kerana takut malu pada orang lain, kerana terpaksa. Yang paling teruk, dah sampai perkarangan masjid, masih melepak di luar sambil borak-borak merokok tapi tak solat dan bila jemaah dah selesai,dia yang cabut lari dulu..

Sekadar meluahkan apa yang hati ini rasa. Insaflah wahai lelaki, dunia semakin ke penghujungnya. Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku dan sekalian makhluk di muka bumi ini.

Comments

Popular posts from this blog

Bersalah

Tips Tepung Tart Nenas Tak Pecah Untuk Digulung

Hero Winter Sonata Mati Tergantung