Sunday, August 29, 2010

Jika Hati Tidak Tenang

Jika hati tidak tenang, apa yang seharusnya kita lakukan?

1. Banyakkan berzikir mengingati Allah
2. Capai Al-Quran lalu mentadabburnya
3. Ambil wudhuk lalu menunaikan solat sunat
4. Sentiasa bertenang

sebaliknya aku jika hati tidak tenang

1. Menangis (ini satu keperluan buat aku)
2. Makan (mujurlah di bulan Ramadhan nafsuku terdidik)
3. Marah-marah orang yang tak sepatutnya
4. Tiada konsentrasi untuk study
5. Hati terasa bengkak

Ya Allah, hina sungguh hamba yang satu ini. Masih terlalu jauh. Ini semua adik aku punya pasal, membangkitkan isu yang membuatkan hatiku berombak. Kesannya pasti hampir satu minggu juga. Tapi katanya betul, membuatkan aku diburu rasa bersalah.. Tapi dia tidak faham akan situasi aku, apa yang harus aku lakukan. Hatiku sungguh tak tenang! Ya Allah, berikan aku petunjuk dalam setiap langkah yang aku putuskan akhir-akhir ini!

No comments:

Followers