Sunday, August 29, 2010

Hargai Masa Bersama

Salam 'alaik..

Buat diri sendiri yang sekian lama tidak memberi nota pada diri! Lama sungguh aku mendiamkan diri dari menyampaikan ayat yang lebih senang menggunakan ayat sendiri (macam pantun lah pulak). Entahlah, mungkin kerana fobia ayat yang dimanipulasikan, hidup yang seolah-olah diperhatikan dan sesungguhnya biarlah Allah saja yang memerhatikanku, menegurku ketika aku berbuat salah di dalam mimpiku, sehingga aku akan menyedarinya sendiri. Dan jika ada yang semakin menjauh dariku maka sesungguhnya keluargaku sentiasa mendekatiku untuk mencurahkan segalanya yang cukup untukku.

Hari ini, abangah telah menyusulkan untuk berbuka puasa sama-sama satu keluarga. Paling yang membuat aku tak sabar adalah dengan kepulangan Amir, Muna dan Syafi! Tak sabar nak tengok Amir berjalan.. Rindu nak main rambut Muna dan layan Syafi bercakap. Kalaupun di dunia ini aku ditakdirkan anak yang lahir dariku sendiri, anak-anak ini sudahpun cukup menjadi yang terindah dalam hidupku. Membesar di hadapan mata sendiri, dari kecil hingga pandai bercakap, betapa besarnya keagungan Allah menjadikan sesuatu dengan peringkatnya tersendiri. Subhanallah.

Hampir dua bulan tak bertemu dengan abalang yang pengantin baru, sungguh gemuk badannya jika dibezakan sebelum berkahwin. Tak taulah apsal abang-abang aku gemuk lepas kawin. Apakah adik aku yang kurus meleding itu juga akan menerima nasib yang sama selepas berkahwin? Tunggu dan lihat saja lah ye.


Semalam, sempat juga aku menyiapkan 3 jenis kuih raya atas permintaan abalang. Awal aku tidur menunjukkan betapa penatnya membuat kuih raya. Mereka ialah tart nenas, biskut coklat cip dan biskut makmur. Entah dari mana kekuatan aku dapat untuk membuat kuih raya tahun ini. Biasa setiap tahun aku buat london almond je sebab semua orang minat. London almond tahun ni aku buat time cuti seminggu sebelum raya aja lah. Boleh buat banyak nanti. Oh ye, sebelum aku terlupa, ada satu informasi untuk dikongsikan bersama bahawa minyak sapi QBB adalah tidak halal untuk digunakan memandangkan ia terkandung lemak babi. Baru-baru ini JAKIM telah menarik semula sijil dan logo halal company ini apabila telah disahkan mereka mencampurkannya dengan lemak babi (babi memang sangat power sampai semua orang nak letak semua dari bahagian badannya!). Mak mertua kakak aku dah buat 6kg biskut makmur ini, nak katanya tak ada rezeki,simpati je lah yang boleh dizahirkan saat-saat ini. Abang aku pulak dah beli 3 tin minyak sapi QBB dekat mydin dan keesokan harinya terpaksa dipulangkan semula bagi menjamin kehalalan makanan keluarga kami. Semoga kita semua lebih berhati-hati dalam memilih makanan untuk mendapatkan hati dan tubuh badan yang gemuk. InsyaAllah.

Gigi yang pakai braces ni pun semakin menunjukkan kemajuan. Gigi mula beratur dalam alignment yang sepatutnya membuatkan aku semakin riang ria. Tak sabar untuk appointment yang seterusnya. Semualah tak sabar.

Esok pula ada test Islamic Banking and Takaful. Jadi, harus berhenti dulu untuk menuntut ilmu. Semoga aku dapat mencapai apa yang ku ingini dalam hidup di masa hadapan nanti. InsyaAllah. :)

2 comments:

Sitisifir10 said...

Satu hari nanti jgn Dilah pun gumuk mcm tu ye.. :P

adilah said...

erk,x kot..sbb sy mmg sntiasa slim.. :D

Followers