Kebaikan Sifat Lupa

Salam 'Alaik..

Bak kata Ustaz Hasnizam, bayangkan selepas 10 tahun, kita bangun pagi dan masih menangis sebab terlalu sedih mengenangkan kegagalan kita di dalam midterm test, tidakkah ia sangat mengharukan? Setiap hari bangun pagi mesti menangis sebab sedih gagal dalam exam walaupun sudahpun 10 tahun meninggalkan dunia pengajian.

Sebab itulah sifat lupa juga sangat penting dalam kehidupan kita untuk melupakan memori yang sedih dan terluka. Jika tiada sifat lupa, seorang anak akan sentiasa menangis hingga ke akhirnya kerana ibunya yang telah meninggalkannya berseorangan di dunia fana, jika tiada sifat lupa, seorang manusia akan sentiasa menangisi pemergian kucing-kucingnya yang eksiden, jika tiada sifat lupa, seorang hamba akan sentiasa merasakan taubatnya tidak terima kerana diburu rasa bersalah berbuat maksiat pada masa yang lepas, jika tiada sifat lupa, seorang pelajar tidak akan maju ke hadapan jika masih terikat dengan kegagalan sebelum ini. Indahnya sifat lupa kerana mampu membuat seseorang untuk bangkit semula dalam kehidupan. Dan aku juga inginkan sifat lupa bagi menenangkan perasaan yang asyik gundah gulana ini. Semoga aku sentiasa diiringi sifat lupa untuk menjana kekuatan di masa hadapan..InsyaAllah!

p/s : Pandanglah setiap sesuatu dengan pandangan positif terlebih dahulu berbanding negatif. :)

Comments

Popular posts from this blog

Bersalah

Tips Tepung Tart Nenas Tak Pecah Untuk Digulung

Hero Winter Sonata Mati Tergantung