Raihlah Bahagia




RAIHLAH BAHAGIA melatih kita menjadi kaunselor kepada diri sendiri dan seterusnya mampu memperbaiki corak kehidupan seharian. Persembahannya dipadatkan dengan aktiviti yang boleh memantapkan lagi pemahaman tentap konsep bahagia.

Siti Marziah Zakaria, memanfaatkan pengalaman sebagai pegawai psikologi untuk bersama-sama kita menyelusuri jalanmenuju bahagia. Setiap persoalan disentuh daripada perspektif psikologi Islam, juga amalan yang boleh mendekatkan ke arah kebahagiaan dunia dan akhirat

Beberapa petikan menarik yang ingin dikongsi bersama:

1. Aristotle menyatakan bahawa kebahagiaan adalah satu-satunya perkara yang diingini oleh manusia.

2. Hasil daripada banyak kajian yang diterajui oleh Seligman mendapati bahawa terdapat tiga pendekatan ke arah kehidupan yang baik atau bahagia. Tiga pendekatan tersebut ialah menghargai dan menikmati kehidupan masa sekarang, bersyukur dengan kehidupan lampau dan yakin serta positif dengan masa hadapan.

3. Perhatikanlah wajah-wajah di sekeliling kita. Tentunya daripada wajah tersebut, kita dapat membaca ketegangan atau kemelut di jiwa mereka. Jika kelihatan di wajahnya berkerut, kurang senyuman, lebih banyak mengalihkan pandangan atau nampak gelisah, anda perlu menunjukkan keprihatinan anda. Jika di hadapan kita adalah seraut wajah ketenangan,pelajarilah sesuatu daripadanya.


Tidak dapat aku menafikan bahawa sejak akhir-akhir ini, bahagia itu bukan milik diri ini. Niat untuk mencapai matlamat dalam hidup, ada yang salah mentafsirkan sehingga meragut ketenangan ini serta merta. Diamku bukan membenci tetapi memberi ruang pada diri untuk berfikir. Namun, dalam setiap langkahku, ada yang sentiasa menemani dalam diam mengalirkan kekuatan yang hilang.. Allah itu maha mengetahui, dipinjamNya aku akan kenikmatan dunia kerana ingin mengajarkan sesuatu di masa hadapanku.

Sesungguhnya, hari ini, jiwaku semakin berani..Cuma pesanku, jika melibatkan hubungan sesama manusia, buatlah sesuatu sambil memikirkan kesan jangka masa panjangnya.. Kerana luka di hati manusia sangat sukar dicari penyembuhnya.Maafkan diri ini yang sehina-hina manusia..

p/s : Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan buku motivasi ini, anda boleh menghubungi Nurul Hidayah Zakaria di talian 0136290478. Penghantaran pencuma di sekitar Nilai sahaja.huhu

Comments

Popular posts from this blog

Bersalah

Tips Tepung Tart Nenas Tak Pecah Untuk Digulung

Hero Winter Sonata Mati Tergantung