Mari Membaca

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ahad lepas saya bersiar-siar bersama dua orang abang saya dan adik lelaki saya. Abangah yang kesunyian tanpa isteri di sisi ( menunaikan ibadah umrah selama 2 minggu bersama keluarga) jelas sekali bermurah hati mengembirakan adik-adiknya (terutama yang baru sihat drpd demam). Hujung minggu di Alamanda biasa-biasa saja. Seperti selalu, saya dan adik saya lebih menggemari berlama-lama di kedai buku MPH. Adik saya sangat teruja menghabiskan novel bersiri Inggeris The Lord of The Ring, walau berpuluh-puluh harganya dia tetap sanggup memperhabiskan wang demi melampiaskan minatnya terhadap siri itu jugadan demi menambah baik bahasa inggerisnya.Tiada yang menarik. Cuma, hari ini novel-novel Islami yang berkisar kisah cinta Islam bak cendawan yang tumbuh selepas hujan, terlalu banyak di pasaran selepas kemunculan novel pertama Islami Ayat-ayat Cinta. Sempat juga saya mengambil beberapa gambar novel yang saya tidak pasti bagaimana plot ceritanya, adakah mampu menandingi novel Islami yang agung ‘Ayat-ayat Cinta’ ini ?










Akhirnya, buku ini yang saya capai kerana kulit depannya berjaya memikat hati. Di rumah, saya tidak mampu bertahan lagi untuk bertangguh memulakan pembacaan. Ternyata mesej motivasi yang ingin disampaikan berjaya menyentuh hati-hati pembaca. Baru sahaja beberapa mukasurat sudah membuatkan saya berfikir tentang kehidupan yang kita lalui ini adalah sebenarnya sebuah rahsia yang bukan rahsia. Saya akan berkongsi dengan kalian dalam posting yang seterusnya.


Semalam, sahabat saya Maisarah meminta tolong untuk mengambil kamus Al-Miftah yang dibeli daripada Ustaz Harme. Buku ini yang saya peroleh sebagai hadiah seperti biasa. Dah terlalu banyak buku yang diberi ustaz. Terima kasih ya ustaz!

Minggu ini kuliah short sem tamat dengan jayanya. Masa yang terluang akan dicuba untuk menghabiskan beberapa buah buku ini. InsyaAllah.

Comments

Popular posts from this blog

Bersalah

Tips Tepung Tart Nenas Tak Pecah Untuk Digulung

Hero Winter Sonata Mati Tergantung