Thursday, July 9, 2009

Kehidupan Adalah Rahsia Terbuka – Rahsia Ketiga – Bangun Pagi



Sekitar 6.15 saya akan bangun pagi. Saya bukan jenis bangun 4 pagi untuk berqiamullail kecuali dipaksa. Jangan jadi begini. Kebiasaannya selepas menunaikan solat subuh, kita pasti akan memerhatikan bantal dan katil semula, katil dan bantal memerhatikan kita, lalu kita tidur semula, diulit mimpi yang mustahil tetapi indah adalah terlalu enak nikmatnya kerana di alam biasa terlalu jauh untuk mengejar mimpi yang menjadi impian. Kita mendapat keenakan tidur di waktu ini tetapi sedarkah kita telah terlepas nikmat yang Allah sediakan di waktu matahari baru ingin terbit ini.

Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dapat terbang di angkasa dengan mudah. Tidak ada yang menahannya selain Allah. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang-orang yang beriman” An- Nahl: 79

Bayu pada fajar menyinsing mempunyai rahsia untuk diberitahu pada kalian..Jangan tidur semula..” Jalal ad-Din Muhammad Rumi (1207-1273).

Waktu fajar begini, burung-burung berterbangan mencari rezeki yang dikurniakan buat anak-anak dan isteri, kucing bersiar-siar mencari mangsa sebagai sarapan pagi dan kita manusia sepatutnya keluar menikmati keindahan alam semulajadi di luar rumah, bukan di atas katil. Ketika inilah peluang kita ingin menghirup udara yang segar, memperbaiki sitem dalaman tubuh yang kucar-kacir disebabkan hambatan kuliah dan kelas yang berderet-deret.

Kajian sains terhadap kelebihan bangun awal pada waktu pagi untuk kesihatan jasmani

1) Sains menyatakan kandungan gas ozon dalam udara pada waktu pagi adalah tertinggi berbanding pada waktu lain. Gas ozon amat penting untuk tubuh badan. Kesannya untuk kesihatan adalah amat baik, ini lebih baik jika seseorang itu menunaikan solat subuh di masjid, semakin jauh masjid maka semakin baik. Ganjaran pahala pun bertambah.

2) Kandungan ' al-kartozon' dalam darah adalah tertinggi pada waktu pagi sebelum matahari terbit. 'Al-kartozon' baik untuk badan yang mengaktifkan sel dalam badan, dan juga menambahkan kandungan gula dalam darah.

3) Bangun awal di waktu pagi dapat mencegah daripada penyakit hati.

4) Membantu membekalkan kandungan vitamin untuk tubuh badan.

5) Membantu dalam membekalkan tenaga, mencergaskan tubuh badan

Jika pernah kita merasakan kedamaian pada waktu pagi, sesungguhnya doa Rasullullah buat umatnya diperkenankan.

"Ya Allah, berkatilah ummatku pada waktu paginya" Rasullullah S.A.W

Sebuah kisah untuk dikongsi, seorang surirumah mendapati sebuah pasaraya memberi gula percuma pada sesiapa yang datang ke pasaraya sekitar pukul 5-6 pagi. Surirumah ini tadi berminat untuk mendapatkan gula percuma memandangkan gula waktu itu sukar didapati dan jika ada sekalipun harganya terlalu mahal untuk dibeli. Di suatu pagi, surirumah ini meninggalkan rumah pada pukul 5.30 pagi tetapi beliau tersekat dalam kesesakan lalu lintas menyebabkan beliau sampai di pasaraya pada pukul 6.05 pagi. Adakah beliau akan mendapat gula percuma? Pastinya tidak kerana masa diberi gula percuma sudah pun tamat. Pulanglah beliau dalam kehampaan.

Gula itulah diumpamakan kejayaan. Harga gula yang mahal itulah harga kejayaan yang perlu kita bayar. Kesesakan lalu lintas pula merupakan halangan iaitu tidur selepas subuh untuk mendapatkan nikmat yang disediakanNya pada waktu pagi.

Pilihan di tangan kita, untuk mendapatkan nikmat yang Allah sediakan hanya pada waktu yang terlalu singkat ini. Segala di dalam dunia ini tidak datang dengan mudah. Mesti kena berusaha. Kerana jika mudah untuk mendapatkannya, kita sesekali tidak akan menghargai. Jadi, berusahalah!

p/s: saya pun sama je suka tidur balik..tapi lepas tulis post kali ini, saya cuba untuk tak tidur lepas subuh.. ataupun sambung tidur dalam kuliah pukul 8 adalah lebih baik.. =)

2 comments:

Nursyuhada M.Zulkifli said...

an dpt 2 moral! hee

pasni..

1)saling kjutkan qiam
2)kalo an trtidO pas sbuh psni kjutkan ye..

unless

an x pinta dikjutkan~ haha

adilahamzah said...

eceh, terus nak berubah..
ok2, ana kejutkan..
mueheh

Followers