Wednesday, July 1, 2009

Yang Terakhir

Haifa meletakkan gagang telefonnya ke tempat asal. Senyumannya tersimpul manis menunggu ketibaan sang suami pulang dari kejauhan. Hari-hari tanpa Fathi di sisi begitu memeritkan jiwanya. Bagaimana tidak, Fathi adalah dunianya! Hilang Fathi daripada pandangan mata, maka hilanglah seluruh jiwanya.

Haifa bergegas ke dapur untuk menyediakan malam sementara menunggu kepulangan Fathi yang outstation di Kuala Lumpur. Barang-barang dapur yang baru dibelinya disusun terlebih dahulu ke tempat sepatutnya. Makanan kegemaran Fathi menjadi menu utama malam ini. Tangan dan kaki Haifa bergerak pantas menyiapkan hidangan.

Selesai memasak, Haifa seperti biasa membuka laptopnya. Seperti biasa ikon yahoo messenger dikliknya. Beginilah keadaannya ketika Fathi tiada di rumah, teman karibnya Khalisah menjadi mangsa peneman bicara saban waktu. Khalisah, sahabat baiknya yang dikenalinya di rumah anak-anak yatim dahulu sehinggalah ke detik ini, Cuma baru bertemu semula di alam maya selepas setahun perkahwinannya dengan Fathi. Bezanya Khalisah merupakan akauntan yang bekerja di salah sebuah bank di ibu kota manakala Haifa merupakan surirumah sepenuh masa. Pernah juga dia menyuarakan pendapat untuk bekerja tetapi jelas sekali Fathi menentang permintaannya itu memandangkan dia hanya menginginkan seorang isteri yang pulangnya ada yang menanti, penatnya ada yang menemani. Haifa akur kata-kata lelaki itu. Baik kata Fathi, maka itulah yang terbaik untuk dirinya.

Ketukan di muka pintu menjadikan Haifa begitu bahagia. Dia berlari ke muka pintu lalu mendapatkan Fathi yang kelihatan letih. Haifa menyambut lelaki itu dengan senyuman yang paling manis. Haifa membawa Fathi ke meja makan selesai bersolat maghrib bersama. Nasi dan lauk disenduk sopan ke dalam pinggan Fathi. Fathi memandang isterinya yang mendamaikan itu. Namun jauh di sudut hatinya wanita yang menemaninya hidupnya selama empat tahun pernikahan mereka tetap mempunyai kekurangan yang tidak terzahir pada pandangan mata orang lain. Wanita itu kekurangan dari segi melahirkan zuriat sebagai penghias rumahtangga mereka.

Sebelum berkahwin dahulu, Haifa pernah memaklumkan Fathi bahawa dia bukanlah wanita yang normal seperti wanita lain. Doktor pernah mengesahkan bahawa Haifa tiada ovum kerana dia pernah tidak datang haid setahun lamanya. Fathi mengambil keputusan untuk meneruskan perkahwinan dengan wanita yang dicintainya itu. Baginya, perkara itu bukanlah penghalang cinta mereka yang tersemai hampir 3 tahun itu.

Namun, sejak kebelakangan ini, Fathi mula merasakan suatu perasaan yang tidak pernah wujud sebelum ini. Hampir setiap bulan pasti dia akan meninggalkan Haifa kerana tugas di luar kawasannya. Berdepan dengan perempuan yang silih berganti setiap minggu pasti membuatkan dirinya membanding-banding dengan isteri sendiri. Jahatkah dia berperilaku begini?

“ Abang senyap je dari tadi..”, bicara Haifa. Nasi di dalam pinggan disuap perlahan. Hati kecilnya tahu si suami berfikir sesuatu. Fathi berdiam diri.

“ Abang..kita ambil anak angkat..?”, soal Haifa perlahan. Fathi mati selera. Lauk yang dimasak Haifa tidak lagi sedap di tekaknya. Mata mereka bertaut antara satu sama lain. Haifa menunduk. Salah siapa?

“ Apa Ifa cakapkan ni.. Mengarut betul”, nada Fathi berbaur tidak puas hati.

“ Ifa tahu apa yang abang fikirkan.. abang nak dengar suara tangisan bayi dalam rumah ni kan.? Abang nak dengan gelak ketawa kanak-kanak dalam rumah ni kan?”, soal Haifa lembut.Fathi terus berdiam diri.

“ Abang, Ifa perempuan.. Ifa sepatutnya mengandung tapi Ifa dah ditakdirkan macam ni, abang ingat Ifa tenang ke? Ifa lagi tertekan abang.. Ifa malu sebab Ifa bukan macam perempuan lain yang mampu mengandung.. Bukan Ifa yang nak macam ni.. Ifa dah cakap dulu, jangan nikahi Ifa sebab Ifa tak normal..”, ujar Haifa panjang.

Fathi mula merasa tegang dengan bicara isterinya. Meja makan ditinggal serta merta. Air mata Haifa mulai berguguran. Dia juga merasakan rumahtangganya mula menemui titik penghujung. Haifa mengemas meja makan yang dipenuhi hidangan yang tidak berusik itu. Hari ini, hari yang diharapkan bahagia, terkubur begitu sahaja. Suami yang sepatutnya mendengarkan bicara seorang isteri tidak lagi menjadi tempat luahan rasa.

Pagi itu, sudah menjadi kebiasaan Haifa akan menghantar Fathi di muka pintu. Biarlah sebelum keluar bekerja, dirinya adalah yang terakhir dilihat Fathi, agar Fathi tidak melakukan sesuatu di luar kehendaknya.

“ Abang, kita balik kampung hujung minggu ni nak?”, soal Haifa ketika Fathi sudah menghampiri pintu kereta.

“ Boleh sayang..rindu kat ibu ye?”, jawab Fathi. Haifa tersenyum simpul lalu mengangguk perlahan. Haifa memerhatikan suaminya yang semakin jauh meninggalkan perkarangan rumah sambil melambaikan tangannya. Haifa memulakan tugasnya selaku selaku seorang suri rumah. Memandangkan dirinya adalah seorang yang agak cerewet, tiada habuk yang dibenarkan hinggap di dalam rumahnya.Haifa kemudian memulakan rutin biasa dengan teman rapatnya.

Salam alaik..

Salam..

Kau sihat ke Ifa?

Alhamdulillah sihat je..

Kau pulak? Bilalah agaknya aku dapat makan nasi minyak kau?

Tak lama lagi kot..

Eceh..maknanya dah jumpa lah ni calonnya? Lama aku tunggu..

Bolehlah dikatakan jumpa.. Tapi baru je kenal.. Nanti kita jumpa, aku perkenalkan kat ko eh?

Eh, boleh je..asalkan kau belanja ak mmg jadi x kisah orgnya..haha.. Ko kat ofis ye?

Yup
Bestnya..kalau aku keje,mesti aku dah jd akauntan..tak pun bos kau ke..

Haha..xpelah, syurga kau terletak di bawah telapak kaki suami tau.. Setialah di sisi suami kau k,,

Em..yelah..thanks lisa..rindu sgt kat kau.. bila nak jumpa ni?

Minggu depan ok x?

Em, ok je..tp tak dapat nak bwk suami aku skali lah..dia selalu outstation..

Its ok..aku bukan nak jumpa dia pun..aku nak jumpa kau lah..

Ok2..aku off dulu lah..nak masak tengahari..jap lg suami aku balik..bye lisa..

Ok, bye

“ Abang outstation di KL lagi minggu depan.. Ifa izinkan abang pergi tak?”, gurau Fathi.

“ Pernah ke Ifa halang abang selama ni…? “, jawab Ifa sambil mebbelek-belek majalah di tangannya. Televisyen di hadapan dibiarkan terbuka mengiklankan produk-produk yang hangat di pasaran.

“ Abang gurau je lah..”, Fathi merapatkan tubuhnya di sisi isteri. Tangan wanita itu dicapai.

“ Abang minta maaf.. Abang emosi semalam..”.Haifa tersenyum halus.

“ Abang memang..Selalu buat Ifa macam ni..Lepas tu minta maaf kat Ifa.. Lepas tu buat lagi.. Ifa dah hafal skrip abang..”, ujar Haifa sambil mencebikkan bibirnya. Fathi ketawa besar. Isterinya ini tidak pernah mengecewakannya.

Perjalanan menuju ke Slim River tidak begitu membosankan. Ada saja cerita mereka berdua.Tiba di perkarangan rumah, Rahimah segera mendapatkan menantu kesayangannya, Haifa, bukan lagi anaknya Fathi. Fathi berpura-pura menjeling.

“ Ibu pilih kasih!”, Fathi mencebik bibir. Rahimah segera mendapatkan anak lelakinya itu. Fathi tersengih-sengih.

Malam itu, selepas makan malam, Haifa mendapatkan ibu mertuanya itu sementara Fathi ditugaskan membasuh pinggan mangkuk dan mengemas dapur. Mereka duduk di ruang tamu.
“ Ibu sihat ke? Lama jugak Ifa tak balik sinikan..”, soal Haifa

“ Macam ni lah ibu. Ifa tengok ibu sihat ke tak?”.

“ Ibu..Sejak kebelakangan ni..Ifa tertekan.. Abang nampak macam nak anak sangat.. Bukan Ifa tak nak bu..Ifa kan tak normal.. Ifa belum ada rezeki nak beri abang zuriat..”, suara Haifa seakan tersekat. Haifa mula mengadu. Inilah tempat dia bermanja, seorang ibu mertua yang dianggap seperti ibunya sendiri. Apatah lagi dirinya adalah anak yatim piatu sejak kecil. Membesarnya juga adalah di rumah anak-anak yatim. Kakak dan abangnya diambil orang, diasuh oleh keluarga orang berada. Tetapi hingga kini tiada lagi khabar berita. Hadirnya Fathi sebagai suami tempat dia bermanja, ibu mertua yang memahami, pengganti kasih sayang ibu kandung yang sudah lama pergi.Rahimah mendiamkan diri. Memberi peluang pada wanita di hadapannya untuk terus berbicara.

“ Ibu, Ifa minta maaf tak dapat hadiahkan ibu cucu.. Ifa minta maaf sangat-sangat..”, air mata yang mula mengalir disekanya.

“ Ibu terima Ifa seadanya. Ibu yakin Allah akan bantu Ifa. Ini semua ujian.. Ifa kena sabar sayang..Berdoalah pada Dia, kerana Dia yang memperkenankan, Dia juga yang memberi rezeki..”, ujar Rahimah. Haifa terpujuk dengan kata-kata ibu mertuanya itu. Bibirnya mula mengukir senyum.

Fathi sudah berlepas ke Kuala Lumpur pagi tadi. Haifa segera menjalankan rutinnya seperti biasa. Namun hari ini,tubuhnya tidak begitu selesa. Kepalanya seakan berpusing. Tekak pula terasa loya. Selepas mengemas serba sedikit, Haifa bersiap untuk ke klinik memandangkan perutnya seperti memulas.

“ Tahniah, Puan mengandung 4 minggu..”, ujar doktor wanita itu. Haifa terdiam seketika. Hatinya seperti sukar digambarkan kegembiraannya. Subhanallah, air mata menitik deras tanpa dipinta. Terlalu gembira.

“ Suami puan di mana?”.

“ Dia outstation”. Haifa meraup wajah mulusnya. Terasa ingin mendapatkan Fathi serta merta. Abang, ini hadiah pertama dari Ifa…
Di rumah, Haifa seperti tidak dapat melakukan kerja. Hatinya terlalu berbunga-bunga. Menunggu ketibaan Fathi suatu penantian yang menyeksakan. Sengaja tidak diberitahu suaminya khabar gembira itu kerana ingin membuat kejutan.
Haifa menghubungi Khalisah. Suara cerianya tidak susah dikesan oleh teman rapatnya itu.

“ Lisa, aku nak jumpa kau! Kau kat mana sekarang?

“ Weh, terkejut aku. Mesti ada apa-apa ni suara kau excited betul! Aku di KL lah.”.

“ Bagus betullah kalau macam ni. Kita jumpa esok nak tak?”.

“ Eh,aku baru nak ajak kau tiba-tiba kau dah call aku dulu. Ok jugak sebab aku free esok then lusa baru sambung projek balik. Aku pun nak perkenalkan seseorang yang aku cakap dulu kat kau”.

Selepas membuat tetapan tempat dan waktu, Haifa mematikan panggilan. Dia berbaring di sofa empuk di ruang tamu lalu terlena tanpa disedarinya.

Haifa tiba di restoran Nelayan tepat pukul 3. Tercari-cari dia kelibat Khalisah yang diberitahunya sudah sampai terlebih dahulu. Seorang gadis bertudung merah jambu membelakanginya didekati. Haifa memberi ucapan salam. Khalisah menoleh serta merta, tidak sampat menjawab salam dia sudah memeluk Haifa. Berlakulah jejak kasih yang dirancang di situ.

“ Mana your boyfriend?”, soal Haifa tidak sabar.

“ Kejap lagi dia sampai”, ujar Khalisah tersenyum lebar.

“ Kau makin cantik Lisa! Maklumlah dah ada orang nak kat dia..”, ujar Haifa.

“ Lisa, aku mengandung!!”, beritahu Haifa tidak sabar-sabar.

“ ya Allah, tahniah Ifa!! Tengok, rezeki tu milik Dia, Dia takkan hampakan hambaNya”. Haifa tersenyum gembira.

“ Assalamualaikum..”, kedengaran suara di belakang Haifa memberi salam. Khalisah tersenyum manis. Lelaki itu mendapatkan kerusi di sebelah Khalisah. Haifa bagaikan terpukul melihat lelaki di hadapannya.

“ Kenalkan ini Shahrul Fathi, orang yang aku nak kenalkan kat kau, Shah, ini Haifa, kawan baik saya masa kecil-kecil dulu. Baru jumpa dua tiga tahun lepas di internet”, seronok Khalisah memperkenalkan mereka antara satu sama lain. Haifa menahan degupan di dada yang seakan menggila. Tubuhnya menggeletar melihat insan di hadapannya. Wajah Fathi sudah tidak nampak tenangnya. Mata melilau terjerat dengan dusta sendiri.

Haifa tetap cuba berlagak tenang. Berbual seperti biasa. Senyumannya cuba diukir paksa. Peluh di sebalik pakaiannya mula merenik halus. Haifa tidak memandang Fathi walau sekilas pun. Hatinya mula terasa disiat-siat halus dek perbuatan suami sendiri. Fathi lebih banyak mendiamkan diri, dibiarkan dua wanita itu menyulam cerita.

Haifa memandang Khalisah dalam-dalam. Wanita di hadapannya langsung tidak bersalah. Pastinya dia tidak mengetahui lelaki di sisinya itu adalah suami orang.

“ Lisa, aku balik dulu! Aku…rasa tak sedap badan.. Semoga kalian berdua bahagia ye!”, ujar Haifa lantas mencapai beg tangannya dan berlalu pergi selepas mengucapkan selamat tinggal kepada Khalisah.Khalisah terpinga-pinga. Fathi lebih-lebih lagi.

“ She is pregnant.. “, beritahu Khalisah kepada Fathi.

“ Orang perempuan mengandung memang macam tu agaknya.. Moody without expectation”, ujar Khalisah lagi. Fathi terkesima mendengar kata-kata Khalisah.

“ Are you sure she’s pregnant?”, bulat mata Fathi menyoal.

“ Yup, she told me just now. She knew it yesterday”.

“I’m sorry Lisa, we need to end this relationship right now. That lady is my wife. Isteri saya yang terlalu setia. Tapi sekarang saya dah hancurkan hati dia juga hati awak. Saya minta maaf sangat-sangat.. Saya tak sangka perkara ni boleh terjadi dan semuanya adalah saya”, ujar Fathi lalu serta merta meninggalkan Khalisah yang sedang mengalami kejutan. Fathi berlalu pergi dengan air mata yang mengalir. Maafkan abang Ifa….






Hari semakin melewati malam, senja bagaikan mengintai di ufuk timur bersama terbenammya matahari nan terbiasnya mega merah yang menyilau. Haifa masih berdiri di tepi persisiran pantai, menikmati udara yang nikmatnya masih seperti pertama kali menjejakkan kaki di pulau ini bersama insan yang dicintai, bersama-sama memadu asmara ketika cinta masih subur, ketika cinta masih tidak disentuh oleh tetamu undangan yang tak diingini. Air mata jatuh lagi, bersatu dalam lautan yang maha luas ini. Bawalah air mata ini andai ia mampu membasuh kesedihan yang begitu pilu ini. Haifa menangis lagi, mengenangkan cinta yang disulam bertahun-tahun, terurai begitu sahaja oleh perbuatan suami sendiri.

Telefon bimbit di dalam poket seluarnya bergetar lagi untuk kesekian kali. Tudungnya dibiarkan mengikut rentak bayu laut yang berirama syahdu.. Haifa deras mematikan panggilan yang berterusan itu seperti biasa, cuba mencari ketenangan yang semakin sukar ditemuinya. Hatinya luka berdarah, pada siapa lagi harus di luahkan perasaan ini? Hanya tuhan yang maha mengetahui.

‘ Ifa, tolong angkat call abg. Ifa kat mana? Abg risau sgt ni..

SMS dari Fathi segera dipadamkan dari inbox. Lelaki memang pandai bermain kata, melunak bicara. Haifa lekas merehatkan tubuhnya di atas katil di bilik yang sama ketika berbulan madu bersama Fathi di awal perkahwinan dulu. Hatinya hiba, tidak lagi bahagia seperti dulu. Ketika mata hampir terlelap dibuai perasaan, telefon bimbitnya berbunyi lagi. Haifa akhirnya mengalah lalu menjawab panggilan itu.

“ Ifa kat mana?”. Soalan itu dibiarkan sepi.

“ Ifa kat mana ni sayang..abang risau kat ifa..”, garau suara Fathi namun ada sendu dalam bicaranya.

“ Abang minta maaf Ifa..abang nak jumpa Ifa, tolong dengar penjelasan abang..”, ujar Fathi mengharap.

“ Semuanya dah jelas abang..Abang membelakangi Ifa. Abang hancurkan hati Ifa. Abang merendah-rendahkan Ifa! Sampai hati abang buat Ifa macamni..Abang ingat Ifa ni siapa? Perempuan yang tak ada hati dengan perasaan ke? Ifa sedih sangat abang..Ifa terluka dengan perbuatan abang!”, Haifa meluahkan perasaannya yang terbuku 3 hari lepas. Tidak disangka suami yang begitu baik di hadapannya, mempunyai hubungan dengan perempuan lain di belakangnya bahkan teman rapatnya sendiri. Kebenaran pastinya mengatasi dalam setiap perkara apatah lagi mata dan telinganya sendiri menjadi saksi. Tidak mustahil jika dia pergi suatu hari nanti, merah lagi tanah perkuburannya Fathi sudah ada pengganti.

“ Bagilah Ifa peluang untuk tenangkan diri. Ifa tak perlukan abang buat masa ini. Kalau abang dah tak perlukan Ifa lagi pun Ifa tak kisah abang. Ifa masih ada Allah yang boleh mendengar setiap bicara Ifa!”. Telefon bimbitnya dimatikan.

Fathi meraup wajahnya. Dia tahu dirinya bersalah. Dia tidak patut menjalin hubungan dengan teman baik isterinya sendiri. Inilah padahnya. Jika mahu diundurkan masa pasti tidak mampu kerana dia hanya manusia biasa. Sesungguhnya dirinya memang patut dipersalahkan kerana menduakan cinta seorang isteri tang terlalu setia.

Ketukan pintu hotel mengejutkan lenanya. Pintu dibuka disangka pelayan hotel ingin memberi perkhidmatan. Wajah sugul Fathi tepat di hadapannya. Matanya bengkak, tubuhnya lesu tidak berdaya. Haifa tidak terkejut dengan kehadiran lelaki itu. Pasti ibu mertuanya memaklumkan pada Fathi.

“ Abang minta maaf sayang..Abang mengaku abang salah.. Abang mengaku abang terburu-buru sehingga membelakangi Ifa.. Abang terlalu nakkan anak..”, rayu Fathi bagai hilang arah.

“ Apa abang ingat kalau abang berkahwin dengan perempuan lain abang akan dapat zuriat? Kenapa abang tak yakin dengan Ifa.. Bertahun-tahun kita usaha sama-sama tapi abang hancurkan usaha kita..”.

“ Abang bersalah sebab ada hubungan dengan kawan baik Ifa.. Abang tak tahu itu kawan Ifa..”.

“ Bukan soalnya abang tahu atau tak tahu.. Habis tu, kalau bukan kawan baik Ifa, mesti abang dah lama ada hubungan dengan perempuan lainkan?”, pintas Haifa.
Air mata Fathi berguguran. Egonya sama sekali merudum. Sepi mengambil alih suara mereka. Haifa duduk di sofa manakala Fathi duduk di katil. Haifa menenangkan dirinya. Ditarik nafas sedalam-dalamnya. Fikiran rasionalnya cuba mengatasi emosi perempuan yang mempengaruhinya. Teringat dia akan kata-kata Imam Syafie di dalam sebuah buku yang dibacanya beberapa hari lalu ‘Ketahuilah bahawa sebesar-besar kesenangan di dunia dan di akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya, nescaya Allah akan meninggikan darjat di sisi manusia’. Syurga isteri di bawah telapak kaki suami. Indahnya kemaafan andai diberi kepada suami sendiri.Haifa mendekati suaminya lalu diraih kedua belah tangan lelaki itu.

“ Ifa maafkan abang dan Ifa minta maaf sebab berkasar dengan abang..”, dikucup lembut jari jemari itu. Fathi mendakap wanita itu. Tiada lagi sengketa, hanya air mata.

9 bulan kemudian

Fathi gelisah menunggu di luar bilik pembedahan. Ke hulu ke hilir dia bertafakur. Seorang doktor wanita keluar dari bilik pembedahan. Di tangannya terdapat kertas yang dibawa ke arah Fathi.

“ Isteri encik mengalami pendarahan serius. Encik boleh tandatangan di sini. Kami akan berusaha untuk menyelamatkan salah seorang daripada mereka, antara ibu dan anak bergantung kepada permintaan Encik”.

Fathi tidak berbelah bahagi untuk untuk bertemu Haifa lagi. Haifa adalah dunianya. Doktor wanita itu kembali ke bilik pembedahan kemudian keluar semula.

“ Allah lebih menyayangi isteri Encik…”.

Pandangan Fathi kabur. Dunianya gelap. Fathi rebah serta merta. Ifa!!!

9 comments:

Lukisan Hati said...

Akhirnye terpublish jugak cerpen ni..lame sy tggu..huhu..keep it up dilah!

Nurkasih said...

tu la..
kena amik feel..
gugur air mata ni..
terima kasih isteri untuk suamiku!!!

sarah said...

wah..sampai gugur air mata!hebat2!

Nursyuhada M.Zulkifli said...

wOw..best2..
sbb an tak dpt duga klimaks & konflik di akhir ceritanya.

mesti umar pn suka gak neh..

umar..OoO..umar..hoho

Nurkasih said...

umar, kak syu dah panggil ni...huhu

Fazareez Fauzi said...

Salam, cerpen yg menarik. Bergenang air mata saat membacanya. Tp pasai pa asyik watak laki ja yg jahat ni... Teruskan berkarya

adilahamzah said...

terima kasih..
mana ada watak laki semua jhat..
ini first time tau buat gni.. =')

Mohd Hazimin Harun said...

cece madnot..
jambunya hang ..
"bergenang air mata saat membacanya"

hahaha(gelak orang jahak)

Fazareez Fauzi said...

Wahai sahabtku Hazimin, ang pikiaq aku ni xdak perasaan ka..?

Followers