Thursday, July 9, 2009

Jiwa Bangsa

Minggu ini sangat meletihkan biarpun minggu ini adalah minggu yang pertama bermulanya kuliah. Ditambah pula sebagai jawatan guru sandaran matematik yang baru saya sandang di salah sebuah institusi perumahan. Matematik itu bagi saya tersangatlah mudah, jangan sesekali tertukar dengan matematik tambahan yang ‘lebih’ mudah. Sangat mudah ketika saya berada dalam tingkatan 5 dan ke bawah. Tetapi tidak lagi sekarang selepas 3 tahun meninggalkan subjek ini, kepala otak saya tersangatlah lembab meskipun menambah dan menolak angka. Teman saya, Nurul menegur “ Ni kenapa ni tolak makin bertambah jumlahnya?”. Saat itu saya merasakan ingin berlari berpusing sekeliling padang kerana begitu malu dengan kelemahan diri ini. Saya sekadar berlari setempat saja.

801 – 79 = 809

Semasa saya mengajar dua orang anak didik saya, barulah saya faham perasaan seorang guru yang ingin memberikan kefahaman terhadap anak-anak muridnya (perasan je ni) Dahlah dalam bahasa Inggeris, dulu kita belajar dalam Bahasa Melayu, alangkah susahnya saya nak memahamkan mereka. Bila diberi latihan ,mereka buat, bila saya semak, banyak pula yang salah, bila diajar, mereka mengangguk, bila ditanya faham atau tidak, dijawab faham tapi bila ditanya semula mengapa begini mengapa begitu, mereka tidak dapat menjawab. Adakah saya yang tak reti mengajar atau mereka sebenarnya boleh dikategorikan sebagai pelajar yang lemah. Rasanya saya dah cukup arif dalam bab bundar membundar nombor ni.

PPSMI

Begitulah sistem yang perlu dilalui oleh pelajar-pelajar sekolah pada hari ini. Belajar Matematik dan Sains di dalam Bahasa Inggeris memerlukan usaha yang tinggi untuk memahami kedua subjek asas ini. Sedangkan Matematik dan Sains adalah tunjang dalam melahirkan individu yang memiliki pemikiran kritis, kreatif dan inovatif, mengapa ingin membunuh pelajar-pelajar yang bakal mencipta sejarah pada masa hadapan dengan melaksanakan PPSMI.

"Umur saya sudah 76 tahun dan sudah sampai masanya saya memperjuangkan bahasa ibunda saya sebelum hilangnya bahasa Melayu di muka bumi," A. Samad Said.

Hilangnya bahasa Melayu di muka bumi bermakna memadamkan Tanah Melayu dari peta muka bumi dan dunia. Kerana bahasa adalah budaya kia, kerana bahasa adalah jiwa kita.Andai terpadam tanah tempat tumpahnya darah kita ini, maka di manakah identiti kita sebagai orang melayu.

Saya sangat mengagumi beliau yang tetap terus berjuang untuk bahasa Melayu. Jika dilihat dengan mata kasar, perjuangan bahasa Melayu tiada langsung kaitannya dengan perjuangan agama. Setakat bahasa Melayu, perkara yang terlalu remeh untuk diperjuangkan sehingga mengadakan demo untuk menentang. Tetapi kita tidak sedar, jika suatu hari nanti, orang Melayu berkomunikasi di dalam bahasa Inggeris seperti yang dikehendaki pihak tertentu, orang melayu akan lupa diri bahawa mereka adalah orang melayu, bangsa yang berasal daripada ketuanan melayu yang lembut pekertinya, indah bicaranya. Ketika itu, budaya kita semakin terhakis, tiada lagi melayu yang terkenal dengan berbudi bahasa kerana unsur-unsur penjajah dahulu kala sudah bertapak semula dalam hati orang-orang melayu. Maka ketika itu, hilanglah sudah sentimen agama dalam kalangan kita semua. Bangsa semakin hancur kerana jiwa dan nyawanya sudah dibunuh oleh bahasa lain.

Sesunguhnya,bahasa Melayu lah bahasa yang paling dapat mendalami jiwa saya kerana saya adalah orang melayu.Hanya bahasa Melayu yang dapat menyampaikan hasrat hati dan menghubungkan saya dengan orang lain dengan jelas, kerana saya adalah orang melayu maka saya pastinya mencintai bahasa Melayu.Rasa seperti ada yang tak kena jika ingin berjiwang atau berkarya dalam bahasa lain, hanya dengan bahasa Melayu hati akan menjadi puas. Jika orang putih mempunyai bahasa mereka sendiri, jepun kuat dengan bahasa mereka, arab mempunyai bahasa arabnya,kita Melayu nak berbangga dengan bahasa orang lain, macam tu? Sedangkan slogan negara kita pun ‘bahasa jiwa bangsa’ . Jika bahasa itu adalah jiwa, pastinya ianya adalah nyawa dalam bangsa kita, maka mengapa PPSMI harus dilaksanakan kerana sudah jelas akan membunuh bangsa melayu.

MANSUH

Syukurlah, PPSMI dimansuhkan tetapi akan dikuatkuasakan pada tahun 2012. Bagi adik-adik yang sedang menderita sekarang, bawalah bersabar banyak. Belajar je lah dulu, bukan susah sangat matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Tak faham buka kamus, buka buku rujukan.

Tetapi inilah bezanya atara dua situasi, jika yang berada, mereka akan terus maju ke hadapan dengan PSPMI ini kerana tiada masalah rujukan, tetapi anak-anak yang di ceruk kampung sana, semakin mundur. PSPMI benar-benar mempunyai banyak kelemahan daripada kelebihan. Yang pandai semakin pandai, yang bodoh semakin bodoh. Ini lah cogankata saya semasa di Smap Kajang. Kerana saya adalah daripada golongan yang kurang pandai. Malas ingin becerita lebih lanjut. Sangat melukakan jiwa dalam membuka kenangan lama.

Belajar Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu tiada masalah, jika ada masalah, takkan lahir golongan cerdik pandai hari ini di negara kita. Tidak salah untuk menguasai bahasa Inggeris tetapi bukanlah ini caranya sehingga menyusahkan golongan tertentu. Banyak caranya untuk menguasai bahasa Inggeris, selalulah buka kamus dan binalah ayat sendiri.Jangan lupa bercakap sorang-sorang dalam bahasa Inggeris.Ok? Buat selalu dan pastinya kita bukanlah orang yang ketinggalan.

6 comments:

Nursyuhada M.Zulkifli said...

Bahasa Jiwa Bangsa..!

Idup bhs Melayu!

hehe

Pmnsuhan Pipi ass am i (ni mmber an ckp) akn dikuatkuasakan 2012. Ank murid Chekgu Del msih dlm golongan 'berada'.

so..xleh nak brgumbira lg.

slmat mngajar ye Chekgu~ =P

adilahamzah said...

hehe, xpe..
ana msih bleh bsbr..

an tbygkan nti bersajak dlm english..
mesti menangis smua org..

Mohd Hazimin Harun said...

Mengubah dasar sesebuah negara bukanlah usaha yang mudah. Justeru, kejayaan tersebut perlu diyakinkan.

Pejuang bahasa Melayu tidak boleh bersenang-senang begitu saja, seolah-olah ia hanya kemenangan yang kosong. Ada baiknya bila ia disusuli dengan pelan langkah yang lebih kukuh untuk memartabatkan bahasa Melayu.

Keberhasilan menjentik pemikiran kerajaan sedia ada seharusnya dibuktikan dengan keupayaan bahasa Melayu untuk bangkit dan unggul menerajui bahasa ilmu.

Misalnya, kepada profesional Muslim Melayu, seboleh-bolehnya cuba berinisiatif ke arah itu. Bagi yang menekuni bidang perundangan, bidang perubatan, perakaunan, jangan hanya tenggelam dalam arus pembelajaran dalam Bahasa Inggeris. Kita mengambil, namun menerima secara totok, sama sekali tidak.

Cubalah untuk mengolah suasana agar pengistilahan lebih meluas diperkasakan dalam bahasa Melayu.

Terkadang pelik bila ada yang ketawa bila menyebut istilah 'duluan mengikat', sebaliknya lebih rasa bangga dengan istilah 'binding precedent'. Malahan, mereka lebih rasa puas bila lidah lembut dengan slang Inggeris menyebut 'chambering' berbanding latihan dalam kamar.

Meski nampak remeh, hakikatnya budaya ini benar-benar dalam kecelaruan. Melayu yang malu dengan bahasanya sendiri. Aneh bukan?

- PPSMI dimansuh secara berperingkat, bukannya 2012 baru nak mula. Apapun, ia satu titik permulaan yang baik dalam kelangsungan perjuangan memartabatkan bahasa ibunda.

Nursyuhada M.Zulkifli said...

huh..
kelu lidah ana

tula nti..men2 lg kat cni =P

Anonymous said...

Adalah sesuatu yg bagus juga jika sekiranya ssuatu subjek spt sains dan matematik diajar dlm b.inggeris dan bknnya dlm b.melayu krn matapelajaran ini adalah bersifat universal.merungkai maksud "bersifat universal" dalam konteks PPSMI di sini adalah kedua2 sbjek ini adalah antara sbjek yg bgitu lazim ditekuni oleh para pelajar di serata dunia,justeru ianya menjadi lebih mudah dan fleksibel jika sekiranya diajar dalam bahasa antarabangsa yang juga bersifat universal spt b.inggeris.Suka saya tegaskan pendapat saya di sini bahawa perkara sebegini lnsung tiada apa untuk dikaitkan dgn "semangat mmperjuangkan b.melayu sbg bhasa ibunda"..knp kita perlu menyempitkan skop pmikiran kita dan membiarkan ideologi2 pmikiran yg dangkal menguasai benak pmikiran waras kita semua?? memang stigma dan penyakit masyarakat melayu turun-tmurun agknya untk takut mnerima ssuatu yg bru wlaupun ianya ssuatu yg bagus dan brmanfaat untk bgsanya sendiri..

-My Love Story In Palace Of Mine- said...

Salam ya ukhti...

Pardon my language... Supposedly, PPSMI gave benefits to most of the students. Not to be argued that PPSMI still have lacks in many things especially in implementing it in real situation. Gov have spent so much moneys (especially from people's taxes) in 7-8 years of PPSMI implementation. We can see that students nowadays are lacks of skills especially when inquiring the knowledge itself. You can go through statistics in the last few years and you may found that students in rural areas not only have much weaknesses in English Language. You might be surprised that they also have much of weaknesses in Bahasa Melayu; which is our mother tongue. So, who's to be blamed? Government OR our lazy Malay Child? Think about it. Anyway, I do agree PPSMI will no longer be used as a medium to teach Sciences & Mathematics, yet it's funny for me to say that we have to remember, one day - in the future, we'll see who stand winning and who fall losing.

Followers