Friday, July 17, 2009

The Appointment of Co-editor of The Blog.

Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam kerana telah menjadikan kita sebagai proxi kekhalifahan di mukabumi ini, selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah S.A.W. dan salam sejahtera kepada seluruh umat Islam secara amnya dan kepada pengunjung blog ini secara khasnya.

Julung-julung kalinya saya menulis dalam sebuah blog berpaksikan dakwah dan knowledge sharing ini membuatkan saya berasa sedikit janggal dan kurang yakin dengan kemampuan diri untuk beraksi di pentas penulisan sebegini kerana sebelum ini, bidang penulisan saya hanyalah tertumpu di sekitar penulisan SMS, E-mail, assignment, serta penulisan esei-esei dalam peperiksaan sahaja. Ucapan terima kasih dan penghargaan kepada ukhti Adilah sebagai admin kepada blog ini kerana bermurah hati memberikan ruang dan peluang dengan melantik saya sebagai co-editor dalam blog bertajuk BICARA LEMBAR MAYA ini.

Antara tujuan saya untuk tampil menyahut pelawaan admin blog ini untuk turut serta dalam penulisan blog adalah kerana tertarik dan berminat untuk bersama-sama berkongsi fikrah dan ideologi secara total dengan masyarakat sekeliling, menerima yang ma’ruf dan meletakkan diri sejauh mungkin daripada elemen-elemen kemungkaran dalam konteks membina satu perhubungan yang mapan dan komunikasi yang harmoni antara kita semua. Oleh itu, saya akan berusaha mengupas isu-isu semasa, retro, akan datang mahupun yang belum berlaku- secebis ilmu dan iktibar daripada konsep penulisan Tariqah al-Mutakhirrin, dikupas secara sederhana mungkin melalui penulisan yang santai tetapi membawa output yang optimum untuk diambil manfaat oleh semua. Dalam pada masa yang sama, saya akan cuba menghidangkn sesuatu yang ilmiah dan bermanfaat melalui pengalaman, teori , eksperimentasi, dan ilmu yang tidak seberapa untuk dikongsi bersama . Oleh yang demikian, saya dengan penuh harapan, menyeru kepada sesiapa sahaja untuk tampil melontarkan cadangan, sokongan, mahupun teguran atau kritikan kepada saya jika sekiranya terdapat sebarang kekhilafan dan keaiban yang tidak disedari melalui interpretasi ideologi saya ini yang tidaklah semantap ulama-ulama dahulukala mahupun kontemporari, saterawan, sejarawan, perawan dan juga jelitawan. Huhu, saya dengan ini terlebih dahulu memohon seribu kemaafan jika sekiranya terdapat elemen gurauan dan loyar buruk dalam penulisan saya ini jika ianya mendatangkan rasa kecil hati dan tersinggung daripada para pembaca. Tujuan saya tidak lain hanyalah kerana ingin merehatkan minda-minda pembaca sekalian.. :-)

6 comments:

Khazinatul_Asrar said...

Wah, dah ada co-editor ya adilah? Hehe. Busy sungguh cik adilah kita ni :D

Mohd Hazimin Harun said...

macam kenal je co-editor ni...

adilahamzah said...

to khazinatul_asrar~

xdelah busy mana pun kak..
mgkin ada yg lbih baik bakal disampaikan.. =')

to hazimin~

oo..baguslah kalau kenal.. =)

Kesatria Baja Hitam said...

dikenali atau tidak bknlah satu persoalan kerana 'aku menulis bukan kerna nama'...hik2
lgpun,sayyidina Ali karamallahu wajhah pernah berkata: 'lihatlah pada apa yg dikata,bkn pd siapa yg berkata'..=)

meknol said...

waa..maju betul adikku sorg ni..pakai co-editor..chayok2..awk pun jgn lupe teruskan asah bakat menulis tau..=)

adilahamzah said...

to kak ainul~

kak, nak asah apa lagi.. dah cukup tajam ni.. luka akak nnt..hahaha

Followers