Cacamarba Ogos

بسم الله الرحمن الرحيم


Malam itu, selesai sahaja kenduri doa selamat di rumah baruku, aku meredah malam menghantar teman-teman sekuliah pulang ke rumah. Pulang semula ke rumah, keadaan rumah gelap gelita. Aku menyatakan sedikit kegusaran pada teman yang bersama, Akidah. “ Kenapa rumah gelap?”, soalanku disambut sepi. Aku melangkah masuk ke dalam rumah tanpa berfikir panjang. Ketika kaki melangkah masuk, maka kedengaranlah nyanyian merdu sahabat-sahabatku menyanyikan lagu selamat hari lahir. Macam tak percaya, ulangtahun kelahiran tahun ini disambut dengan sebiji kek yang indah dan lazat juga lah rasanya. Perisa Moccha, insyaAllah akan datang dengan Kek Kopi Radix.huhu. Perasaanku memang sukar untuk digambarkan ketika itu, cuba memaksa diri untuk terharu. Jika saya diberitahu terlebih dahulu, mungkin ada masa juga untuk aku bersedia dengan perasaan terharu.



Begitulah kisahnya,malam yang indah dengan kisah kenduri doa selamat dan sambutan hari lahir. Terima kasih kepada sahabat-sahabat aku yang memang baik belaka. Kepada yang hadir malam itu, jutaan terima kasih sudi hadir pada majlis yang tidak seberapa. Penuh kekurangan. Bak kata Tok Ku ‘ kalau di kampung mesti dah lama dipandang sinis’. InsyaAllah takkan berulang lagi. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan mencoretkan sesuatu di laman ini setelah sekian lama terbiar sunyi. Tak sempat untuk menulis kerana masa lebih mengizinkan untuk menulis nota. Kalau nak memberi sesuatu, biarlah ada masa yang khas diperuntukkan untuk menjana idea dan menulis. Baru best.

Terbaru, Muhammad Ameer selamat dilahirkan ke dunia pada 9 Ogos yang lepas. Kelahirannya melengkapkan lagi dua beradik yang sedang membesar tu. Seperti abangnya, Ameer memiliki tarikh lahir yang cantik untuk disemadikan atas my Kidnya, 090809, abangnya 050505. Maka dengan ini, aku telah memiliki geng yang lahir bulan 8. Yeye!







Hari ini, bermulalah cuti semester yang ditunggu-tunggu bagi teman-temanku yang jauh asalnya seperti Kedah dan Kelantan. Malam tadi aku menghantar 2 teman yang ingin pulang ke Kedah menaiki bas charter di hadapan kolej kediaman Akasia. Semuanya berseri-seri seperti ingin menghadiri majlis perkahwinan pun ada. Maklumlah, sekali sekala pulang ke kampung halaman akan menerbitkan rasa rindu yang mendalam. Hanya orang yang rumahnya jauh saja dapat merasakan perasaan sedemikian.. Sesungguhnya aku…pernah merasakannya ketika di tingkatan 4 dan 5. Cukuplah..Cukup.

Sekadar ingin berkongsi.. Terima kasih buat semua.. :-)

Comments

Popular posts from this blog

Bersalah

Tips Tepung Tart Nenas Tak Pecah Untuk Digulung

Hero Winter Sonata Mati Tergantung