Sunday, August 16, 2009

Perginya Tak Kembali

بسم الله الرحمن الرحيم

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi



Beginilah bait lirik yang didendangkan oleh Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim suatu ketika dahulu, lagu yang rancak tetapi jelas dengan peringatan yang ingin disampaikan. Sesungguhnya beliau sedang melalui pengalaman yang tidak pernah dirasai oleh sesiapa pun yang masih hidup.



Sehari sebelum pemergian beliau, saya mendengar lagu Kerlipan Cinta yang sejak dulu sering mengusik nubari, berkali-kali. Lagu ini tidak menjemukan malah hati berulang-ulang tersentuh dengan kata-kata yang disampaikan, berkat keikhlasan insan yang mencipta dan menyampaikan lagu ini. Keesokan harinya, ibu saya call, hati terdetik bagai ada yang sudah pergi.

" Umi nak bagi tau ni.. Ustaz Asri Rabbani dah meninggal..".

Biarpun saya tak pernah meminati kumpulan Rabbani, jauh sekali mengenali Ustaz Asri, hati tetap terasa dengan pemergiannya. Walaupun suara beliau akan terus berkumandang di radio IKIM, tetapi tidak lagi sama seperti dirinya masih ada.

Pagi ini, radio IKIM memutarkan semula lagu-lagu dendangan beliau. Benar-benar sayu.Semoga beliau ditempatkan di kalangan insan-insan yang soleh sebagai balasan kebaikan Ustaz Asri yang tidak jemu-jemu menegakkan syiar Islam dalam bait lagu-lagunya selama ini.

Sesungguhnya, diri ini tidak tahu lagi ke mana arah tujunya. Moga zikir Ustaz Asri akan terus mencairkan hati yang keras ini.

No comments:

Followers