Nafas Baru.. =')

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah...selamat semuanya..kali ini, saya seperti biasa telah menukar template kepada yang lebih saya suka. Menukar template juga termasuk dalam senarai hobi saya. Jika handphone saya, saya boleh bertukar-tukar seperti menyalin baju apatah lagi template blog yang hanya dihujung jari. Maaflah jika ada yang tak selesa, yang penting hati saya gembira..

Seperti yang lain, saya menulis di blog adalah untuk menyampaikan sesuatu yang bermanfaat buat sahabat-sahabat semua,kerana ini saja yang mampu saya berikan sebagai seorang pelajar yang mempunyai kapasiti yang begitu terhad untuk melangkah lebih dari apa yang saya ada sekarang. InsyaAllah, akan datang mungkin ada yang lebih baik. Diharapkan melalui blog ini, dapat saya berkongsi dengan kalian pengalaman hidup dan juga ilmu yang tak seberapa untuk dikongsi.Sekurang-kurangnya,kalau diri pergi ada sesuatu untuk saya dapatkan pahala yang berterusan iaitu ilmu atau peringatan yang saya berikan..(kalau ada lah..). Saya betul-betul inginkan sesuatu yang pahalanya berterusan agar dapat menghapuskan dosa-dosa kecil saya, atau lebih baik dosa-dosa besar saya. Contoh lain, saya teringin sekali untuk membuka sebuah pusat kucing di mana kucing-kucing jalanan yang tiada tempat berteduh akan saya kutip untuk dipelihara dan dipulihara agar masa hadapan mereka lebih cerah untuk menghadapi hidup. Kalau tak dapat buka pusat kucing, tadika atau nurseri kanak-kanak pun jadilah. Sebab, jika nak dibandingkan dengan sahabat-sahabat yang lain, siapalah saya..join SPMM pun tak..huhu

Seperti yang sedia maklum, blog ini juga mempunyai seorang lagi penulis bersama.. Tak sangka beliau pun sibuk memanjang tapi buat HPA pun tak..hehe.. Saya pun agak sibuk, terus terang saya katakan, blog sahabat-sahabat saya yang lain pun tak sempat saya nak buka walaupun berderet nama mereka saya senaraikan. Apapun, saya sentiasa menunggu buah fikiran co-editor yang seterusnya untuk kita kongsi bersama..

Jangan lupa senyum sokmo k!

p/s: apsal lah mcm skema je ayat aku ni

Comments

Popular posts from this blog

Bersalah

Tips Tepung Tart Nenas Tak Pecah Untuk Digulung

Hero Winter Sonata Mati Tergantung