Hari Bahagia..

بسم الله الرحمن الرحيم

Tahun ini, tahun yang kedua saya dan keluarga tidak beraya di kampung seperti biasa, seperti zaman kanak-kanak dahulu. Pasti akan bermalam di rumah wan alang dan keesokan paginya, ke rumah wan mak pula. Tahun berganti, cara menyambut 'idulfitri pun berganti dari hari ke hari . Jika dahulu ada rumah kampung yang besar untuk menghimpunkan ahli keluarga yang besar tetapi tidak lagi untuk raya kali ini dan beberapa tahun yang lepas selepas pemergian Arwah Tok Abah.Rumah kampung ditinggal sepi dan masing-masing bagai membawa diri selepas pemergian beliau. Mengapa ya jadi begini?

Teringat kisah yang disampaikan oleh Ustaz Amiruddin dalam kuliahnya yang terakhir sebelum pulang bercuti, ketika hayat Rasullullah, Saidina Ali Karamallu Wajhah dan Mu'awiyah bin Abi Sufian merupakan sahabat karib yang berada dalam satu halaqah, sama-sama mentadabbur ilmu dan mendengar hadith Rasulullah, tetapi tidak lagi selepas kewafatan Rasulullah sehingga tercetusnya peperangan antara dua pembesar ini.






Hampir serupa kedua kisah ini. Apabila hilangnya ketua, tiada lagi kesatuan. Mengapa tidak ingat pesan ketua agar kita sentiasa bersatu hati. Fikirkanlah..

Apapun, raya yang terbaik adalah yang disambut di kampung yang terletak dalam hati saya. Adik-beradik saya walaupun sedikit cukup memberikan perasaan yang sangat bermakna untuk menyambut hari kemenangan ini.

Comments

Popular posts from this blog

Bersalah

Tips Tepung Tart Nenas Tak Pecah Untuk Digulung

Hero Winter Sonata Mati Tergantung