Thursday, September 17, 2009

Ramadhan yang teruji..

بسم الله الرحمن الرحيم


Saat ini, saya sudah pun selamat tiba di kampung halaman tercinta. Kuliah undang-undang perlembagaan terpaksa dituang semalam memandangkan hati semakin tak tertahan-tahan lagi untuk melepaskan semua kekalutan sepanjang ramadhan tahun ini.

Ramadhan kali ini seperti begitu tidak terasa kehadirannya, bukan tidak terasa tetapi kehidupan seharian yang menghambat itulah membuatkan saya merasakan seperti hari-hari biasa. Menyiapkan segala assignment yang dibekalkan, hampir tidak bernyawa isi rumah saya. Tidur di atas karpet nipis, mandi sekali sehari lepas maghrib pasti tertidur kerana keletihan dan ketika tersedar, menyuap makanan apa sahaja ke mulut tanpa disedari, kemudian tidur semula. Sehinggalah menjelang fajar, baru benar-benar segar. Menyempurnakan segala urusan bersama tuhan. huhu.. moga tidak lagi untuk masa akan datang.

Laptop kesayangan akhirnya menemui ajal. Kata tuan kedai, " processor terbakar". Dapatlah saya belajar sikit melalui pengalaman ini. Tak sempat menyiapkan cerpen 'Setakat ini Saja' yang meruntun perasaan saya sendiri. Segala assignment yang perlu dihantar juga tak dapat diselamatkan. Segalanya dah ditakdirkan. Saya menerimanya dengan redha. Ayah kata, beli baru je lah..Hik2.. Mungkin itu lah hikmahnya yang tak dapat diagak. Tak pernah-pernah saya mengidam laptop baru tiba-tiba nak dapat laptop baru. Tapi ni baru je cadangan,jangan terlalu mengharap. Nanti tak pasal-pasal tak jadi pula.

Kepada sahabat-sahabat yang disayangi, mohon maaf atas keterlanjuran bicara atau perbuatan. Di hari kemenangan yang bakal tiba ini, moga dapat bersama keluarga tercinta.. :-)

2 comments:

Nursyuhada M.Zulkifli said...

betul3..
sedey mengenangkan nasib Ramadhan kali ni..

apapun moga diberi peluang untuk bertemu Ramadhan yang akan datang.

Salam Aidilfitri ya ukhti..
Mohon maaf atas segala keterlanjuran;)

adilahamzah said...

em, tahun dpn kena istiqamah g masjid nilai..
tiada alasan lagi..

em, bila masa plak kita terlanjur?huhu.just kidding..

salam 'idilfitri..
maaf zahir batin.. :)

Followers