Luka dan masa..

Ke manakah harus ku hembuskan kesedihan ini..

jika di angin lalu..

pasti akan kembali..

di manakah harus ku layarkan kelukaan ini..

jika bersama ombak pasti akan pulang ke pantai ..

sedih itu hidup..

luka itu kehidupan..

bersama ku adunkan menjadi sebati..

menjadi satu menahan dalam hati..

penawar, di manakah penawar..

masa itu penawar yang bererti..

kerana masa yang hanya memahami..

betapa jiwa perlu kekuatan sebesar mana..

betapa hati hendakkan ketabahan sejerih mana..

kerana masa akan memberi segalanya..

duhai masa, berdetiklah di sampingku..

Comments

Popular posts from this blog

Bersalah

Tips Tepung Tart Nenas Tak Pecah Untuk Digulung

Hero Winter Sonata Mati Tergantung