Cuba tengok previus post aku tarikh berapa hari bulan? Tak sangka blog ni masaih wujud maka aku nak menulis di sini. Blog adelehamzah.my pun dah expired dan tiba-tiba aku rasa nak menulis, mujurlah ada blog yang tak didendangkan ni :D Bila balik umrah, sehari dua sampai di Malaysia perasaan rindu tu belum ada lagi. Bila tiba-tiba kau buat kerja lepas tu nampak kat TV masjid nabawi dan masjidil haram tiba-tiba membuatkan dada aku sebak. Allah. Rindunya nak ke sana lagi. Setiap hari di sana aku dan suami sering berangan, bila kita dah kaya nanti, kita akan duduk di hotel yang bila turun terus sampai masjidil haram, bawa anak-anak duduk dalam suite. Semoga dimakbulkan angan-angan kami ni. Macamana boleh tiba-tiba decide nak pergi umrah? Dahlah tengah mengandung. Sepanjang berbisnes, aku kumpul duit untuk melancong tetapi untuk kali ni, aku nak bawa suami pergi umrah. Memang semuanya dipermudahkan. Aku wassap Syukri kawan sekuliah aku dulu, mutawwif Andalusia, aku cakap aku nak perg...
Comments
Jika karya diatas adalah hasil kreativiti orang lain maka ini bermaksud anda telah menemui suatu hasil kreativiti yang layak diberi penghargaan dan semestinya layak untuk mendapat A+ dalam mata pelajaran Creative Thinking.
Jika karya diatas adalah hasil kreativiti anda maka ini bermaksud anda mempunyai timbunan sampah sarap yang tidak dibuang dalam tempoh kurang lebih sebulan. Maka saya akan mencadangkan anda untuk menempah lori sampah untuk datang secara khas untuk mengutip sampah dirumah anda.
Jika gambar ini diambil dari laman sesawang yang anda minati, lebih selamat untuk anda meletakkan pautan laman sesawang tersebut, kerana ini akan lebih memudahkan urusan kementerian kesihatan untuk mengadakan rush atau serbuan keatas premis tersebut.
Akhir kata, janganlah anda mengzalimi hak asasi binatang yang bergelar lalat ini, kerana barang siapa yang melakukan amal baik/jahat walau sekecil zarrah, pasti akan diperlihatkan kelak.
Yang terkejut,
Bobo
izinkan beta tergelak besar dulu..hahahaha
kesemua andaian tan sri bobo salah2 belaka..walaupun mahasiswa kita tidak pernah mengeluarkan karya sekreatif ini, tetapi tidak mustahil setelah melihat garis panduan yang telah ditunjukkan ini,maka mereka akan keluar dengan inovasi lalat yang lebih canggih untuk dijadikan kapal terbang di masa akan datang seperti dalam soalan assignment Creative Thinking. InsyaAllah A+.
Walaupun rumah beta sememangnya semak dengan sampah sarap di belakang rumah, belum pernah lagi kami lihat lipas berkerumun apatah lg lalat, bukan jua premis2 yg layaknya diserbu oleh kementerian kesihatan.
sesungguhnya,gambar-gambar yg memiliki nilai estetika yang tinggi ini aku dapat dari email yg diforward2 je..asalnya pun aku tak tau dari mana..huhu
Janji Allah benar, barangsiapa yang melakukan amal baik/jahat walau sekecil zarrah, pasti akan diperlihatkan kelak..
Tuanku adilah, patik tidak menyangka halaman belakang singgahsana tuanku bersemak. Patik terasa terpukul untuk menggalas beban rahsia yang berat ini. Tapi tidak mengapa tuanku, patik akan cuba.
Pada hemah patik, patik tidak terlalu teruja dengan tindak tanduk lalat ini, tetapi patik tertarik untuk mendalami bahasa yang digunakan oleh sekalian lalat, untuk berkomunikasi. Kita dapat lihat dalam salah sebuah gambar terpamer bagaimana lalat ini mampu berkomunikasi dengan lebah dan serangga lain. Adakah terdapat suatu lingua franca antara hidupan ini.
Sayugia, patik dengan segala kerendahan meminta agar Tuanku Adilah untuk menjalankan sebuah penyelidikan atas tindak tanduk lalat lalat ini, beserta lingua franca nya sekali.
Segala yang lemah datang dari diri patik, dan benarlah segala yang datang dari Allah adalah yang baik baik belaka.
beta sungguh tak berkesempatan untuk membersihkan halaman belakang istana permata beta,tambahan pula alergik sampah.huhu
bahasa yg digunakan lalat dia atas pun beta tak tahu,kerana lalat adalah lalat,manusia adalah manusia,beta buka pertandingan mencipta dialog lalat. barangsesiapa yang beta berkenan,akan beta hadiahkan kalian dengan lalat-lalat berjenama yg tidak terkira banyaknya.