Maybe these look Dirty

I'm truly sorry to publish these photos but it is the height of joblessness and of course CREATIVITY..ihikhik

























Comments

Ridhwan said…
Salam,

Jika karya diatas adalah hasil kreativiti orang lain maka ini bermaksud anda telah menemui suatu hasil kreativiti yang layak diberi penghargaan dan semestinya layak untuk mendapat A+ dalam mata pelajaran Creative Thinking.

Jika karya diatas adalah hasil kreativiti anda maka ini bermaksud anda mempunyai timbunan sampah sarap yang tidak dibuang dalam tempoh kurang lebih sebulan. Maka saya akan mencadangkan anda untuk menempah lori sampah untuk datang secara khas untuk mengutip sampah dirumah anda.

Jika gambar ini diambil dari laman sesawang yang anda minati, lebih selamat untuk anda meletakkan pautan laman sesawang tersebut, kerana ini akan lebih memudahkan urusan kementerian kesihatan untuk mengadakan rush atau serbuan keatas premis tersebut.

Akhir kata, janganlah anda mengzalimi hak asasi binatang yang bergelar lalat ini, kerana barang siapa yang melakukan amal baik/jahat walau sekecil zarrah, pasti akan diperlihatkan kelak.

Yang terkejut,
Bobo
adele said…
wassalam..

izinkan beta tergelak besar dulu..hahahaha

kesemua andaian tan sri bobo salah2 belaka..walaupun mahasiswa kita tidak pernah mengeluarkan karya sekreatif ini, tetapi tidak mustahil setelah melihat garis panduan yang telah ditunjukkan ini,maka mereka akan keluar dengan inovasi lalat yang lebih canggih untuk dijadikan kapal terbang di masa akan datang seperti dalam soalan assignment Creative Thinking. InsyaAllah A+.

Walaupun rumah beta sememangnya semak dengan sampah sarap di belakang rumah, belum pernah lagi kami lihat lipas berkerumun apatah lg lalat, bukan jua premis2 yg layaknya diserbu oleh kementerian kesihatan.

sesungguhnya,gambar-gambar yg memiliki nilai estetika yang tinggi ini aku dapat dari email yg diforward2 je..asalnya pun aku tak tau dari mana..huhu

Janji Allah benar, barangsiapa yang melakukan amal baik/jahat walau sekecil zarrah, pasti akan diperlihatkan kelak..
Ridhwan said…
Salam,

Tuanku adilah, patik tidak menyangka halaman belakang singgahsana tuanku bersemak. Patik terasa terpukul untuk menggalas beban rahsia yang berat ini. Tapi tidak mengapa tuanku, patik akan cuba.

Pada hemah patik, patik tidak terlalu teruja dengan tindak tanduk lalat ini, tetapi patik tertarik untuk mendalami bahasa yang digunakan oleh sekalian lalat, untuk berkomunikasi. Kita dapat lihat dalam salah sebuah gambar terpamer bagaimana lalat ini mampu berkomunikasi dengan lebah dan serangga lain. Adakah terdapat suatu lingua franca antara hidupan ini.

Sayugia, patik dengan segala kerendahan meminta agar Tuanku Adilah untuk menjalankan sebuah penyelidikan atas tindak tanduk lalat lalat ini, beserta lingua franca nya sekali.

Segala yang lemah datang dari diri patik, dan benarlah segala yang datang dari Allah adalah yang baik baik belaka.
adele said…
salam..

beta sungguh tak berkesempatan untuk membersihkan halaman belakang istana permata beta,tambahan pula alergik sampah.huhu

bahasa yg digunakan lalat dia atas pun beta tak tahu,kerana lalat adalah lalat,manusia adalah manusia,beta buka pertandingan mencipta dialog lalat. barangsesiapa yang beta berkenan,akan beta hadiahkan kalian dengan lalat-lalat berjenama yg tidak terkira banyaknya.

Popular posts from this blog

Bersalah

Tips Tepung Tart Nenas Tak Pecah Untuk Digulung

Hero Winter Sonata Mati Tergantung